• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Airlines / Suka duka 2014

Suka duka 2014

31/12/2014 By Travelog.my 4 Comments

2014 ialah tahun paling banyak berikan pengalaman dalam hidup saya. Tahun ini juga yang beri ujian yang besar kepada kita rakyat Malaysia. Harapnya, ujian ini semua menjadikan kita orang yang lebih baik, cakna dan jadi hamba Allah yang lebih soleh.

Blog ini saya mulakan tulisan pertama pada bulan January 2014. Saya kongsikan pengalaman perjalanan saya melawat tempat orang, samada dalam Malaysia atau luar Malaysia. Sungguh saya bersyukur diberikan rezeki dari Allah dengan cara yang saya tak jangka pun.

2014 dicanang sebagai tahun melawat Malaysia. Iklan melawat Malaysia saya jumpa di Jepun dan juga di Amerika Syarikat. 2014 jugalah tahun paling mencabar bagi industri pelancongan kita. Hilang MH370, kemudian MH17 ditembak jatuh, Air Asia pula terhempas. Ditambah pula bencana alam banjir besar di Pantai Timur.

Oklah, saya rangkum cerita saya di sini.

1) Melawat Amerika Syarikat ialah trip paling jauh pernah saya buat.

2) Dapat tiga tiket penerbangan Air Asia X ke Osaka dalam program Air Asia X reward

3) Ke Batam, Indonesia

4) Menang peraduan oleh Turkish Airlines iaitu dua tiket penerbangan ke Turki disamping voucher shopping TL1000.

5) Hadiah cruise ship ke Bahamas oleh mertua.

6) Bina rumah di Kota Bharu dengan bantuan dari bapa saya, yang mana dia sendiri menjadi kontraktor. Walaupun dengan bajet tak besar, tapi sekurang-kurangnya akan ada tempat berteduh sendiri. Tanpa bantuan mak ayah dan juga mertua, mungkin kami tak mampu lagi bina rumah sendiri tanpa hutang.

image

7) Banjir besar di Kelantan. Dua hari paling banyak saya berdoa ialah pada 26, 27 Disember. Tidak pernah saya berdoa sebanyak itu sepanjang hidup saya. Tidak pernah. Dua unit homestay milik bapa saya ditenggelami banjir. Rumah yang saya duduki pula hanya dua inci lagi akan dimasuki air pada malam tu.

image

8) Kakak dan 7 anaknya di Pulai Chondong yang mengalami kerugian paling besar dalam keluarga saya. Rumahnya ditenggelami air ke paras bumbung. Dan anak-anak saudara saya kelaparan di penempatan banjir disebabkan bekalan makanan yang dibawa kehabisan dan bantuan lambat tiba. Air mata memang tak dapat henti mengalir. Habis usaha kami cuba untuk hubungi pihak penyelamat dan akhirnya mereka terima bantuan dari individu yang bagi pinjam boat kepada individu lain. Juga sedih dek kawan-kawan sendiri ramai kehilangan harta benda disebabkan banjir ni.

9) Saya tinggalkan Kelantan pada 30 Disember. Pedih hati tinggalkan negeri selepas disaster begini. Kalau ikut hati memang tak sanggup. Tapi disebabkan janji bertugas, terpaksa kami datang.

10) Penutup 2014 ini, saya di Istanbul. Pihak yang kena ambil kami di Istanbul airport tak dapat datang disebabkan salji lebat dan jalan raya ditutup. Ok lah, kami sewa hotel sementara mereka datang atau keadaan reda.

image

Saya harapkan 2015 yang lebih menarik. Semoga saya dan suami, Yusef, menjadi muslim yang lebih bersyukur, diberkati dan dirahmati Allah.

Saya doakan anda juga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan anda dan dirahmati Allah.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Airlines, Malaysia, Travel Topic, Turki

Comments

  1. imaa says

    02/01/2015 at 12:27 pm

    Assalamualaikum,

    semoga family akak tabah dan semoga 2015 Malaysia bersinar kembali.
    Saya berharap dapat pergi melihat dunia macam akak juga. hehe
    turki 🙂

    Reply
    • travelmy says

      02/01/2015 at 1:20 pm

      Terima kasih Imaa. 😀

      Reply
  2. anida says

    31/12/2014 at 11:51 pm

    salam . suka baca dan tgk blog pn.siti. murah rezeki pn. bnyk tmpt pn.siti lawat. kerja dkt agensi pelancongan ke?

    Reply
    • travelmy says

      31/12/2014 at 11:54 pm

      Terima kasih Anida. Saya kerja sendiri sahaja..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in