• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Malaysia / Tip beli vacuum khas untuk surirumah

Tip beli vacuum khas untuk surirumah

10/07/2019 By Travelog.my 5 Comments

Blogpost ni khas nak cerita bab vacuum. Minggu sudah, vacuum rumah ni dah rosak. Jadi, dalam duk survery di Lazada dan Shopee tu, barulah saya perasan yang sekarang ni susah nak jumpa stick vacuum yang ada wayar atau sambung ke soket elektrik.

Kebanyakan vacuum di pasaran sekarang ni, semua pakai bateri. Satu kerja pula kita nak kena caj 3 hingga 4 jam, dan tempoh dapat guna pula cuma maksimum 40 minit. Dyson pun sama je, bukan boleh vacuum lebih sejam. Bagi rumah saiz kecil, mungkin okaylah kot 40 minit. Kalau rumah besar macam leceh nak kena caj-caj pula.

Saya pernah guna vacuum yang guna bateri sebelum ni. Lecehnya sebab kadang-kadang bila nak guna tu, bateri belum caj sepenuhnya. Lain orang, mungkin lain preference dia. Tapi, saya masih old style punya perempuan bila masuk bab vacuum.

Hampir dua minggu duk survey vacuum sebab kriteria utama yang saya nak ialah,

  1. Ada roller brush
  2. Pakai kabel
  3. Jumlah kpa level yang tinggi supaya dapat sedut kekacang, skru dan seumpamanya dengan mudah.
  4. HEPA filter

Roller Brush

Ha, yang ni paling penting sebab nak vacuum karpet dan bahagian bucu rumah. Kalau tak de roller, dia sedut je. Bila ada roller, roller tu berfungsi macam penyapu – jadi, sapu dan sedut. Lagi bersih dan lebih mudah habuk masuk vacuum.

Pakai kabel

Ni sebab tak nak lah nanti bila kita nak guna, tengok-tengok tak ada bateri. Buang karan betul.

kpa Level yang tinggi

Lagi tinggi kpa level, lagi tinggi kuasa sedutan vacuum tersebut. kpa, ataupun kilopascals. Contohnya, vacuum lama saya tu, cuma 5000 kpa, tak dapat sedut sebiji kacang tanah. Tapi, vacuum baru ni dapat sedut kacang tanah sebab level kpa 17000.

HEPA filter

Kebanyakan filter sekarang memang macam ni, terutama sekali yang jenis stick vacuum. Yang penting, senang cuci dan senang buh balik.

Jadi, buat keputusan untuk beli XiaoMi Deerma DX600S, harga di Shopee cuma RM 199.99 sahaja. Ni pun atas cadangan Deerma Malaysia, order tu kat Deerma Official Store di Shopee (dari China). Pos dari China sampai Kota Bharu ambil masa 1 minggu. Laju jugak ni.

Kalaulah saya tak jumpa vacuum ni, saya akan beli juga cordless stick vacuum. Hasil dari survey tu, jenama Dibea dan Pullman antara pilihan terbaik bagi mereka yang tak nak bayar mahal untuk vacuum Dyson. Bukan tak nak beli Dyson, tapi sayang duit. Sebab dari bacaan saya di laman-laman review pun, Dibea dan Pullman ni setara Dyson juga prestasinya, cuma dengan harga lebih menarik. Sayangnya, saya nak yang guna kabel sebab malas caj, jadi saya ambil XiaoMi Deerma DX600S. Murah pun murah.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Malaysia

Comments

  1. abby says

    07/04/2020 at 7:40 am

    kak, sampai sekarang masih ok lagi vacuum dx700 kak?

    Reply
    • Travelog.my says

      13/04/2020 at 3:31 pm

      masih fungsi. selang sehari guna

      Reply
  2. Abby says

    06/04/2020 at 8:34 pm

    Kak deerma dx600 masih fungsi?

    Reply
  3. Abby says

    06/04/2020 at 8:33 pm

    Kak deerma dx600 masih fungsi dengan baik?

    Reply
  4. marvic says

    26/09/2019 at 9:27 am

    agreed with u.. prefer old school vacuum..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in