• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Karabuk / Safranbolu, Turki | The Museum City, Siri 1

Safranbolu, Turki | The Museum City, Siri 1

29/07/2015 By Travelog.my 3 Comments

Selepas Hittite, Bizantin, dan Saljuk, Safranbolu berada dibawah pemerintahan Sultan Mehmet dari Kerajaan Ottoman. Kini, Safranbolu dijaga rapi sebagai warisan budaya Turki. Bandar Safranbolu sudah didiami sejak lebih 3,000 tahun dahulu dan sehingga kini pun ianya kekal cantik. Belum pernah saya rasa begitu selesa semasa melancong. Selesa sampai rasa tak nak balik.

Summer House, Winter House

Safranbolu dibahagikan kepada beberapa bahagian. Saya menginap di Baglar, popular dengan summer house. Manakala Carsi pula lebih kepada Winter House. Jarak antara Baglar dan Carsi ialah lebih kurang 3.5 km. Winter House ni tak ada laman, kalau ada pun kecil. Manakala di summer house pula punya laman yang besar dan tingkap banyak. Beza altitud summer dan winter house ialah lebih kurang 350 meter. 5 hari saya di Safranbolu dihabiskan di summer house dengan laman yang luas milik warga Indonesia berkahwin dengan warga Turki. Summer house beliau ni, ada banyak pokok plum dan berry. Boleh petik plum dan berry dan makan terus. Fresh.

safranbolu hotel

Caravansaray Safranbolu, Cinci Inn

Kalau ikut sejarahnya, Safranbolu ni popular sebagai tempat persinggahan untuk Silk Road. Jadi di sini, ada Caravansaray yang dah berusia ratusan tahun. Harga tiket masuk ialah TL1. Caravansary atau lebih popular sebagai Cinci Inn dikalangan orang tempatan, dibina pada tahun 1645 oleh Cinci Hoja.

Di luar Caravansaray ni ada pasar tani/bazar pada hari Ahad. Kebetulan saya pergi hari Ahad, meriah la juga dengan penjual sayuran dan buahan segar.

blog melancong 10

Sekarang caravansary ni masih digunakan, anda boleh menginap di Caravansary Safranbolu atau Cinci Inn dengan harga tak sampai RM150 seorang pun. Murah. Plan asal saya pun nak menginap di bangunan penuh sejarah ni, tapi lepas baca review di Tripadvisor, saya batalkan hasrat menginap di hotel berusia ratusan tahun ni.

blog melancong 6

Apa yang kami buat ialah sewa hotel yang jauh lebih “value for money”, kemudian naik dolmus/minibus untuk ke old town. Caravansary ni letaknya dalam kawasan old town (Eski Carsi) yang memang tumpuan pelancong. Ibarat, jika ke Melaka, duduk dalam kawasan Jonker Walk, atau jika di Istanbul duduk di Old Sultanahmet. Eski, maksudnya Old.

blog melancong 4

Selalunya tengok caravansary ni dalam filem-filem lama, samada filem barat ataupun timur tengah. Nah, sekarang dah masuk caravansary! Ini view dari tingkat dua. Hotel ini, sehingga sekarang boleh menerima 65 tetamu pada satu-satu masa. Di tengah tu pula, restoren.

blog melancong 9

blog melancong 12

Selesai keliling tingkat 1 dan 2, kami ke puncak. Ada 4 tingkat semuanya. Dua gambar ini ialah pandangan dari tingkat atas. Dekat 30 minit juga saya duduk di sini tengok sekeliling sambil minum air safran yang dibawa sendiri.

blog melancong 11

Bangunan tempat saya berdiri untuk ambil gambar ini, satu masa dahulu, didiami pedagang-pedagang yang singgah untuk tambah bekalan makanan, air, dan berehat sebelum meneruskan perjalanan di Laluan Sutera/Silk Road.

Banyak lagi nak cerita pasal Safranbolu ni, antaranya treking yang kami buat ditemani anjing bernama Ofred, melalui laluan yang sama dilalui pedagang silam menyusur sungai. Juga trip ke Nomad Village, penempatan berusia lebih 5,000 tahun, masuk ke Bulak Cave iaitu cave keempat terbesar di Turki, safran, dan sebagainya lagi. Itu semua dalam siri-siri akan datang ya.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Karabuk, Turki

Comments

  1. permatamama says

    31/07/2015 at 7:15 pm

    bilalah nak sampai tempat2 macam ni, cantikpemandangan

    Reply
  2. simplyremedies says

    30/07/2015 at 8:21 pm

    gerun juga nak tinggal di Cinci Inn yg sudah lama and banyak sejarah

    Reply

Trackbacks

  1. Eski Carsi Safranbolu - Orang perempuan mesti suka tempat ni says:
    05/08/2015 at 4:08 am

    […] ni sekitar Caravansaray je. Sebelum shopping, boleh masuk Caravansaray dulu. Lepas tu shopping di bazar. Yang ni part yang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in