Ini merupakan trip pertama kami sepanjang berada di Turki tahun ni. Selepas tiga bulan duduk di Sakarya, kami ke Eskisehir untuk pertama kali menggunakan keretapi. Seperti saya pernah ceritakan dalam post cara ke Cappadocia dari Istanbul, train di Turki adalah sangat selesa dan menepati masa, tapi tidaklah sehebat Jepun kerana ia masih baru. Keretapi selaju maksimum 250kmj ini cukup memudahkan perjalanan. Malah ia juga senang digunakan.
Train kami bertolak jam 11.48 am. Jam 10.30 am, kami bertolak dari rumah ke stesen subway menggunakan Dolmush atau minibus dengan kos TL1.50 seorang, kemudian ambil subway Adaray untuk ke Arifiye (stesen utama) dengan kos TL1.50. Train di Arifiye tiba tepat jam 11.48 am dan kami terus bergerak ke Eskisehir, dan kosnya cuma TL42.50. Kami boleh ke mana-mana hanya dengan pengangkutan awam sahaja. Tak perlu beli kereta pun duduk di sini. Kalau di Amerika atau Malaysia, harus ada sebiji kereta kalau tak memang susah nak ke mana-mana.
Eskisehir bermaksud bandar lama. Tapi bila sampai, nampak baru dengan banyaknya pusat-pusat membeli belah dan dua buah universiti awam yang agak besar, selain beberapa universiti swasta. Ada bangunan yang bercampur-campur lama dan baru.
Elok tiba je, kami terus ke Grand Namli Hotel yang letaknya dalam bandar. Jarak dari train station ke hotel tak sampai 500 meter pun. Kami jalan kaki sahaja untuk ke hotel. Plan asal ialah 3 hari 2 malam bertukar jadi 4 hari 3 malam sebab kami nak menginap dalam bandar lama di Eskisehir iaitu Odunpazari. Jadi, dua malam pertama kami menginap dalam bandar, dan malam last kami menginap di Rixos Eskisehir di puncak bukit di Odunpazari. Cerita hotel ni saya tulis dalam post lain ye.
Elok je lepas check in, kami keluar untuk jalan-jalan sekitar kawasan hotel. Sebelah blok hotel, ada stesen tram dan shopping complex, Espark.
Senang je nak cam shopping complex ni, ada beberapa shot tower. Tinggi juga shot tower Eskisehir ni.
Nak ke mana-mana dalam bandar Eskisehir pun senang. Ada tram, bus dan minibus serta teksi. Kad tram boleh beli di kedai-kedai runcit sekitar Eskisehir. Seperti mana kad tram Istanbul, kita boleh naik tram atau bus dengan kos cuma TL1.80 sekali naik berbanding TL2.50 harga biasa. Jimat dan senang digunakan.
Button Teksi
Ada satu “teknologi” yang buat saya kagum dengan bandar ni. Iaitu sistem teksi yang sangat efisyen. Sebelum saya tiba di Eskisehir, saya tak perasan pun di tempat atau negara lain ada sistem ini ataupun tidak. Hanya di Eskisehir sahaja saya jumpa “button teksi”. Hampir di setiap selekoh, pusat membeli belah, taman-taman permainan ada “button teksi” sebegini.
Saya berpeluang guna “button teksi” ni dua kali iaitu di Sazova Park Eskisehir dan di bandar lama Odunpazari. Elok je lepas tekan button hijau ni, berdesup datang teksi yang saya jelas nampak ia meluncur laju menuju ke arah kawasan button ni berada. Memang jelas speeding. Sebelum tu tak nampak pun kewujudan teksi di kawasan berdekatan. Entah kat mana dorang menyorok, itu saya tak tahu. Tapi lepas tekan button ni, memang laju betul dorang sampai. Mungkin sistem ni perlu ditiru dikalangan penyedia teksi di Malaysia.
Eskisehir ialah bandar yang cantik dan ada banyak pokok. Syok juga bila dapat tengok banyak pokok, maklumlah di tempat kami di Sakarya, ia macam berbukit dan berdebu.
Dan sini juga ada banyak tugu-tugu ukiran yang pelik-pelik. Contohnya orang menjala ikan ni ha.
Dan lelaki ni.
Banyak betul burung merpati kat sini. Jika di Istanbul, mesti dah ada orang jual makanan untuk diberikan pada burung. Maklumlah, Istanbul tu kan tempat tumpuan pelancong. Sini tak macam Istanbul dan Cappadocia, hampir tak ada orang nak scam. Driver teksi pun tak pusing jauh-jauh, malah siap guna short cut lagi. Hehe
Sekitar kawasan hotel.
Tugu lagi. Apa maksudnya saya tak pasti.
Salah satu masjid berhampiran Carsi. Okay, Carsi nih shopping street macam di Istiklal Street gitu. Atau macam di Namba, Jepun. Kiri kanan ada kedai-kedai-kedai-kedai. Serius, banyak gila kedai dalam kawasan Carsi nih. Boleh sesat dibuatnya. Kat tengah-tengah pula ada laluan tram. Tapi saya tak shopping apa-apa pun di kedai-kedai fashion sepanjang Carsi nih sebab bajet duit di bawa cuma untuk beli Meerschaum Pipe (nanti saya tulis detail pasal Meerschaum Pipe dalam post akan datang).
Semua gambar ini saya ambil semasa dalam perjalanan ke tempat pembuat Meerschaum Pipe, kedainya di tingkat bawah tanah di kawasan Carsi. Kalau tak ada bantuan rakan, memang tak jumpa kedai dia tu. Maklumlah, kami bukan nak beli satu dua Meerschaum Pipe, jadi kalau boleh nak beli terus dengan pembuat pipe so dapat harga terbaik. Ni pulak lagi satu tugu di kawasan Carsi.
Carsi, sebenarnya disebut Car-she.
Okay, ni Sahan. Lelaki ni kami temui di Eskisehir, dialah yang bawa kami sekitar Carsi ni dan jadi penterjemah semasa proses jual beli Meerschaum Pipe dengan pembuat pipe di sana. Sahan juga mempunyai perniagaan jaket kulit di dalam Carsi nih. Satu jaket kulit sepenuhnya anda boleh dapat dengan harga TL250-TL300 sahaja, kulit biri-biri. Jadi satu tip jika anda melancong ke Turki dan nak beli jaket kulit biri-biri atau lembu, pastikan anda minta diskaun sehingga TL250 untuk sepasang jaket kulit dewasa lelaki.
Dalam post akan datang, saya akan tulis pasal Sazova Park dan Odunpazari, kawasan bersejarah dan cukup klasik!
Cantiklah bandar ni Siti. AKu belum sampai ke Turki tapi kalau berpeluang aku nak pergi ke bandar2 kecik macam ni.
InsyaAllah BK pun berpeluang. Mesti ada peluang punya 🙂
Bestnya awak duduk lamo situ.
Alhamdulillah Kak Mahh, rezeki di sini tahun ni.