Saya beli kupon restoren Chucuk Chucuk ni di Groupon, beli kupon untuk dua orang makan pada harga RM38, iaitu RM19 seorang. Boleh makan sebanyak mana yang mahu, makan sampai kenyang membuntal pun boleh. Harga biasa ialah RM64.90 bagi dua orang. Sebab itu saya suka Groupon, memang boleh dapat good deals dengan harga yang bagus pun.
Restoren ni letaknya di No. 12A-2, Jalan KSB 1, Taman Kota Syahbandar – 75200 Melaka. Kami naik teksi dari Casa Del Rio ke Restoren ni, bayar teksi RM15 iaitu standard rate biasa, kata orang hotel. Jaraknya sebenarnya dekat je kalau tengok kat Google Maps yang kami install di handphone, tapi saja malas nak jalan so ambil teksi.
Restoren ni bersih, staff semuanya bertudung dan susan atur pun kemas. Ada aircond, jadi tak panas la waktu makan makanan panas macam tu.
Chucuk Chucuk di antara halal restaurant, so tak ada masalah langsung nak makan daging apa pun kat situ. Ada pelbagai jenis lauk disediakan. Ayam blackpepper, daging blackpepper, udang, sotong, umai-umai dan lain-lain. Hari kami pergi tu tak de ketam. Fish balls dan meat balls ada bermacam pilihan. Memang banyak pilihan. Cuma satu je kekurangannya, pihak restoren tak letak label pada makanan. Jadi kita tak tahu menu apa yang kita ambil tu. Main bedal je, pastu celup-celup dalam kuah tomyam. Anda diberi pilihan untuk dapatkan samada sup ayam atau tomyam, tak seperti River Cafe Casa Del Rio yang boleh pilih kedua-dua kuah. Hehe
Di sini juga ada ruang pelbagai air minuman, ABC, cendol dan aiskrim. Kami cuma bayar tambahan RM3.99 untuk mentekedarah dibahagian tu, jadi dua orang kami bayar tambahan RM8 sebab yang tu tak termasuk dalam Groupon. Sempat kami bedal 2 mangkuk aiskrim bercampur cendol untuk sejukkan tekak lepas makan steamboat yang panas.
What a very good deals!
Leave a Reply