Cuaca di Pigeon Forge ni sejuk, terutama bagi orang macam saya yang kurus dan tak banyak lemak. Nasib baiklah datang sebelum salji turun, kalau tak memang tak ke mana la saya. Pak mertua saya pagi-pagi lagi dah tanya nak ke mana untuk hari tu. Samada shopping di crafts shop atau piknik tepi sungai, atau pusing-pusing keliling bukit. Akhirnya, cek TripAdvisor kemudian kami decide untuk ke Tuckaleechee Caverns.
Mula-mula sampai Tuckaleechee Caverns ni, kami park kat depan. Nampak biasa je dari luar. Ya, kawasan parking yang luas kemudian ada satu gerbang tulis Tuckaleechee Caverns. Simple betul. Depan parking area ada pejabat untuk beli tiket, tangga untuk ke gua bawah tanah tu letaknya di bahagian belakang kedai cenderahati. Kena lalu kedai dulu untuk ke gua. Bijak kan?
Harga tiket masuk ialah UD16/person. Tapi bukan boleh terus masuk lepas beli tiket, kena tunggu giliran group sebelumnya keluar baru kami masuk dan kami dibawa oleh seorang pemandu pelancong yang akan bantu..Alah, macam kita pergi gua-gua lain di Malaysia juga. Ikut tour guide. Mau pergi sendiri karang tergelincir masuk dalam lubang tak pasal-pasal.
Elok je turun kat bawah, terus rasa teruja. Sebelum masuk, tak teruja pun. Dah masuk baru rasa “Ya Allah..fuyyoooh….fuyyoooh”. Mata pulak berkelip-kelip tengok air sungai yang mengalir bawah tanah macam tu. Dalam kepala duk fikir samada boleh minum ke tak boleh minum air sungai ni. Sebab nampak airnya jernih sangat.
Tak lama lepas tu, tour guide tu cakap yang air dalam gua ni boleh minum. Kalaulah saya tahu awal-awal, memang dah bawa botol mineral kosong untuk isi air sungai ni. So, kami semua duduk bertinggung di gigi air, minum dengan tangan. Air sungai ni, sedap gila. Serius sedap. Menyesal tak bawa botol.
Terus saya cadang kat tour guide tu, suruh dia cadangkan kepada syarikat, supaya jual botol kosong kat dalam gua tu. Confirm saya beli, dan saya percaya orang lain pun akan turut beli. Jadi, kalau anda nak masuk gua macam ni, bawa botol kosong. Jangan jadi macam saya.
Dan ini pula kolam untuk buat hajat. Duit dalam kolam ni katanya diberikan untuk charity.
Alkisahnya, kawasan ni dulunya digunakan oleh Cherooke Indian untuk berlindung dari orang putih dan lain-lain sebelum ditemui oleh peneroka Eropah pada 1850-an.
Ada rekod mengatakan gua ini ditemui oleh seorang pekerja kilang kayu yang lihat air hujan yang lebat surut dengan cepat. Dari situlah dijumpai satu lubang pada batu, di mana air tadi masuk, membawa kepada penemuan satu gua yang besar.
Besar mana tu?
Sejauh satu batu, sedalam 150 kaki dari permukaan.
Gua ni dibuka kepada umum pada tahun 1931, kemudian ditutup setahun selepas itu disebabkan faktor ekonomi. Ia dibuka semula pada 1953 oleh dua lelaki yang berkawan baik. 4 tahun sebelumnya mereka ni bekerja keras untuk bina tangga, pasang jeriji dan sebagainya.
Tapi yang paling buat saya teruja ialah air terjun dalam gua ni. Ni, still bawah tanah tau.
Sekadar bertanya pembaca saya, jika dalam Bahasa Inggeris, gua bawah tanah begini dipanggil “cavern”, dalam Bahasa Melayu dipanggil apa? Adakah kita punya terma khusus untuk gua bawah tanah, atau memang kita panggil “gua bawah tanah” sebagai satu terma?
menarik tempat tu..cuma kalau masuk sorang2 agak seram juga…hihi
Jangan masuk sorang2, nanti sesat dalam tu huhu
cantiknya gua tu dalam masa yang sama menakutkan. Pk nak runtuh je . hahaha, ye la kot gua bawah tanah nak panggil terowong dah jauh plak tersasar. haha
Hehe ada jugak terfikir pasal terowong, tapi rasanya terowong ni manmade punya benda.