Selepas check out dari hotel bajet yang bersih, D’Hotel Melaka, kami ke Casa Del Rio. Walk in sahaja tanpa kami buat apa-apa reservation pun. Kami pergi pada hari Khamis dan check out pada hari Ahad. Sabtu dan Ahad ialah hari weekend, harga hotel selalunya mahal sikit. Saya dimaklumkan kebiasaanya jika online booking pada hujung minggu boleh mencecah RM700-RM800 bagi bilik paling murah.
Tapi sebab kami walk in, dan staff kaunter pula baik. Dia cadangkan, supaya kami buat “last minutes booking” di laman web hotel tersebut. Staff tu yang tolong booking, satu malam dapat harga RM580. Ikutkan hati saya sebagai blogger biasa, saya nak duduk di hotel-hotel biasa di Jonker Street, tapi orang rumah yang nak duduk situ. Saya ikut sahajalah. Lagipun best jugak.
Hotel ni letak betul-betul tepi Sungai Melaka. Kalau anda naik river cruise Sungai Melaka, memang gerenti akan nampak hotel ni. Memang cantik. Dari sini, semua lokasi pelancongan cuma within walking distance. Dan memang saya hanya jalan kaki sahaja ke Mahkota Parade, A Famosa, Kebun Sultan, Roller Disco, dan lain-lain. Kecuali ada beberapa tempat yang memang jauh sikit, kami naik teksi dengan bayaran RM15 satu trip.
Jika anda nak naik river cruise pula, tiket boleh terus dibeli di kaunter hotel. Cuma harga RM20 dan bot akan ambil anda di jeti hotel. Tak perlu seberang sungai.
Swimming pool hotel ni letaknya di tingkat 3. Memang indah pemandangan dari kolam renang ni. Apatah lagi kalau dapat duduk di birai kolam sambil tengok pelancong-pelancong lain duk jalan-jalan kat bawah.
Ni pulak dalam bilik. Sekejap lepas masuk bilik, ada staff mereka datang bagi kueh buah Melaka. Onde-onde. Sedap juga. Bilik pun selesa betul.
Bilik air pula ada empat panel iaitu tandas, ruang mandi, sinki dan bathtub. Ada sekor anak itik kuning kat bucu bathtub. Tak pasti pula samada memang disediakan oleh pihak hotel atau hasil peninggalan pengunjung sebelum ni. Cute.
Dan yang paling best ialah bahagian depan bilik kami. Cantik betul. Rasa macam honeymoon pun ada, malah lagi best dari honeymoon kami di Bandung. Berkenaan breakfast, makanannya boleh tahan la. Masakan baratnya memang saya akui sedap. Kami sempat order tiga biji pizza sepanjang menginap di situ. Pizza nipis dan macam-macam topping, semuanya sedap belaka. Seingat saya, itu pizza terbaik pernah saya makan di Malaysia. Susah nak dapat pizza sedap kat tempat kita tau. Egg Benedicts yang disediakannya juga sangat menjadi. Tapi makanan tempatan seperti rendang, nasi lemak.. itu tak berapa sedap, mungkin chefnya bukan orang tempatan kot.
Overall, saya sangat berpuas hati sepanjang menginap di Casa Del Rio. Staff mereka yang semuanya ramah dan boleh dikatakan beberapa mereka ingat nama suami saya. Itu menunjukkan mereka memang mesra pelanggan. InsyaAllah, jika dimurahkan rezeki dan dilapangkan masa kami akan datang lagi ke sini.
Leave a Reply