• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Indonesia / Batam / Trip ke Batam – Review Harris Resort Waterfront

Trip ke Batam – Review Harris Resort Waterfront

24/06/2014 By Travelog.my 1 Comment

Hari pertama dan kedua kami menginap di Nagoya Plasa Hotel yang dekat dengan Nagoya Hill Mall tu. Bukan Nagoya di Jepun yep. Lepas dah settle urusan beli kasut dan baju raya hubby, kami nak rilek sikit tepi pantai. Datang kat pulau kalau tak ke pantai, apakah faedahnya kan?

Kami book Harris Resort Waterfront, resort ni masuk kategori famous la juga dalam website booking hotel seperti Agoda dan Booking.com. Ramai orang pergi dan kanak-kanak pun suka. Hotel ni sesuai sangat untuk family dengan anak-anak kecil mahupun remaja. Banyak aktiviti yang boleh dibuat. Paling best boleh main bowling.

batam tour

Nak bagi anak belajar buat pizza pun boleh! Tapi bukan setiap hari ada kelas pizza untuk kanak-kanak, better contact pihak hotel dulu untuk pengesahan tarikh.

Kami bertolak dari Nagoya Plasa Hotel pada jam 12 lepas makan tengah hari di Cafe Borobudur di Foods Street. Ambil teksi hotel dengan bayaran cuma IDR110,000 bagi perjalanan selama lebih 30 minit. Jauh juga. IDR110,000 cuma RM30 sahaja. Murah betul kos teksi di Batam. Kat Kota Bharu, ambil teksi dari airport (Pengkalan Chepa) ke Berek 12 dah kos RM 30 setrip. Itu baru 10 minit perjalanan. Mahal betul teksi airport Kota Bharu ni. Nyampah betul.

Ok, sesampai je kat hotel punyalah ramai umat manusia beratur nak check in. Nasib baik saya dah bayar full masa buat booking, dan siap dinyatakan awal-awal kami ni couple nak rileks macam honeymoon. Hari tu hari Sabtu, lebih kurang jam 12. 40 tengah hari. Terus dapat bilik, means boleh dapat earlier check in.

Masuk je dalam bilik, tengok atas katil dorang sediakan surprise pulak. Haha

melancong ke batam

Terkejut hubby. Saya memang tak terkejut la sebab dah expect pun.

So ini biliknya.

melancong_ke_Batam_0080

Bilik agak luas, kalau datang 4 orang satu family pun still lega. Kemudahan dalam bilik semua ada kecuali mini bar. Tapi tak pe, kat tingkat 1 ada kedai runcit dan butik.

melancong_ke_Batam_0086

Ada TV, meja kerja atau meja solek, sofa, TV dan peti ais kecil.

melancong_ke_Batam_0083

Bilik air juga luas, standard bilik air di Malaysia. Kalau di Jepun, bilik air saiznya separuh dari Malaysia. Toiletries yang disediakan pun memadai. Sabun mandinya jenis berkualiti, saya suka. Ada bathtub dan sistem air panas di sini cukup pick up. Cepat panas dan cepat sejuk.

Swimming pool di hotel ni cukup besar. Cukup ruang untuk anda main bola polo, bola jaring dalam air dan seumpamanya.

melancong ke batam 1

Breakfast buffetnya cukup menarik. Banyak variety, dan dibuka seawal jam 5 pagi hingga jam 10 pagi. Lama tu tempohnya. Kat sini, jam 5 pagi dah pun subuh. Beza sejam lebih awal berbanding Malaysia. Saya puji kepelbagaian pilihan makanannya, jika dari segi pilihan, ia 4 kali ganda lebih banyak pilihan berbanding hotel pertama kami menginap.

Cuma, di sini, lokasinya agak jauh dengan mana-mana kedai. Maklumlah tepi pantai bukan tepi shopping complex. Jadi kena prepare stok makanan cukup-cukup dan bawa travel cooker jika perlu. Makanan kat restorennya sama mahal dengan makanan di Jepun. Harga bilik yang awesome ni cuma RM 150 sahaja, murah kan? Tapi harga makanan di sini mahal. Paling murah pun Salad, itu pun berharga IDR90,000. Dan nasi goreng biasa harganya ialah IDR140,000. Lebih kurang RM 35 sepinggan.

Dan pizza ini harganya sama dengan harga nasi goreng.

melancong ke batam 1

Makanan apa nak bawa semasa melancong? Alah, bawalah roti, tuna, taco beans, baked beans dan seumpamanya. Boleh anda save dengan kurangkan order room services atau ke hotel restoren. Dari 10 kali order makanan, anda mungkin boleh kurangkan kepada 5 kali order makanan.

In case jika anda nak ke bandar atau shopping di Batam, boleh ambil shuttle yang ada depan hotel dengan kadar IDR95,000. Manakala shuttle ke airport pula dikenakan caj sebanyak IDR170000.

Overall, kami berpuas hati sepanjang menginap di sini. Paling puas hati pizza tu, sedap gila. Crustnya lembut di tengah dan cukup crunchy macam cracker di bahagian tepi. Awesome habis!

Untuk pembayaran, mereka menerima Rupiah, Singapore Dollar dan juga Ringgit Malaysia. Tapi kalau bayar dengan Ringgit tak dapat baki sebab mereka tak ada wang Ringgit.

Maaf tak ada gambar pantai, sebab kat sini pantai tak boleh mandi. Ia lebih kepada dek tempat bot-bot kecil berlabuh dan naik turun orang ramai. So kita mandi dalam swimming pool je.

Jika anda bercadang untuk melancong ke Batam, anda boleh consider untuk menginap di sini. Untuk maklumat lanjut tentang Harris Resort Waterfront Batam, anda boleh hubungi mereka di;

HARRIS Resort Waterfront
Waterfront City, Batam – 29422
Tel: +62 778 381 888
Fax: +62 778 381 142
E-mail: sales@harris-batam-waterfront.com

http://waterfront-batam.harrishotels.com/

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Batam, Hotel, Indonesia

Comments

  1. ema says

    27/06/2014 at 9:11 am

    Luasnya pool, bawa anak confirm tak mahu naik ni.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in