Hari ketiga di Hawaii, kami pergi ke Honolulu Zoo yang jaraknya lebih kurang 15 minit jalan kaki dari hotel kami menginap. Dekat je tu, sebab kalau naik trolley pun boleh. Cuma kami decide untuk jalan kaki sebab tak jauh mana, lagipun jalan kaki tepi pantai.. syok.
Honolulu Zoo
Zoo ni menarik. Walaupun review di internet cakap tak best, tapi pada pandangan saya zoo ni bersih, open area african theme kat bahagian belakang zoo di mana zirafah, kuda belang boleh jalan-jalan tanpa ada pagar pun. Cuma saya tak dapat nak ambil gambar cantik-cantik sebab kebetulan, lense kamera saya rosak semasa di zoo. Elok balik hotel, okay pulak lense tu. Jadi semua gambar di zoo dan akuarium ni pakai kamera handphone Samsung A7 sahaja.
- Harga tiket masuk 1 orang dewasa ialah USD14. Tapi sebab kami beli Waikiki Trolley Pass, dapat tiket free.
- Bawa air minuman atau bekal cukup-cukup lah sebab dalam ni air minuman pun mahal. Namun begitu, bab air tak payah bimbang di Hawaii sebab air paip dorang boleh minum terus dari paip seperti mana di Sakarya, Jepun, USA, Eropah lain.
Haiwan pun ada banyak. Orang utan, jebon, harimau, singa, cheetah, gajah, beratus-ratus spesis burung, dan macam-macam jenis haiwan pelik-pelik pun ada. Maaf sekali lagi, tak ada gambar cantik sebab lense kamera rosak. So saya share mana gambar yang okay-okay dari handphone kamera saya je. Kamera handphone ni pulak zoom dia tak cantik. Jadi snap mana yang dekat je la.
Tengok, belakang Orhan tu tempat di mana mereka letak zebra dan zirafah. Tak ada pagar khusus pun. Tepi tu ada bangku. Kami bawa kopi dan duduk minum sambil tengok zebra dan zirafah.
Waikiki Aquarium
Akuarium ni tak sebesar akuarium yang lain yang pernah saya pergi. Kalau nak dibandingkan dengan Kaiyukan Osaka Aquarium, memang ibarat langit dengan bumi. Harga tiket masuk dewasa ialah USD12 seorang, tapi sebab kami ada Waikiki Trolley Pass, dapat tiket free.
Cara nak ke Waikiki Aquarium ni pun senang je. Lokasinya tepi pantai di Waikiki, dekat dengan zoo juga. Kalau anda datang Waikiki, ambil maps yang ada di sepanjang jalan (dorang letak maps tu kat semua tempat) dan ikut je panduan dalam tu. InsyaAllah anda akan faham, sebab ianya sangat mudah difahami.
Ini antara makluk pelik dan unik di Waikiki Aquarium. Namanya Fish Dragon. Sejenis ikan, tapi mungkin tak boleh dimakan sebab nampak ganas sangat. Haha
Dan lagi gambar haiwan-haiwan unik di Waikiki Akuarium. Orhan pula tak sempat pusing akuarium ni sampai habis, sebab dia dah penat dan tidur kat tengah-tengah aquairum. Elok kitorang siap, dah keluar lalu kedai cenderahati tu baru la dia jaga.
Di bahagian luar pula ada singa laut, buaya dan beberapa jenis haiwan lain lagi yang kami tak sempat tengok.
Jadi akuarium ni, okay lah. Not bad. Kalau tanya saya pasal tempat wajib pergi di Waikiki, saya jawab anda tak wajib pergi aquarium tu. Tapi kalau dapat tiket free, pergi aje. Zoo tu agak berbaloi lah pergi sebab besar dan banyak haiwan.
Pelik-pelik juga haiwan kat aquaria ni ye..ikan naga tu memang nampak ganas