• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Airlines / Terbang dengan Turkish Airlines (IST – KUL)

Terbang dengan Turkish Airlines (IST – KUL)

04/12/2015 By Travelog.my 7 Comments

Kali ni nak cerita pasal flight Turkish Airlines penerbangan Istanbul – Kuala Lumpur. Perjalanan dari Istanbul ke Kuala Lumpur mengambil masa 10 jam 5 minit, kalau dari KL pula 11 jam. Bertolak dari Ataturk Airport (IST), landing di Kuala Lumpur International Airport.

Turkish Airlines ni kalau diikutkan, agak popular dengan kes hilang bagasi. Tapi, sejak saya guna Turkish Airlines untuk kali ke 5 ni, belum pernah lagi bagasi saya hilang. Alhamdulillah.

Kaunter check in buka seperti biasa, 3 jam sebelum penerbangan. Jadi lepas elok-elok check in, terus jalan pergi ke gate. Airport Ataturk nih satu je kekurangannya, tak ada free wifi. Jadi kebanyakan masa akan habis dengan melilau sekitar airport bagi sesiapa yang tak ada mobile data. Meh :/

Balik baru ni saya balik sorang diri. Memang bosan habis. Nasiblah kat gate tu ada 4 pelajar perubatan warga Malaysia yang transit. Sempat lah sembang-sembang sikit sambil dengar dorang cerita pasal Mesir.

Kebetulan saya bertolak hari Rabu, waktu maghrib. Jadi, flight tak penuh. Maklumlah, bukan peak season. Sebab tu dapat tiket harga tak sampai RM2600 je.

Boleh dapat 4 seat untuk satu orang. Sebaik duduk, mereka akan tuala panas untuk bersihkan tangan dan muka, kemudian diberikan pek mengandungi stokin, selipar, penutup mata untuk tidur, berus gigi dan ubat gigi, dan juga lip balm. Lip balm tu penting, sebab setiap kali saya dalam penerbangan jauh begini, bibir akan kering dan senang pecah-pecah.

terbang dengan turkish airlines 1

Satu yang paling saya suka dengan Turkish Airlines ni ialah dorang akan pastikan semua tingkap ditutup selepas makanan pertama dihidangkan. Makanan pula agak banyak dan sedap juga, memang kenyang. Cuma gambar je tak dapat tunjuk sebab cahaya tak cukup. Ada dua pilihan makanan untuk anda pilih. Pilih salah satu je. Makan yang pertama saya pilih menu ikan grouper.

Perut kenyang, tidur pun lena lah. Siap boleh tidur baring. Nyenyak betul dapat tidur 40,000 kaki di udara dalam keadaan baring penuh. Bukan selalu dapat peluang macam ni.

Nah, bayangkan, berapa banyak seat kosong malam tu. Boleh pilih dan tukar-tukar seat sesedap hati.

terbang dengan turkish airlines 2

Bantal pula, susun elok-elok, bagi tidur lagi syok.

Elok lepas bangun tidur, pramugara bagi kacang hazelnut dan sebotol air mineral. Ni dia panjang seat, 31 inci. Ngam-ngam je lah. Nasib baik saya ni jenis tulang tak panjang sangat. Jadi dapat duduk dengan selesa. Headphone Philips tu saya bawa sendiri, sebab earphone yang disediakan agak kecil dan bunyi tak best. Memang ke mana-mana pun saya akan bawa headphone sendiri.

terbang dengan turkish airlines

Yang ni part paling best. Skrin 10.9 inci. Dengan pelbagai filem terbaru – bab ni memang terbaik dari langit lah, music yang best-best, dan kamera untuk lihat bahagian luar pesawat. Yup, boleh nampak bahagian bawah perut pesawat (bumi) dan juga tang awan tu. Kalau anda kaki tonton movie, memang boleh habiskan 10 jam dengan tonton macam-macam movie yang terbaru.

terbang dengan turkish airlines 3

Dua jam sebelum tiba, mereka akan hidangkan makan sekali lagi. Bergantung kepada waktu juga, tiba waktu subuh, jadi dapat breakfast. Kalau tiba malam, dapat dinner.

Overall, kira okay sakanlah penerbangan Turkish Airlines ni. Tak hairanlah ia dapat anugerah Europe Best Airlines. 

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Airlines, Travel Topic, Turki

Comments

  1. harisa says

    25/12/2015 at 7:35 am

    salam

    ada sesiapa yang nak backpacker to istanbul tak for 2015? mencari teman yang berminat untuk terokai istanbul.

    pls whatsAp me 0122985313

    thanks to blogger for sharing good info 🙂

    Reply
    • Lin says

      25/12/2015 at 7:42 am

      2015?? Its almost ended. Or you mean next year?
      Where to? When ?

      Reply
  2. Alyaa Aidee says

    10/12/2015 at 12:12 pm

    part aneka makanan tu yang best, hehe.

    Reply
  3. Amirul says

    10/12/2015 at 6:52 am

    Airline luar negara nampak mcm lebih menarik dari Mas.

    Reply
  4. Raihanah Ahmad says

    10/12/2015 at 6:41 am

    wah, murah ek turkish airlines ni. nanti boleh cubalah

    Reply
  5. Lin says

    04/12/2015 at 3:07 pm

    Mmg bestla Turkish Airlines…. makanan sedap siap ade menu lagi.
    Biasanye mmg hari Rabu or middle of the week harga flight murah ye? Boleh tak dpt harga RM2600+/- kalo book last minute?

    Reply
    • Travelog.my says

      04/12/2015 at 3:36 pm

      Kebetulan kot tiket murah tu..sebab saya book hari tu pun 2 minggu sebelum bertolak. Nampak murah terus beli.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in