Atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa ke Kuala Lumpur dengan kadar segera. Lalu, saya booking tiket penerbangan, dalam banyak-banyak flight, saya pilih Malindo Air. Sebab utama ialah ia mendarat di Subang yang dekat dengan Gombak, dan kedua ianya murah. Tiket penerbangan hanya berharga RM79, walaupun dibeli 5 jam sebelum penerbangan.
By the way, tiket penerbangan sekarang semurah tiket bas dah pun (bergantung kepada tarikhnya jugalah). Apapun, ini pertama kali saya naik Malindo Air. Aircraftnya kecil, seperti dalam gambar ia dipanggil ATR, ada empat seat bagi setiap row. Seat pula standard seperti seat kapal terbang lain. Selesa juga. Cuma anda kena juga jalan kaki macam naik AirAsia sebab kapal terbang ni jenis ATR. Bukan Airbus atau Boeing.
Yang penting, saya selesa terbang dengan Malindo Air. Mungkin lepas ni pun saya akan terbang dengan Malindo Air lagi. Bukan sahaja tiket yang dibeli dalam waktu yang singkat agak murah, malah dapat free check in luggage sebanyak 15 kg bagi penerbangan domestik manakala 30 kg bagi penerbangan antarabangsa.
Ada makan dihidangkan, untuk penerbangan singkat Kota Bharu ke Kuala Lumpur, ada dihidangkan air dan snek seperti biskut. Hand luggage pula 7 kg seperti mana penerbangan lain. Sebetulnya ia lebih jimat berbanding AirAsia (tanpa add on).
Recommended? Yes. Harap Malindo buka penerbangan terus Kota Bharu – Bandung. Senang nak gi shopping kat sana nanti. Ataupun, saya juga harap yang Malindo Air berpindah ke KLIA2 atau KLIA. Ini kerana, senang nak guna jika nak keluar negara tanpa perlu tukar airport (Subang ke KLIA).
Credit gambar : Wan PutraQuddus
Leave a Reply