• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Jepun / [PENTING] Cara Order Makanan di Jepun dan Makanan Halal di Jepun

[PENTING] Cara Order Makanan di Jepun dan Makanan Halal di Jepun

31/03/2014 By Travelog.my 11 Comments

Samada Korea ataupun Jepun, dua-dua ni banyak makanannya ada babi dan alkohol. Jadi semasa melancong, kita yang muslim ni susah jugalah nak order makanan. Yang menjadikannya susah ialah kerana masalah komunikasi.

Nak cari orang yang pandai cakap Bahasa Inggeris di Jepun atau Korea, ialah cukup susah.

makanan halal di osaka

Dalam Islam, bab makan semasa melancong ni ada ramai yang bahaskan. Saya pernah terbaca, yang tak apa jika kita makan di restoren yang mana bekas sama digunakan untuk masak babi. Cukup sekadar basuh. Begitulah lebih kurang. Anda boleh buat research sendiri berkenaan hukum hakam tersebut.

Berbalik kepada cara order makanan di Jepun, dua ayat ini sangat penting dalam memberitahu pelayan restoren yang anda tak nak makanan bercampur babi atau arak.

“Sumimasen ga, butaniku wa taberemasen“.

Maksudnya, “maaf, saya tak boleh makan babi”.
Buta = babi
Niku = daging

*Jika ada restoren yang dalam menunya ditulis buta, maksudnya ada babilah tu.

“Sumimasen ga osake wa nomemasen“.

Maksudnya, “maaf, saya tak boleh minum alkohol“.

Sumimasen pula sama seperti excuse me. Ia juga digunakan dalam apa-apa hal termasuklah nak minta tolong, nak minta laluan dan sebagainya. Jika anda cakap Sumimasen, terus orang yang anda tuju tu akan beri respon. Berbeza betul jika anda sebut excuse me, please dan seumpamanya.

Makanan halal di Jepun

Walaupun sekarang pihak tourism Jepun sudah peka dengan halal dan Islam, namun rakyatnya masih ramai lagi yang tak faham apa itu halal. Jika ke restoren pun, jika anda cakap “ini halalkah?”, mereka tak tahu apa itu halal. Anda kena pandai-pandai cari makan sendiri.

Di 7 Eleven, ada banyak makanan yang anda boleh beli. Ramen kebanyakannya tidak halal. Nasi Ayam di 7 Eleven juga tak halal kerana ayam tak sembelih. Dan sebolehnya elakkan ramen. Antara makanan yang saya kerap beli ialah.

Okonomiyaki – mee yang digoreng dengan lauk berasaskan seafood.

Onigiri – nasi berbalut seaweed dengan inti tuna, udang dan seumpamanya seperti dalam gambar di atas. Sebelum ambil, tanya dulu penjual dalam kedai untuk pastikan nasi itu berinti tuna. Dalam row yang sama, ada nasi berinti babi.

Udon – pilih yang seafood dan pesan jangan masukkan/campur dengan babi.

Salad – kebanyakannya saya beli di 7-Eleven dengan harga JPY730 (lebih kurang RM20). Pehghh, mahal gile. Tapi apakan daya… terpaksa juga kalau dah susah nak dapat makanan halal. Beli salad dressing kat 7 Eleven juga atau bawa terus dari Malaysia.

makanan halal di Jepun

Apa-apa sahaja yang berasaskan seafood ialah boleh dimakan. Manakala ayam, susah betul nak dapat ayam halal. Jangan lupa beli Sotong Kurita (gambar di atas) di supermarket dan masak dengan cara potong nipis-nipis dan rendam dalam air panas menggelegak selama 10 saat. Anda akan rasa sotong kurita segar yang manis dan sungguh sedap. Kat Malaysia, tak ada tau.

Atau anda boleh beli nasi putih di 7-Eleven, minta kakitangan 7-Eleven panaskannya. Makanlah dengan telur rebus (beli di 7-Eleven juga), atau jika ada bawa bekal serunding, sambal ikan bilis bolehlah anda makan.

makanan halal di Jepun

Supermarket kat sana pun ada banyak makanan yang dah ready untuk dimakan. Saya pernah beli ikan goreng celup tepung (macam ikan goreng tempura) di satu supermarket berdekatan apartment yang saya sewa (dekat Exit 6, Sinshaibashi Station). Dengan harga tak sampai JPY100, saya dapat satu pek ikan goreng tempura yang cukup segar.

makanan halal di Jepun

Loteria – satu rangkaian restoren makanan segera boleh didapati dengan mudah di Jepun. Semasa saya ke Tokyo tahun lepas pun saya jumpa, trip ke Osaka kali ini pun ada juga Loteria. Kat situ saya beli Burger Udang, Burger Telur, Burger lain selain beef dan ayam.

Cukup dulu perkongsian kali ini bagi trip ke Osaka, bab makanan. Kalau nak cerita, panjang lagi. Yang penting, jika nak merasa makanan sebenar sesuatu tempat, makan sahaja asalkan tak ada babi dan arak 🙂 Itu yang saya buat.

Bagi anda yang memang was-was dengan makanan halal atau tidak, saya nasihatkan anda masak sendiri. Bawa bekalan makanan yang cukup dan bawa travel cooker atau lunch box. Saya sendiri pernah bawa lunch box semasa ke USA dulu. Maklumlah, pergi negara yang duitnya mahal ni memang penat poket kalau nak layan perut. Tambahan pula kalau musim sejuk. Di Jepun lagilah, sekali makan je dah RM30-40 seorang. Dengan bekalan makanan yang ada, memang boleh jimat banyak duit selain senang nak makan terutamanya kalau lapar tengah-tengah malam. Travel cooker atau lunch box ni bukan sahaja boleh guna untuk masak nasi, malah boleh guna untuk rebus telur, masak sardin, masak sup, masak mee segera, masak makanan segera seperti Brahims dan seumpamanya.

Lunch box ni tak berat pun, dalam 700 gram sahaja sebiji dan ianya bersaiz lebih kurang dua tapak tangan saya. Boleh dimuatkan dalam bag galas je.

Saya tak pasti kat mana anda boleh beli kalau di kedai fizikal sebab tak pernah nampak di supermarket biasa, tapi saya tahu di Lazada memang ada jual. Tak sampai RM100 pun sebiji. Boleh guna banyak kali dan kastam pun tak rampas benda ni.

beli travel cooker untuk melancong

Telur tu boleh la beli di kedai-kedai runcit di tempat anda melancong. Pastu bawalah ikan bilis ke, serunding ke, beras pun boleh bawa. Yang bestnya dengan travel cooker ni, anda boleh masak nasi guna periuk kecil dan bahagian atasnya boleh masak lauk serentak. Jimat masa. Ia menggunakan elektrik sepenuhnya dan berfungsi dengan menggunakan air. Anda kena letak air untuk masak apa-apa pun, sebab ia berfungsi dengan cara seperti steam. Nak menggoreng tak bolehlah. Hehe Kalau dah bawa benda ni, jangan lupa pula bawa travel adapter sebab lain negara, lain plugnya.

Klik sini untuk maklumat lanjut tentang travel cooker

Klik di sini untuk tengok travel adapter yang selalu digunakan

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Jepun, Osaka, Travel Topic

Comments

  1. Me says

    02/10/2016 at 10:50 am

    Salam. Maaf saya nak bertanya. Kalau nak bawa serunding / sambal ikan bilis ke simpan dlm beg hand carry atau kargo? Nak kena declare tak?

    Reply
  2. hasya says

    14/09/2016 at 2:17 am

    Sy pernah bw portable rice cooker (lunchbox sebijik mcm dlm gmbr). Pkai di osaka. Pelik nasi x masak2. Google punya google, voltage kita lain, voltage jepun lain. 220v vs 110V rsnya. So kena cari yg dual voltage mcm travel cooker (yg ni leceh nk masak nasi). ada idea mana nak cari portable rice cooker yg dual voltage?

    Reply
  3. nurul says

    14/05/2015 at 9:36 am

    Assalamualaikum wbt.
    Last year saya dan kawan2 ke Osaka. Memang agak sukar nak cari makanan halal jika kita tak pandai berbahasa jepun.
    Ketika di area minami, kami masuk ke restoran lotteria. Ini kerana, hasil research dan bacaan sebelum ini ramai yang makan di franchise tersebut.
    Melihat pada menu dan bertanya pada pekerjanya, banyak burger khinzir (buta). Kami pun terus batalkan hasrat nak makan burger udang, kerana tak yakin dgn minyak dan peralatan yang digunakan.

    Reply
    • Travelog.my says

      14/05/2015 at 11:14 am

      Konsep dia makanan digoreng dlm minyak berlainan, tak guna minyak sama. Dan bekas yg pernah dorang guna babi pun cukup dgn dibasuh tak perlu disamak, berdasarkan pandangan mazhab lain. Kita mazhab shafie saja yg terlalu strict berkaitan ni sedang mazhab lain diringankan sedikit.

      Reply
    • Hsms says

      14/05/2015 at 5:04 pm

      Sy pun xberani makan sbb risau dgn penyediaan yg bcampur.

      Reply
      • Travelog.my says

        14/05/2015 at 5:05 pm

        Tiada masalah jika was-was. Tapi Islam itu mudah sebenarnya

        Reply
  4. Melancong Ke Jepun says

    23/01/2015 at 8:43 am

    Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

    Reply
  5. Naramas Aman says

    18/08/2014 at 5:45 am

    Bagus panduan ini. Saya telah merujuk panduan ini sebelum ke Jepun dulu 🙂

    Reply
  6. Faisal Sabar says

    19/05/2014 at 12:04 pm

    Kami akan ke Osaka 25 May ini… ada Msian student boleh dihubungi?

    Reply

Trackbacks

  1. Buffet Iftar di Renaissance Hotel Kelantan, Manis sikit kueh-mueh tahun ni. | Travelog says:
    03/07/2014 at 11:45 pm

    […] Sate tu benda wajib. Ada banyak lagi makanan yang saya tak rasa seperti Nasi Burung Unta dan Octopus Masak Merah (lupa dah namanya tapi lebih kurang macam tu lah). Entah macam mana boleh terlupa.. isk. Kena pergi […]

    Reply
  2. Internet di Jepun tak semudah di Malaysia | Travelog says:
    10/04/2014 at 6:10 pm

    […] orang kat sana lebih ramai yang guna internet di handphone masing-masing dan juga di rumah. Jarang restoren di Jepun yang saya lawati menyediakan wifi. Hatta nak guna wifi di Starbucks pun tak […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in