Baru berpeluang nak kongsikan sikit pasal Adazapari ni. Adapazari ialah salah satu district dalam Sakarya. Baru saya faham, Turki tak dibahagikan kepada negeri tetapi dipanggil Province. Dalam Sakarya ada 16 districts. Adazapari ialah salah satu dari district di Sakarya.
Sakarya ni juga famous dikalangan orang akademik di Malaysia. Ramai juga yang datang ke sini untuk buat perbentangan kertas kerja. Memang ramai, boleh dikatakan ada je yang datang untuk conference.
Dari kampus SAU, saya cuma perlu ambil bas mini dengan kos cuma TL1.50 untuk ke mana-mana sekitar bandar ni. Cakap je student, terus bayar sebanyak tu. Bas pulak tak payah tunggu lama pun. Selalu ada.
So ni hasil pusing-pusing Adapazari hari ni. Masuk wet market, beli daging, buah tomato, carrot, makan Iskender dan beli kasut baru di kawasan street boutique berdekatan.
Tomato yang sedap-sedap ni cuma TL2 per kilo. Tomato sini memang sedap sakan berbanding di Malaysia. Tanyalah sesiapa yang pernah melancong ke Europe ke mana ke.. mereka akan setuju kalau saya cakap tomato Malaysia tak ada rasa. Huhu Fakta tu. Cendawan butang pula antara TL5-TL7 per kilo. Buah limau oren yang biasanya harga RM4-5 sebiji, di sini cuma TL1/kg. Dan harga di wet market berdekatan stesen train Adazapari ni sangat-sangat murah berbanding supermarket sekitar.
Ni lah pertama kali saya jumpa ikan di sini. Ada ikan salmon, ikan kecil-kecil tu berdasarkan kawan saya, dia cakap ikan tu hanya ditangkap dari Trabzon. Dan saya dimaklumkan yang isinya cukup sedap. Next time saya cuba, hari ni nak makan benda lain.
Kat sini saya beli Walnut, harga TL50 per kilo. Pastu beli kacang pinto, cumin dan beberapa rempah ratus.
Besar betul pasar ni. Lebih kurang saiz dengan tingkat bawah Pasar Siti Khadijah kot. Macam-macam ada. Lokum pun ada. Cheese lagilah, murah gila..
Disebabkan tak tahan tengok makanan sedap-sedap, saya singgah makan tengah hari dahulu. Kalau tak, merana mulut sebab semuanya nampak sedap. Kalau pusing market dengan perut kenyang, tak la rasa nak makan semua benda. Haha Singgah di satu restoren jual Iskender. Makan dua orang cuma TL20 sahaja. Dapat satu pinggan Beef Iskender, Ayran dan Rice Pudding. Sedap betul.
Hubby pula makan Tavuk Iskender. Tavuk tu ayam 🙂
Tengok la daging ayam ni, takkan tak rasa lapar kan? Saya sendiri kecur liur bila lalu kedai-kedai makan macam ni. Takkan tengok saja, mesti bedal!
Lepas makan, sambung pusing-pusing lagi dalam wet market ni. Beli sayur-sayur untuk buat salad malam nanti. Kat luar pasar ni, nampak pakcik ni duk jual ayam kampung. Alahai, kalau di Kota Bharu dah saya beli sepasang bawa balik rumah. Sembelih, masak sup ayam kampung.
Ok, inilah stesen keretapi Adapazari. I am very sure you can get here from Istanbul by using train. Stesen ni terletak bersebelahan je dengan wet market yang saya duk pusing-pusing beli barang tadi.
Pesan saya, bawalah travel cooker bila melancong. Nikmat betul, saya beli-beli ni semua, boleh masak dalam travel cooker je 🙂 Jangan hirau orang kata kita kedekut bawa travel cooker masa melancong. Dorang tak tau nikmat membeli seperti local people, balik masak sendiri dan makan sampai kenyang.
Pss: Maaf gambar tak berapa sharp, guna Sony Xperia Z Ultra je. Memory card lupa letak dalam camera punya pasal.
asyiknya bisa jalan jalan keluar negeri … apalagi ke Turki
Bagus jgk bawak travel cooker, jimat tak penah terpiki…
Terbaik Pasar kat sana, sume nampak fresh…
berbeza betul wet market di Malaysia. Nampak fresh dan murah belaka
Bestnya pasar dia Siti. Buat aku rasa nak gi Turki. Kalau ke Turki pasti aku akan pergi local market dia.
uhhh..
memang best bab makan-makan macam ni kalau jumpa kedai camtu.