• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Amerika Syarikat / Worth the stop, Tennessee

Worth the stop, Tennessee

24/11/2014 By Travelog.my 3 Comments

Tempat ni nampak lebih kurang sama dengan satu tempat di Sakarya, Turkey. Tapi yang ini di Tennessee. Kami singgah makan ikan Trout bakar dan salad jagung. Suhu ketika ni sejuk, lebih kurang 50 F.

Memang ikan trout bakar, ikan keli goreng dengan tepung jagung, ikan grouper dan ikan mahi-mahi, dan lain-lain ikan je lah yang saya makan. Sebab rasanya kalau order ayam pun, memang ayam tak sembelih. Tak jumpa satu pun restoren halal atau kosyer sekitar sini. Cek dalam website Zubaidah pun tak ada dinyatakan kewujudan restoren halal atau kosyer. Kecuali di Gatlinburg yang jauhnya dalam 40 minit drive. Di Gatlinburg ada dua buah halal restoren. Tapi tak apalah, ada ikan kita makan ikan. Itu lagi bagus daripada pergi jauh-jauh. Nanti balik, baru bedal ayam dan daging banyak-banyak.

At one point, mertua saya fikir yang saya ni betul-betul gemarkan ikan. Sebab hanya order ikan sahaja bila makan diluar.

Tahukah anda, makanan yang halal ialah satu nikmat yang sungguh best.

wpid-dsc_8391.jpg

wpid-dsc_8393.jpg

Restoren ni dimiliki oleh orang perseorangan atas tanah seluas 40 ekar.

wpid-dsc_8396.jpg

Dia juga bela ayam tepi sungai. Dan kawasan ini juga dibuka kepada sesiapa yang nak buat photoshoot kahwin.

wpid-dsc_8385.jpg

Posing depan kedai makan tepi sungai ni. Seingat saya, tak jumpa seorang pun pelancong muslim di sini. Kecuali di pekan Pigeon Forge sebab situ memang kawasan popular dengan pelancongan. Masa mula-mula masuk kedai tu pun, pengunjung yang ada hanya pandang saya dengan mata membutang. Macam saya alien. Tapi, style orang putih ni dia tengok tak lama, dan dia tak banyak soal malah tak soal langsung.

wpid-dsc_8403.jpg

Maaf atas kualiti gambar tak berapa power. Gambar-gambar ni semua diambil menggunakan kamera handphone Sony Xperia Z Ultra yang kameranya tak ultra mana pun.

Post ni terperap dalam draft box, sepatutnya ia scheduled untuk auto publish sebelum Bahamas trip. Tapi atas sebab saya tak update beberapa plugin WordPress pada blog ini, ada post yang sangkut dan tak auto publish. Sebab tulah hari ni baru saya klik button publish. Dah dekat tinga minggu sampai Kota Bharu, barulah perasan post ni sangkut.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Amerika Syarikat, Tennessee

Comments

  1. Khairul Zamri says

    26/08/2015 at 6:08 am

    Belum pernah ada peluang ke luar negara lagi

    Reply
  2. Hisyam says

    16/01/2015 at 7:02 pm

    dulu saya study kat nashville-TN. teringat dulu waktu nak balik malaysia selalu pergi premium outlet kat gatlinburg shopping barang

    Reply
    • travelmy says

      16/01/2015 at 10:30 pm

      Waah..untungnya dapat belajar dan habiskan masa yg lama di situ. Btw, saya tak shopping pun di Gatlinburg, pusing-pusing tengok bukit dan gunung sahaja 🙂 Cantik sangat.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in