• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Makanan & Restoren / Sambal plum muda dengan ikan istarvit

Sambal plum muda dengan ikan istarvit

02/04/2016 By Travelog.my 3 Comments

Akhir-akhir ni selera makan lain sikit. Sebabnya, dah sangat tak ada idea nak makan apa di sini, terutama sekali bila keluar cari restoren. Semua kedai menunya hampir sama. Jadi nak tak nak, kena kreatif sikitlah.

Kebetulan dah musim spring gini, dapatlah pelbagaikan makanan. Kalau tak, memang pilihan tak banyak. Sungguh saya dah mula giankan Gulai Lemak Siput Sedut, Gulai Kuning Ikan Tenggiri, Asam Pedas Ikan Pari dan seumpamanya. Tapi semua tu sangat susah lah nak dapat. Tak pernah nampak Ikan Pari dan Ikan Tenggiri dijual. Yang ada cuma tak sampai 10 jenis ikan kat pasar tu. Hehe

Tadi pergi pasar, nampak orang jual buah plum muda. Plum muda ni ibarat buah cermai lah kalau kat tempat kita. Rasanya lebih kurang sama. Cuma bijinya sahaja yang sedikit lain. Sekarang belum betul-betul musim buah, baru je masuk spring jadi benda macam ni masih dikira mahal. Sekitar 12 biji (saiz besar buah cermai je) harganya sekitar TL4. Dah betul-betul musim nanti, 1kg boleh dapat dengan harga sama.

Dulu-dulu, zaman arwah nenek saya masih ada, selalulah dia buat Sambal Putik Mangga. Kalau dia tak lalu makan, benda ni lah yang dia akan buat. Sedap dan membuka selera. Ibarat budu dan cencalok bagi sesetengah orang lain.

Saya pun belilah plum muda tadi. Dan sekilo Ikan Istarvit (Makerel). Balik, bakar tawar 4 ekor ikan, asingkan isi dan tumbuk dengan setengah sudu teh garam, semua isi buah plum muda dan 10 tangkai cili pedas.

Jadilah Sambal Plum Muda!

resipi sambal mangga muda

Masak nasi panas-panas, terus selera makan bertambah-tambah. Kebetulan ada tiga pelajar cakap nak datang rumah pulak, saya tambah lauk Kari Ayam. Pelajar tiga orang, lain-lain negara, seorang dari Yemen, seorang dari Serbia dan seorang pelajar Malaysia. Hidangkan juga Sambal Plum Putik ni kat mereka, nampak berselera juga dorang makan.

Dan paling tak sangka, habibon saya yang lidah Amerika tu pun makan laju-laju je dengan Sambal Plum Putik ni. Kalaulah buat dengan mangga muda, rasanya mau licin terus kot.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Makanan & Restoren

Comments

  1. Oyong Ilham says

    01/10/2016 at 9:12 pm

    baru lihat saya sambal seperti ini…. asyikkah ????

    Reply
  2. Noriza Rahman says

    04/04/2016 at 11:17 am

    Amboi sedapnya depa makan sambal plum muda,tak sangka noh lidah habibon siti pun boleh makan masam macam ni

    Reply
    • Travelog.my says

      04/04/2016 at 5:21 pm

      Tu lah, saya pun terkejut tengok dia makan. Selalunya kalau makanan tradisional kita yg lain, dia rasa-rasa gitu je.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in