Sebelum ke pertunjukan Blue Man Group, kami pusing-pusing dulu sekitar Universal Studio Orlando ni. Datang malam-malam macam tak best sangat, tapi sempat snap beberapa gambar sekitar kawasan ni. Sebenarnya saya bukanlah minat sangat dengan Universal Studio, yang kat Singapore dekat negara sendiri pun belum pergi lagi. Hehe Datang ni pun sebab Blue Man Group buat kat sini.
Cam biasa, ni kat pintu masuk.
Masuk Hard Rock Cafe, eh ada kereta berpusing-pusing kat tengah-tengah Hard Rock Cafe nih. Ada sales barangan Hard Rock Cafe juga, up to 50% tapi sebagai orang yang tak minat benda-benda cenggini, tak de lah saya leburkan duit kat Hard Rock Cafe.
Saya tak faham kenapa ramai dari kalangan pelancong yang gigih menjajap Hard Rock Cafe dalam trip mereka. Apa hebatnya Hard Rock Cafe ni?
Ni signboard Blue Man Group Show yang akan saya tonton jap lagi.
Dan ni pulak kawasan sekitarnya.
Nanti kalau ada nafsu nak enjoy kat Universal Studio Orlando, maybe datang lain kali dengan anak (kalau ada anak lah).
Leave a Reply