• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Cappadocia / Terima Kasih Turkish Airlines, Istanbul Kami Datang!

Terima Kasih Turkish Airlines, Istanbul Kami Datang!

27/06/2014 By Travelog.my 13 Comments

Baru-baru ni saya ada kongsikan tentang beberapa peraduan yang mana hadiahnya ialah samada tiket penerbangan atau miles di sini.  Tak ramai orang yang suka join peraduan begini sebabnya hadiah melancong je. Hanya kaki melancong macam anda je yang suka join.

Contest pulak ada banyak sekarang ni. Musim travel contest kot. Dua minggu sudah saya join satu games jawab soalan pasal shopping di Turki anjuran Turkish Airlines. Hadiah tempat pertama ialah tiket penerbangan business class Turkish Airlines dan 1,000 Turkish Lira shopping voucher. Saya tak assume menang nombor 1 pun, tapi kalau menang, rezeki.

Memang sebelum ni saya ada plan untuk singgah melancong di Istanbul sebelum ke New York jumpa kawan hubby, seterusnya ke rumah bapa mertua di Orlando. Dengan dapat tiket free ni, save separuh tiket penerbangan untuk sampai ke Orlando nun. Paling cikai tiket dari Kuala Lumpur ke New York pun dah makan RM 10,000 (tiket 2 orang), ada tiket hadiah ni dapat save sekitar RM 5,000. Kira OK la tu kan, setahun sekali lawat keluarga mertua yang duduk berdua kat sana.

So dapatlah satu tiket penerbangan business class berharga RM12,000 dan voucher shopping di Turki sebanyak 1,000 Lira. Rezeki kan? Alhamdulillah. Tapi insyaAllah saya akan request downgrade tiket tu kepada kelas ekonomi supaya dapat 2 tiket. So boleh bawa hubby pergi. Tak syok la melancong sensorang kan. Tak merasa business class pun tak pe lah asalkan tak kena belanja beli tiket untuk hubby. LOL

melancong ke turki istanbul

Walaupun ini merupakan hadiah menang contest, tapi still ini akan jadi trip yang besar, perlukan tenaga yang banyak, dan akan saya usahakan supaya kos dapat diminimumkan seminimum mungkin. Kami bukan travel cara orang kaya yang akan redah dan spend money macam ada tukang cap duit.

Kena plan supaya dapat jimat sebanyak mungkin dan kurangkan kos, kerana trip ini akan bermula dari Kota Bharu > Kuala Lumpur > Istanbul > Cappadocia (InsyaAllah) > Istanbul > New York > Orlando > New York > Istanbul > Kuala Lumpur > Kota Bharu. Dan trip ini dijangka mengambil masa sebulan setengah. Tak sure lagi berapa hari perjalanan namun akan digagahkan juga untuk melawat mertua dan rakan di Turki serta New York. Nanti bila dah ada baby, mahu menangis hamba nak travel cenggini lagi. Mungkin bila ada baby, akan ambil direct flight atau one stop flight untuk balik kampung suami atau suruh mertua datang Kelantan. Hahaha

Jujurnya ni kemenangan paling besar pernah saya terima sepanjang tahun ni. 2 bulan lepas menang contest slogan dari Delima Home, dapat hadiah set katil berharga RM 1,400. Seronok tau menang contest ni. Macam satu kemenangan besar gitu.

Anyway, next time kalau ada contest best-best lagi saya akan kongsikan di ruangan travel contest dalam blog ini. Tak sabar nak gi melancong ke Turki dan nak minum Kopi Turki, makan Eggplant Split Belly, Kebab, pergi kat taman negara dorang dan habiskan voucher shopping.  Terima kasih Turkish Airlines!

Sekarang, masa untuk plan trip ala-ala backpackers dan cari itinerary ke Istanbul yang murah-murah. Dan sudah tentu saya akan menginap di AirBnB sahaja, bukan hotel. Dah cek dah sewa apartment untuk weekly rate di Istanbul ada yang boleh dapat sekitar RM 700 lebih di lokasi yang menarik.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Cappadocia, Istanbul, Turki

Comments

  1. wanni says

    17/01/2015 at 8:49 pm

    mcm mana sis tau ada travel contest ni? selalu survey ke or bleh dpt information dr mn2?

    Reply
  2. Nor Hanim says

    03/10/2014 at 12:35 am

    Tahniah Sis! dapat tiket free tu. Saya bercadang ke Istanbul Feb depan, so tengah survey survey tips untuk ke sana. Akan bawak 4 orang anak kecil dan mak sorang. Agak mencabar tapi teringin jugak nak pi…hihihi.doakan saya.

    Reply
    • travelmy says

      03/10/2014 at 12:37 am

      Wah! 4 orang anak kecil memang agak mencabar. Apapun saya doakan semoga urusan puan dipermudahkan.

      Reply
    • ammar says

      03/10/2014 at 4:41 am

      saya pernah ke istanbul . insyaAllah cabaran dkt istanbul tak banyak 😀

      Reply
  3. ammar says

    08/08/2014 at 4:40 pm

    mcmana nak jumpa contest2 yg mcm ni ya? and mcmana nak tahu tu bukan spam ?

    Reply
    • travelmy says

      08/08/2014 at 5:17 pm

      Biasa ada saya share dalam blog ni sbb company tu minta promosi. Atau, boleh cek di Destigram utk apa-apa contest melibatkan Instagram participants. Selebihnya kena google-google hehe

      Reply
  4. travelmy says

    29/06/2014 at 3:53 am

    Terima kasih Brader Kecik, Brader Kecik, iOSGEAR, Hijab Terkini dan mohdridzwan. InsyaAllah nanti saya buat giveaway goodies dari Turki kat blog ni. Hehe

    Reply
  5. mohdridzwan says

    28/06/2014 at 10:56 pm

    Wow…untungnya dapat melancong.
    Alhamdulillah…rezeki kan. Apapun, seronok dpt lihat rakan-rakan yang berpeluang ke negara luar.
    Meskipun negara sendiri lebih baik, tapi sekali sekala lihat tempat orang menarik jugak. 🙂

    Reply
  6. Hijab Terkini says

    28/06/2014 at 11:01 am

    Saya tak pernah lagi join contest yang menawarkan hadiah pelancongan..nampak seronok jugak..

    Reply
  7. iOSGEAR says

    28/06/2014 at 10:59 am

    Seronok ye bila menang contest hadiah melancong ni..hadiah pun besar..tahniah Siti..

    Reply
  8. Hairul Azni says

    28/06/2014 at 10:57 am

    Semoga selamat pergi dan balik Siti..dan dimurahkan rezeki sepanjang perjalanan…

    Reply
    • travelmy says

      12/12/2014 at 11:39 pm

      Alhamdulillah. Makbul doa tuan, memang murah rezeki kami.

      Reply
  9. Brader Kecik says

    28/06/2014 at 10:55 am

    Tahniah Siti..seronok dengar bila menang hadiah dan dapat peluang melancong ke tempat orang..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in