Hari ni kami luang masa kat belakang hotel sahaja. Tak boleh pergi jauh-jauh pun sebabnya sebelah pagi kena siapkan kerja dahulu sebelum emailkan pada pelanggan. Alhamdulillah boleh kerja online kat mana-mana sahaja, cuma senak kepala kalau line internet terputus sahaja.
Belakang Nagoya Plasa Hotel ni ada Nagoya Hill Mall. Saya rasa sebab utama orang menginap kat hotel ni sebab nak shopping je. Ada beberapa mall sekitar hotel dan Nagoya Hill Mall ialah yang paling besar.
Ni kawasan luar mall, ada deretan kedai yang panjang ala-ala Wakaf Che Yeh gitu. Saya tak jajap semua kedai-kedai ni, tah kenapa, kurang nafsu shopping kali ni. Memang dalam hati saya tak de nafsu nak shopping sakan pun, melainkan nak beli Sambal Terasi dan Coklat Silver Queen sebagai cenderahati kat anak-anak sedara.
Tapi ended up terbeli juga kemeja raya untuk suami dan sepasang kasut kulit, habis juga dalam IDR1,000,000 untuk dua benda alah tu. Memang orang perempuan macam ni kot, untuk diri sendiri fikir dua tiga kali juga untuk beli tapi bila bab nak beli untuk ahli keluarga, laju je keluarkan duit. Duit pulak macam panas je duk dalam poket.
Kat tingkat bawah Nagoya Hill Mall ni ada Foods Street. Tengok pada gaya bangunan ni, seolah-olah shopping area di Nanba, Osaka. Ada dua restoren yang sempat kami rasa kat sini, dua-duanya sedap belaka cuma portion lauk agak kecil. Nanti dalam blogpost lain lah saya cerita makanan di Batam ni.
Basically ni lah bahagian tengah Nagoya Hill Mall ni. Saya perhatikan susun atur eskalator di mall di Indonesia berbeza dengan Malaysia di mana eskalator naik dan turun tidak berturutan. Anda kena pusing kedai lain untuk cari eskalator turun. Ini trik supaya anda pusing satu mall bagi memberi trafik kepada kedai-kedai dalam mall. Trik bijak.
Kat Batam ni semuanya kedai bebas cukai. Sebab itu ramai sangat pelancong Singapura yang datang ke sini. Berkenaan harga pula, saya rasa tak ada banyak beza pun dengan Malaysia, malah sesetengah barang harganya lagi mahal dari tempat kita.
Handbag atau wallet pula saya tak berani nak beli sebab tengok pada gayanya, nampak macam barangan tiruan. Ada beberapa kedai bila saya tanya, “ini original dari Thailand ke original Indonesia atau original dari mana?” Kebanyakannya menjawab, “original dari Thailand”.
Siapa2 di Malaysia yang nak order ABC Sambal Terasi, Sambal Hijau dan Sambal Bajak boleh browse di:
terasi4u@blogspot.com
Nagoya hill mall ni memang besar dan cantik Batam ni. Masa dulu beli baju Batam dan keychain je kat situ.
ooo shopping kat jakarta rupanya..malas2 shopping pun duit byk habis gak kan..hihi
Mudahnya kalau kerja online..di mana2 pun boleh buat kerja..janji ada line internet..
Seronok jalan2 ke tempat orang..dah dapat ke sambal terasi yang dicari tu?.. 🙂
Dah dapat dah. Sambal terasi ni sambal belacan je tp yg jenama ABC tu sedap sgt haha