Dalam trip sebelum ni, kami terbang guna Air France buat pertama kali dalam hidup. Iaitu untuk trip dari New York – Istanbul dengan transit di Paris. (JFK – CDG, CDG – IST).
Airport CDG
Betullah orang cakap airport Charles de Gaulle tak best. Memang tak best pun. Dengan tunjuk arah tak berapa betul, dan design airport yang tak mesra pengguna. It’s quite complicated to understand and find our direction. Bukan sahaja design yang hodoh, malah menyusahkan pengguna. Lain sakan dengan airport lain. Tak reti nak cakap, pendek kata airport ni tak berapa best. Nasib baik transit 23 jam di Paris ni kami sewa hotel. Kalau nak merendek dalam airport, boleh demam kot.
Cuma yang best dalam airport ni ada banyak kedai jual Macaron. Dan ada juga tempat main PS3. Di bawah ni bukan pesawat yg saya naik, cuma snap gambar sebab takjub dengan saiz jumbo Airbus ni (A330 kalau tak silap saya). Saya naik yang kecil sikit.
Flight Air France pertama dari New York mengambil masa 6 jam 30 minit. Manakala flight dari Paris ke Istanbul mengambil masa 2 jam 30 minit. Kami order makanan Kosher sebab pilihan makanan halal tak ada. Flight pertama memang dapat Kosher foods. Tapi flight kedua dapat makanan biasa yang entah halal ke haram walaupun dah diulang info masa ambil boarding pass. Malas nak bertekak dan tanya banyak-banyak sebab flight sekejap je, but still rasa tak puas hati tu ada. Sebab benda begini tak patut berlaku, lagipun ada penumpang lain dapat special foods (mungkin vegetarian etc).
Dikelilingi 5 orang baby
Surrounded by 5 babies in 6 hours 30 minutes flights is not really bad pun. Mula-mula duduk tu dalam kepala duk bayangkan kena dengar suara budak menangis masa take off dan landing. Tapi rupanya 3 parents sebelah saya pandai handle baby jadi baby dorang tak menangis pun. Cuma 2 baby kat seat belakang je yang nangis berirama tapi tak teruk mana pun. Nanti saya share tip dan cara yang mereka buat supaya baby tu tak menangis, dalam blogpost lain.
Elok je lepas take off, pramugari datang pasang tempat letak baby kat dinding depan. Tak perasan pula pasal benda alah ni dalam flight lain sebab ni pertama kali saya duduk seat tengah belakang board ni. I assume yang seat ni memang dorang reka untuk baby kot.
Bahagian kaki juga luas. Boleh letak beg, barang-barang buat susu dan sebagainya. Tak payah susahkan orang tepi jika nak ke tandas sebab boleh lalu macam biasa.
Pilihan movie dalam flight juga banyak. Skrin juga besar, 10 inci lebih. Yang ni puas hati.
Majalah-majalah dalam flight semua Bahasa Perancis.
Antara barang yang disediakan dalam amenities kit ialah eyeshade, earplugs, dan headphone. Tapi headphone dia best la, jenis berkualiti bukan macam Delta punya crap headphone (bila masuk lubang telinga, bunyi berdesit dan pedih kulit telinga).
Itu lah dia pengalaman guna Air France. Apapun, ia lagi bagus dari penerbangan dengan KLM semasa kami dalam perjalanan Istanbul – Amsterdam – New York. Nanti saya ceritakan dalam post lain pasal KLM.
Tapi pengalaman setiap orang berbeza. Lain trip, lain pesawat dan krewnya. Jadi jangan guna pengalaman saya untuk planning decision anda.
Nota: KLM, Air France ada Flying Blue. Anda juga boleh claim miles dari Malaysia Airlines untuk dikumpul bersama miles dalam Flying Blue.
wohaaa besnya….kite naik air asia jer…hehe
Haa, nanti trip pergi Europe tu banyakla FF naik macam-macam flight kot hehe
Saya planning nak ke Korea, ada tips tak? Planning maybe dalam bulan Januari n February….kalau ada boleh share tak?
Buat masa ni tak ada tip untuk Korea sebab saya belum pernah pergi Korea. Tuan/puan boleh baca di blog http://life-of-a-traveller.blogspot.com/ sebab dia dah pergi Korea dekat 10 kali dah.