• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Eskisehir / Preview Trip ke Eskisehir

Preview Trip ke Eskisehir

02/04/2015 By Travelog.my 2 Comments

Hari ni masuk bulan ke-empat kami di Turki tapi sebenarnya tak pernah lagi kami buat trip keluar dari Sakarya sepanjang duk sini. Tiga bulan pertama hanya sesuaikan diri dengan orang sini, cari rumah dan sewa rumah pastu hias rumah, belajar bahasa mereka sikit-sikit, makan makanan mereka, belajar guna public transport dan shopping barang rumah. Sakarya ni pun belum habis kami pusing, takat keluar makan-makan dengan kawan, piknik dan gitu-gitu je lah.

Jadi trip ke Eskisehir merupakan trip pertama dalam tahun ni. Hooray! Lagipun, tiga bulan pertama tu musim sejuk, memang tak ke mana lah kami kalau sejuk-sejuk macam tu.

Cara ke Eskisehir (Train – Bas – Flight)

Paling senang nak ke Eskisehir ialah dengan train. Samada dari Istanbul atau Ankara. Boleh juga naik bas untuk ke Eskisehir, dan bas tu boleh naik dari mana-mana pun. Seperti saya ceritakan dalam post sebelum ini, public transportation dalam Turki ini agak mudah digunakan. Malah saya rasa, lagi mudah dari Kelantan. Yang susah bila kita tak faham Bahasa Turki, dan orang yang kita nak deal (samada untuk beli tiket) tu tak pandai Bahasa Inggeris. Sinilah pentingnya Google Translate Offline Package.

Di Eskisehir juga ada lapangan terbang dan anda boleh ke Eskisehir menggunakan jalan udara.

Kami akan naik train dari Adapazari ke Eskisehir. Harga tiket train ialah TL45 per pax. Sebab kami ambil train ialah stesen train dekat dengan rumah. Hihi

Apa nak buat di Eskisehir?

Sebenarnya saya agak clueless dengan Eskisehir ni. Ia sepertimana Sakarya, tak begitu popular di kalangan pelancong. Sakarya ni lagilah, saya tak nampak pelancong seorang pun sepanjang duduk sini. Kecuali jumpa beberapa orang pelajar dari Indonesia (tapi dorang bukan pelancong).

Eskisehir merupakan bandar yang agak lama tapi dipenuhi bangunan-bangunan baru. Orang dah duduk di Eskisehir sejak 3500 S.M. Ada beberapa muzium yang agak popular untuk dilawati.

Student suami saya cakap, di sana ada banyak kelab-kelab malam jenis cafe yang pada saya, ia bunyinya agak unik. Mungkin saya akan cuba masuk tengok keadaan macam mana. Sama macam minum kopi dan coke Comedy Show dalam bar di New York ke?

Rakan baik kami, seorang profesor pula cakap, ada tiga buah universiti di sana.

Anak kepada profesor tadi cakap, ada theme park yang besar dan boleh naik train tour macam Romantic Train di Arashiyama, Kyoto. Juga ada Japanese Park.

trip to eskisehir

Isteri kepada profesor tadi cakap, di sana ada banyak tempat shopping dan bazar-bazar yang agak besar.

Yeni Dogan cakap, kat sana macam tak ada benda menarik pun. Hahaha (Lagi satu saya clueless, ialah apa nama Melayu dia?)

Lima pendapat dari lima orang yang berbeza. Jadi…

Jadi kami tak ada plan khusus untuk trip ke Eskisehir kali ni. Mungkin saya akan beli satu batang paip meerschaum untuk dibawa balik sebagai cenderahati.

Detail pasal trip 3 hari 2 malam ke Eskisehir ni, saya ceritakan dalam blogpost akan datang ya.

Kredit gambar kepada http://pusulaapart.com

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Eskisehir, Turki

Comments

  1. SentiasaPanas says

    03/04/2015 at 10:12 pm

    Cantik bangunan kat situ, jauh berbeza dengan tempat kita di Malaysia..

    Reply
  2. Rahimah says

    02/04/2015 at 11:30 am

    Saya belum sampai.Masih dalam wish list 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in