Anda mungkin pernah alami situasi di mana orang tepi anda menguasai sepenuhnya tempat letak lengan di sebelah anda. Kita terbang kelas ekonomi, tempat letak lengan memang tak besar pun. Muat-muat satu lengan je.
Sekarang ada penyelesaian supaya anda tak bermasam muka dengan orang sebelah. Anda, dan dia, dua-dua boleh guna armrest yang sama dengan adanya Soarigami.
Ini bukan macam alat seat recline blocker yang diharamkan dalam penerbangan tu. Alat ini sangat berbeza.
Ia boleh dilipat-lipat dan diselit dengan mudah dalam hand carry bag anda. Tak berat, dan senang digunakan.
Soarigami masih baru dan belum lagi masuk ke pasaran, tapi anda boleh jadi antara orang terawal yang memiliki Soarigami. Boleh subscribe notifikasi bila ia dah masuk market nanti. More info, layari www.soarigami.com.
sangat berguna gadget nih. ^_^
Memang payah kalau orang sebelah yang x dikenali.. huhu..
Bestla macam ni nampak selesa, takdela bergaduh tangan nanti. hahha
Nasib baik selalu travel dengan suami.
Macam saya 🙂