Ada orang cakap jika pergi ke Kemboja tanpa mengunjungi Angkor Wat is like pergi Perancis tapi tak pergi Eiffel Tower, so hari ni saya akan pergi menyaksikan monument yang pernah tersenarai dalam 7 ciptaan ajaib manusia.
HARI 2 : 16 JANUARI 2015 JUMAAT [SIEM RIEP]
Pada asalnya saya berjanji dengan Thahir, backpacker dari India untuk menyaksikan matahari terbit pada pukul 5.30 pagi tetapi hasrat saya tak tercapai di sebabkan menunggu Wani untuk bersiap. Ini adalah pertama kali saya berjumpa dengan seorang gadis yang betul-betul mengambil masa 2 jam untuk bersiap. Cuba bayangkan perasaan saya yang sudah bersiap pada pukul 5.30 pagi tapi Wani baru sahaja selesai mandi. Saya sempat tertidur dan berpesan kepada Wani untuk mengejutkan saya bila dia sudah bersedia namun sehingga pukul 8.30 pagi Wani masih bersiap!! Ini cerita betul dan tiada langsung rekaan. Mungkin tiada rezeki saya untuk melihat matahari terbit untuk trip kali ini.
Pada pukul 9 pagi kami masing-masing menyewa sebuah basikal dan bertolak ke Angkor Wat. Baru saya ingat yang bandar berdekatan guesthouse kami adalah Baphuon City. Setibanya kami di kaunter membeli tiket, saya dapat melihat betapa ramai pelancong-pelancong luar datang untuk pergi ke Angkor Wat juga. Selesai membeli tiket, dugaan ke dua saya menanti. Wani mengajak saya untuk mencari kedai makan untuk mengalas perut beliau. Saya tidak kesah dengan makanan sebab saya sudah membawa sebuku roti Butterscoth dan sebotol 1.5L air mineral. Mahu tidak mahu, saya terpaksa mengikut Wani untuk mencari gerai makanan. Masalah timbul apabila gerai makanan halal yang ada hanya berdekatan dengan guesthouse kami iaitu kira-kira 45 minit berbasikal dari situ. Saya malas untuk berpatah balik ke guesthouse sebab membuang masa pula.
Solusinya, kami cuba mencari kedai makanan atau kedai runcit di sebuah kampung. Wani ingin mencuba mi segera di sana tetapi tiada logo halal pada bekas makanan tersebut. Saya memberikan idea untuk mencari makanan di gerai makan berhampiran. Untuk makluman anda, di sini penjualan daging anjing dan khinzir adalah meluas. So sebagi langkah yang paling selamat, kami memesan nasi goreng+sayur+telur tanpa daging/ayam. Yang lain kami hanya berserah pada Allah yang Maha Esa. Apabila masakan kami siap, pelayan di gerai tersebut memberikan sup kosong sekali. Wani sudah siap mencedok sup tersebut tapi saya menghalang Wani untuk meneruskan niat beliau. Walaupun sup kosong tetapi kita tidak tahu sama ada sup tersebut di campur dengan bahan-bahan yang tidak halal. Saya memanggil pelayan gerai dan bertanyakan isi kandungan sup tersebut dan akhirnya memang betul tekaan saya, sup tersebut adalah sup KHINZIR!!
“Hehe…nasib baik u wani” kata saya pada Wani yang agak terkejut. Pesan saya pada anda, sila berhati-hati dengan makanan di negara luar. Walaupun nampak sedap tapi sebagai umat Islam, mencari halal itu kefardhuan bagi kita. So berbalik pada cerita kami, siap habiskan makanan semua kami bertolak ke Angkor Wat. Suasana di sana walaupun hampir pukul 10.30 pagi tetap nyaman dan matahari pun tak terasa sangat pancarannya cuma keadaan disana sangat kering dan berhabuk. Kepada anda, sila membawa penutup hidung dan mulut untuk ke sana atau jika menyewa tuk-tuk minta dengan driver tuk-tuk. Mereka akan menyediakan untuk anda tanpa bayaran. Kalau ada yang mintak bayaran sila fight sebab topeng muka termasuk dalam cas servis tuk-tuk.
Kami melalui jalan-jalan hutan dan sempat mengambil beberapa keping gambar lukisan yang dijual di tepi-tepi jalan. Kayuh punya kayuh tapi destinasi dituju tak sampai-sampai lagi. Bila berhenti bertanya penduduk setempat,mereka mengatakan jalan tu dah betul. Kami hanya bertawakkal kepada Allah S.W.T sebab laluan tersebut berbeza dengan laluan yang dilalui saya semalam. Dari jauh kelihatan pengawal berbaju biru menanti kami. Sebenarnya jika anda perasan, ada 2 laluan berbeza untuk ke Angkor Wat. Satu laluan yang biasa digunakan oleh pelancong iaitu jalan dari kaunter tiket dan satu lagi jalan kampung yang turut menghubungkan Angkor Wat dan kampung sekitar. Bila saya cuba search di beberapa blog lain, kebanyakan mereka juga perasan jalan ini tetapi tidak berani mengambil risiko takut tersesat but we did!…haha (bangga)
Kami meletakkan basikal di hadapan pintu masuk Angkor Wat dan berjalan menuju ke dalam kuil lama tersebut. Secara tidak sengaja kami terjumpa Thahir yang baru sahaja habis melawat Angkor Wat dan ingin melawat kuil seterusnya. Untuk pengetahuan anda, Angkor Wat hanya la satu daripada beberapa kuil besar di sini. Selain daripada Angkor Wat ada Bayon Temple, Elephant Terrace, Ta Phrom dan sebagainya tetapi yang disebutkan adalah yang agak terkenal dalam kalangan pelancong. Lepas kami berpisah, saya dan Wani masuk ke dalam Angkor Wat. Cuaca sudah semakin terik dan pelancong jugak agak ramai memandangkan hari tersebut adalah hari minggu. Ni nak cerita lagi pasal Wani ni. Beliau merupakan seorang gadis celik (tak buta) yang AMAT suka bergambar dan mangsanya ialah saya. Di pintu masuk sahaja kami memperuntukkan masa selama 1 jam untuk mengambil gambar. Ini bukan cerita rekaan ye. Tiap kali ambil gambar dia akan suruh ulang lagi smpai gambar ataupon shot yang dikehendaki memuaskan hati beliau. Akhirnya saya buat-buat muka dan berjalan mendahului beliau.
Di bangunan pertama saya jejaki terdapatnya ukiran peristiwa pembinaan Angkor Wat. Nak tahu cerita di sebalik ukiran ni korang boleh google sendiri. Lepas turun naik kuil ni anda akan berjumpa dengan bahagian kuil tertinggi sekali.
Siapa-siapa yang nak naik dekat tangga pertama tu dibenarkan tapi saya nampak ada 2 orang je pelancong asing naik. Ini disebabkan tangga yang pertama tu terlalu bahaya, curam dan tangga pun di seliputi lumut-lumut hijau.
Tangga yang kat belakang tu ramai yang naik tapi ada syaratnya. Mereka perlu memakai pakaian yang sopan dan dilarang memakai topi. Mat saleh yang beratur di belakang saya tidak dibenarkan naik sebab memakai seluar pendek dan baju tak tutup aurat (terdedah dibahagian tubuh).
Kat atas ni anda oleh melihat pemandangan di luar dan bawah Angkor Wat. Ada juga bahagian lapang di tengah-tengah menara tinggi itu. Di atas sini juga terdapat sleeping-sleeping Buddha dan Nigga (tempat bertapa).
Untuk turun dari atas sini anda perlu beratur panjang tapi saya dan Wani sempat menyelit-nyelit di celahan orang beratur untuk cepat turun (ada aku kesah??). Waktu turun dari tangga tu paling seram buat saya sebab takut terjatuh dan cuba bayangkn apa yang akan terajadi jika seseorang jatuh dari atas, orang lain yang sedang turun juga mungkin akan terlibat dengan kecelakaan.
Dalam perjalanan kami untuk keluar, saya terserempak dengan budak yang menjual cenderamata. Saya pernah nampak budak ni semalam. Dia menghampiri saya dan Wani dan harga yang ditawarkan adalah USD5 untuk seketul fridge magnet!! Saya cuba mengusik dia dengan menawarkan harga 3 ketul untuk USD1, tapi dia enggan bersetuju. Lepas satu-satu dikeluarkan sehingga USD5 untuk 8 ketul fridge magnet. Bagi saya memang tak berbaloi dan nak buat apa beli FM banyak-banyak. Lagipun bukannya cantik ukiran dekat fridge magnet tu. Cukup 2, 3 keping buat kenangan.
Di dalam Angkor Wat ada 2 buah tasik iaitu di bahagian kanan dan kiri bangunan. Anda boleh memilih untuk ke bahagian kanan atau kiri tasik sebab hasil gambar adalah sama iaitu imej Angkor Wat yang terpantul di atas permukaan tasik. Selepas siap menunggu Cik Puan Wani mengambil gambar, kami bergerak keluar untuk ke kuil seterusnya.
Saya sempat membeli sebotol air mineral lagi sebab air yang dibawa dari guesthouse sudah habis diminum. Harga untuk sebotol air mineral di sana mahal iaitu USD1 untuk satu botol berbanding dekat guesthouse saya hanya USD1 untuk 2 botol. Tapi tak apa lah sebab kesiankan mak cik yang menjaja air di bawah terik panas matahari. Lokasi seterusnya kami adalah Bayon Temple yang terletak lebih kurang 30 minit berbasikal.
Bersambung dalam Episod 3 pulak..
Artikel oleh penulis tamu, Capt Azhan.
Stress pula kita dengan travelmate cmtu..dari 5.30 am ke 10.30 am…
Hehehe… sabar jelah kalau dapat berjalan dengan pompuan macam ni 😀 kalau yg dah backpack, simple je. Tapi info kat sini awesome. tq
seronok baca. akan ke sana 8 feb 2016 nanti
Pengalaman yang berharga
MJ belum pernah lagi ke sini..tengok gambar-gambar macam tempat yang menarik..
Memang menarik, MJ!