• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / 9 tip untuk dapat diskaun semasa melancong

9 tip untuk dapat diskaun semasa melancong

02/03/2015 By Travelog.my 11 Comments

Dah tentu ramai dari pembaca blog saya yang gemar membeli-belah semasa melancong. Terutama sekali orang perempuan. Walaupun sikit, akan ada juga benda yang dia nak beli. Saya tahu sebab saya pun perempuan juga. Cuma, dalam kita melancong ni kalau boleh kita tak nak kena tipu dengan penjual.

Anda tentu biasa dengan situasi penjual naikkan harga barang hanya kerana anda pelancong. Contoh mudah, anda pergi ke Pasar Siti Khadijah pada waktu cuti sekolah. Jangan cakap dialek Kelantan, tapi cakap dialek lain. Nescaya, harga yang anda dapat berbeza dengan harga yang saya dapat.

Suami saya, American. Penjual buah salak pandai-pandai nak jual buah salak dengan harga RM1 sebiji semata-mata suami saya jelas warga asing. Sedangkan harga sebenar ialah RM10 bagi 3 kg.

Bukan kita tak ada duit, tapi sebolehnya kita tak nak ditipu oleh penjual yang cuba untuk ambil kesempatan kepada pelancong.

Namun di sesetengah tempat, minta diskaun ialah sesuatu yang luar biasa contohnya Amerika Syarikat dan mungkin Jepun. Tetapi pengalaman saya dengan warga arab (kebanyakannya pelanggan saya sendiri), hampir semua orang Arab akan berkira-kira sebelum sesuatu harga ditetapkan. Kita yang tak biasa ni sakit hati juga, tapi lama-lama dah faham perangai Arab ni memang macam tu. Jadi, jika anda melancong ke negara Arab, anda mesti minta diskaun tak kira banyak ke sikit (#lol).

tip melancong dengan kos rendah

Mungkin tip untuk dapat diskaun semasa melancong di bawah ni berguna untuk anda.

1) Cuba guna bahasa mereka

Dialek Kelantan dalam contoh di atas agak sukar ditiru oleh orang yang tak biasa. Tapi, jika anda melancong ke luar negara, Jepun atau Turki contohnya, cuba hafal beberapa patah perkataan yang boleh membantu anda buat jual beli. Contohnya,  “berapa harga?”, “mahal harganya”. Sebolehnya juga hafal nombor 1-10 dalam bahasa negara yg anda tuju. Penjual ini akan rasa teruja bila orang asing bercakap bahasa mereka. Dan jangan lupa ucapan “terima kasih” dalam bahasa mereka. Dalam melawat negara asing,  kita tak perlu belajar slang atau dialek orang sana. Cukup sekadar untuk buat jual beli sahaja.

2) Senyum

Dah nama pun nak minta diskaun,  muka mesti kena senyum kan. Kalau masam, penjual pun tak ingin nak bargain. Bila anda senyum, penjual pun senyum, maksudnya anda dan penjual dah ada “klik”. Maka anda boleh berurusan dalam mood yang baik. Sebolehnya, senyum awal-awal semasa masuk ke kedai tersebut. Jangan jadi pelancong sombong yang dengan lagak tourist, masuk kedai pastu laung dalam bahasa Inggeris “how much is this?”.

3) Biar penjual yang sebut harga terlebih dahulu

Jika anda terlebih dahulu yang sebut harga atau tawarkan harga yang anda sanggup bayar, penjual akan setuju terus jika dia akan dapat untung yang banyak. Silap hari bulan, harga yang anda sebut tu overpriced. Jadi, tunggu sehingga penjual sebut harga yang dia nak bagi. Lepas tu baru minta diskaun. Jika mahal, cakap mahal. Cuba hafal, “this is expensive for me” dalam bahasa mereka.

4) Tawarkan harga yang lebih rendah dari harga yang anda sanggup bayar

Contohnya, minta lebih dari 50% diskaun dari harga dipamerkan. Contohnya jika anda ke Grand Bazaar di Istanbul. Jika harga atau disebut dipamer pada jaket atau kasut ialah TL300, jangan segan untuk minta diskaun sehingga TL120. Jika mereka tak nak bagi, anda tawarkan pula TL140. Buat tawaran sehingga anda dan penjual dapat harga yang dipersetujui. Saya pernah beli Turkish Saffron yang mana harga dipamerkan ialah TL20 tapi harga sebenar ialah TL10. Don’t hesitate to bargain.

5) Jangan buka dompet atau tunjuk duit sebelum setuju dengan harga

Jika anda buka dompet awal-awal, dan dalammya jelas kelihatan not not 100€, saya fikir tak ada penjual yang rela bagi diskaun.

6) Hanya serius minta diskaun bagi barang yang anda betul-betul nak beli

Sebolehnya hanya minta diskaun bagi barang yang anda betul-betul nak beli. Kalau serius, baru jump into bargain. Kalau main-main, di sesetengah tempat ia agak kurang ajar sama seperti menghina penjual. Terutamanya bila anda dah minta diskaun, pastu penjual setuju bagi diskaun. Tiba-tiba anda tak jadi beli. Tak elok macam tu. Kalau nak, buat cara nak beli. Jangan memain.

7) Minta diskaun dalam matawang tempatan

Di tempat yang terlalu touristy seperti Melaka, Ho Chi Minh, Angkor Wat, Istanbul dan sebagainya, mereka terima matawang US Dollar secara meluas, macam itu matawang dorang pulak. Saya tak pernah nampak apa untungnya anda gunakan matawang Euro di Istanbul.

8) “That’s the price for tourist. How about the price for friends?”

Saya jarang guna taktik ni, tapi dari perbualan dengan beberapa orang, didapati teknik ini agak menjadi dan berguna. Dalam masa yang sama, anda maksudkan harga yang diberikan adalah terlalu mahal, tetapi anda cakap tu dalam ayat tidak menghina penjual.

9) Kalau tak dapat deal yang bagus, tak payah beli

Penjual pun manusia, anda pun manusia. Kalau tak dapat barang yang anda nak pada harga yang anda mahu, tinggalkan saja. Jangan bergaduh pula dengan penjual. Lagipun, hukum jual beli yang sah ialah ada persetujuan antara penjual dan pembeli. Jangan paksa penjual untuk jual pada harga yang dia tak mampu. Get ready to leave. Apapun jangan lupa ucap terima kasih sebab layan karenah anda. Tetapi, bila anda nak tinggalkan kedai tu selalunya masa tu lah penjual ubah fikiran. Dari tak setuju kepada setuju.

Itu je lah saya share sikit-sikit. Kalau anda ada nak tambah tip untuk dapat diskaun semasa melancong lagi, boleh tambah di ruangan komen atau hantarkan ke contact form ya 🙂

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Travel Topic

Comments

  1. Jong says

    18/02/2016 at 7:30 am

    Jangan lupa perhatikan keadaan / ketegangan situasi jual beli itu..ketika di Pasar Kiriakoo di Dar-es-Salaam, Tanzania, kami dikejar oleh ‘agent’ pasar kerana cuba tawar menawar dengan ‘agent’ tapi harga itu tidak dipersetujui oleh penjual asal ikan / seafood tu..akibatnya, ‘agent’ bergaduh dengan penjual dan nyaris2 bergaduh teruk

    Reply
  2. Mek ila Jual Vitamin says

    19/05/2015 at 10:57 am

    Bagus sungguh tips ni. Satu lagi taktik yang biasa Mek ila buat ialah tunjukkan yang kita tak beria sangat membeli. Bila begini biasanya pembeli akan tawarkan harga yang lebih murah dengan harapan kita terbuka hati nak membeli.

    Reply
    • Travelog.my says

      19/05/2015 at 8:00 pm

      Tu pun elok juga. Jangan buat beriya nak kan barang tu. Lagi kita bersungguh lagi dorang tak nak bagi diskaun

      Reply
  3. Hairul Hissam says

    05/03/2015 at 10:55 pm

    saya pula jenis malas nak tawar menawar dan lebih suka ke hypermarket….
    tapi jika berada diluar negara spt sis, tentu perlukan skill tawar menawar nie.. nice info sis…

    Reply
  4. titan says

    04/03/2015 at 1:02 am

    biasa memang aku mintak aje.

    bagi tak bagi, takde hal.

    haha..

    tapi kalau dah berkenan..aku bayar je. haha

    Reply
  5. maria says

    03/03/2015 at 8:26 pm

    bestnyer tips u ni…
    boleh apply kot2 lepas ni nak jalan2 kat oversea.. 🙂

    Reply
  6. Hero Borneo says

    03/03/2015 at 6:57 am

    oh.ya tips yang menarik..belajar bahasa asing..

    Reply
    • Travelog.my says

      04/03/2015 at 3:32 am

      Tak perlu belajar, hafal empat lima ayat utk urusan jual beli sahaja.

      Reply
  7. Aida Doterali says

    02/03/2015 at 10:37 pm

    Betul tu. Don’t hesitate to bargain. Dapat ke tak belakang punyer cerita.

    Reply
    • Travelog.my says

      02/03/2015 at 11:35 pm

      Haha kan. Saya pun tak malu nak bargain sebab lepas tu bukan jumpa pulak penjual tu pun 😜

      Reply
  8. ikhwan says

    02/03/2015 at 8:45 pm

    bertutur dengan dialek mereka boleh membuatkan mereka berasa selesa.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in