Update 14/12/2015: Rayani Air kini dibuka untuk tempahan tiket (KLIK)
Syarikat penerbangan baru ditubuhkan, Rayani Air akan beroperasi tak lama lagi. Khabarnya dalam tahun ni, berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (MKZ). Dari maklumat di official Facebook Rayani Air, ia akan terbang dari Melaka – Kota Bharu, Melaka – Penang, Melaka – Langkawi, Melaka – Kuching, Melaka – Kota Kinabalu.
Bagus juga ia beroperasi di Melaka, sesuailah sebab Melaka kan famous yang amat dikalangan pelancong asing. Femes tak femes, suami saya (American), belajar sejarah Asia semasa di sekolahnya di Oviedo, Orlando. Dari zaman dia sekolah lagi duk cakap kat kawannya, Nelson, yang satu hari nanti dia akan ke Melaka. In fact, he did come to Melaka selepas mendarat di KLIA 4 tahun lalu dan di negeri itulah dia masuk Islam sebelum berpindah ke Kelantan.
Berbalik kepada Rayani Air, saya tak pasti mana satu ejaan yang betul. Samada RayaniAir atau Rayani Air. Dari update terbaru Rayani Air, nampaknya mereka akan beroperasi dengan pesawat Economy 169, atau B737-400. Dari seat dalam pesawat ni, nampak gaya sebijik pesawat MAS B737-400 yang sudah dihentikan perkhidmatannya. Mungkin orang Rayani Air beli dan guna kembali agaknya? Apa salahnya jika masih boleh digunakan, kan?
Inaugural flight dijangka pada Ogos 2014 atau selewat-lewatnya akhir tahun ni. Maka senanglah orang Kelantan, Penang, Kuching, Sabah dan Sarawak nak ke Melaka. Tak perlu mendarat di KLIA atau KLIA 2. Save a lot of money untuk bas atau teksi.
Cuma, adakah Rayani Air ini merupakan penerbangan tambang murah?
Tidak banyak maklumat tentang Rayani Air di internet buat masa ini. Website Rayani Air juga masih dalam pembinaan. Apapun, kita tunggu dan lihat perkembangan syarikat penerbangan baru di Malaysia ini.
By the way, saya rasa lah.. saya rasa.. kalaulah ada satu syarikat penerbangan yang guna airport KB sebagai base untuk ke mana-mana dalam Malaysia ni, saya rasa.. mesti laku keras punya. Bukan sebab orang Kelantan macam saya suka travel, tapi memang orang Kelantan ramai yang duk di luar Kelantan. Contohnya, 4 dari 6 orang adik beradik saya semuanya duduk di luar Kelantan. Sorang di Johor, sorang di Jepun, dua di Kuala Lumpur. Dan setiap mereka ni berkeluarga..Dan adik beradik abang ipar saya juga begitu, ramai dari mereka bekerja di luar Kelantan. Kalau balik tak balik sorang, mesti bali beramai-ramai seisi keluarga. Entah bila lah nak ada ni.. saya masih mengharap. Dan saya rasa, memang sudah kepada keperluan pun untuk Kelantan ni.
Update: Rayani Air bukan syarikat penerbangan tambang murah, tetapi premium airlines services.
Looking for job
Good luck.
salam,sye dari brunei boleh ke apply rayani air?
Hi…. how’s i want to apply the job in rayani airlines?
Contact Rayani Air la
can you give contact number Rayani AIR
Either you realize or not, I don’t know. But this is not RAYANI AIR website.
Ada jawatan kosong x
Tak tahu
need to apply position at Rayani Airlines
bagaimana sy nk contact rayani air utk jwatan 0 di langkawi
Mlm..nak tanya dgr cerita rayani air nak melebarkan sayapnya kesabah…x de pengambilan jawatan kosong..untuk anak..tq
Flight to pulau perhentian ada x
Bila ye nak ada flight dari melaka ke terenggabu?
nak tnya, bila Rayani Air mula beroperasi? nk booking tiket blk kelantan.
good evening…nak tanya…xde ke kerja kosong kat airport KB…kat syarikat Rayani air nim??? #PLSinfo kalau kekosongan…..xpe..asalkan kerja…xdapat kerja lagi..lepasan DIPLOMA..
Kalau tanya saya susah la dik sebab saya tak tau. Cuba tanya pihak yang berkenaan. Semoga dimurahkan rezeki dan dapat kerja cepat-cepat
can u give me rayani melaka contact number?
When is the actual date taking off from Langkawi? I am looking on 05Feb and return by 09Feb. Can I do online booking then? Appreciate your prompt reply.
I am not sure, sir.
Hi..mcmmana nk book flight ni ye. Nk book Dr mlka KE langkawi
Syarikat ni belum beroperasi lagi
bagaimana sy nk contact rayani air utk jwatan 0 di langkawi
Telefon sahajalah kepada mereka.
bila dilangsungkan senang la saya nak balik melaka ke kelantan. @ kelantan ke melaka..
mahal x tiketnya??? hehehe
Apa maksud premium airlines services? boleh laku ke? takut bungkus jer…. apa2 pun harap laku la dan mampu berkembang cuma sedih tak leh nak balik melaka naik kapal terbang sebab dok shah alam… kalau ada kan best….
Premium airlines maksudnya full services airlines. Bukan macam AirAsia, you akan dapat check in luggage, meals dll semasa dlm penerbangan.
Salam sis , yg ni flight take ke kl kxh ke
premium airlines tu tambang “all in” untuk bagasi, makan dan minum yg lengkap dalam pesawat. actually dulu ada service dr Subang ke Melaka oleh Berjaya Air tapi mungkin x der sambutan maka laluan tu dah tak der and Berjaya Air pn dah pn bungkus sebab percaturan bodoh CEO Datuk Eddy Leong menguruskan airlines tu.
Hi
I intersted to be open
kiosk for rayani air
Then please contact Rayani Air.