Ini menu kegemaran habibi. Seminggu sekali mesti makan cendawan macam ni. Di Turki, cendawan butang harganya berganda lagi murah berbanding di Tesco di Malaysia. Sekilo cendawan cuma TL6, atau RM8.50 sahaja. Kebetulan semalam, minta habibi pergi pasar beli barang dapur. Selalunya saya yang pergi beli barang dapur, tapi sebab baru 18 hari lepas pembedahan baru-baru ni, kebanyakan masa memang duduk di rumah sahaja.
Ditibainya beli 2kg cendawan. 😉
Rasanya kena masak bagi kat jiran-jiran juga. Sebab nak makan kami berdua memang tak habislah. Jadi hari ni saya masak sejenis makanan Turki yang anda boleh dapat di mana-mana restoren di Turki. Pertama kali saya makan mantar dolmasi ialah semasa di Cappadocia tahun lepas, tapi yang tu cara masaknya lain sikit iaitu dengan dicampur beef gravy. Lain restoren lain resipinya.
Di Sakarya ni, kebanyakan restoren bakar dengan butter macam yang saya buat hari ni. Cendawan sebenarnya masak macam mana pun, sedap.
Masa balik kampung baru ni pun ada saya masakkan untuk mak saya. Katanya sedap. Kembang hidung tukang masak ni ha. Jika anda melancong ke Turki, sambil-sambil makan di restoren tu lihatlah menu berkaitan mantar. Mantar maksudnya cendawan. Cuba makan, sedap tau.
Gambar kat atas tu yang saya masak berbuka hari ni. Selain masak ikan levrek bakar (ikan levrek ni rasa sebiji macam ikan siakap – mungkin siakap kot), sayur jarjeer masak pedas.
Di bawah saya kongsikan resipi, mana tahu anda pun nak cuba juga.
- 4 sudu salted butter (kalau tak de salted butter, guna butter biasa je pastu tambah garam)
- 2 cubit oregano (kering)
- 1 cubit daun basil (kering)
- 1 cubit daun thyme (kering)
- 10-12 biji cendawan butang (asingkan kepala cendawan dan batang cendawan)
- Black-pepper secukup rasa
- Apa-apa jenis keju untuk topping (tapi saya tak letak sebab nak makan ringan-ringan)
Susun semua bahan-bahan tu, kemudian bakar dalam oven selama lebih kurang 10 minit. Makan panas-panas lagi sedap sebab aroma herbs tu semua.
Nak lagi yummeh, tabur cheese masa bakar tu. Tabur kat atas cendawan tu je. Tapi saya tak letak cheese kali sebab nak makan biasa-biasa.
sedap ni. buat juadah berbuka..perghh
Sedapnya…masa akak g Turki tu pun ada mkn kt Cappadocia (Hotel Ramada) mkn hotel ni…sedap2 gak.
leh la suruh bini try masak nih nanti. hoho
Bakar for 10mins dengan recommended suhu oven berapa ye?
Macam biasa, 150c 🙂