Lama blog ni tak berupdate. Dah balik sampai ke Turki baru nak update. Sebenarnya, minggu kedua saya di Kelantan, ada jalani laparoscopic surgery untuk endometriosis, jadi ni saya baru lepas pantang lepas pembedahan lah. Pembedahan selama tiga jam di KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu oleh Dr. Awang Nila. Sungguh saya puji pakar sakit puan nan sorang ni. Beliau memang bagus dan baik dengan pesakit. Kalau nak rekemen pada orang lain pun, saya rasa tiada masalah.
Laparoscopic surgery tak ada luka besar seperti open surgery. Tapi bagi saya yang tak pernah ada pengalaman dalam bilik bedah ni, pembedahan begini pun sudah cukup buat saya rasa ngeri.
Sebelum tu kena puasa sekurang-kurangnya 8 jam. Puasa makan dan minum. Alhamdulillah saya ditemani ahli keluarga yang cukup mengambil berat sepanjang tiga hari dua malam di hospital. Kalau tak, susah juga.
Mungkin pengalaman saya ni berguna bagi anda yang nak buat laparoscopic surgery:
- Pastikan ada seorang yang boleh jaga sepanjang berada di hospital, sekurang-kurangnya sehari dua selepas pembedahan. Mak saya jaga saya sehingga hari ke-12 selepas pembedahan. General anesthesia boleh buatkan kita rasa pening dan terhuyung hayang. Sebaik sedar, jangan terus bangun. Badan kita sebenarnya masih lemah. Selepas tiub kencing dicabut, baru boleh perlahan-lahan turun dari katil untuk ke tandas – itu pun dengan bantuan jururawat.
- Sepanjang tempoh di hospital, mereka ada menu pantang. Yep, kebanyakan masa saya makan ikan selar, salmon dan beberapa jenis ikan lain yang dibakar atau dada ayam bakar di hospital. Selain sup sayur. Mungkin bagi perut kita senang proses, lagipun ikan kaya dengan protin dan khasiat. Elakkan makanan berminyak dan tak berkhasiat. Lepas keluar hospital, menu pun sama juga cuma lebih buah-buahan, kurma dan aprikot. Makan je lah apa-apa pun asalkan ianya segar dan berzat. Jangan pula makan ikan kering yang tak ada zat tu.
- Sembelit mungkin berlaku, jadi awal-awal lagi doktor dah bagi ubat lawas 🙂
- Kita mungkin batuk dan sakit tekak selepas pembedahan. Sebabnya, semasa pembedahan bermacam tiub dimasukkan melalui tekak dan mulut. Mulanya saya tak tau, lepas pembedahan je tertanya-tanya apasal tiba-tiba sakit tekak dan nak batuk ni doktor? Mereka berikan ubat batuk dan ubat sakit tekak untuk cepatkan hilang rasa macam tu. Sebab sebolehnya saya tak nak batuk, sakit dalam perut sekali batuk nih. Hari ke-7 baru rasa tak sakit dalam perut bila batuk. Jadi kalau rasa macam nak batuk tu, berdehem sahajalah sampai hilang rasa geli tekak.
- Sakit bahu, belakang, atau kembung-kembung pada mana-mana anggota badan mungkin berlaku. Saya kerap sakit di bahu. Itu normal sebab doktor masukkan angin/gas semasa pembedahan. Jadi angin tu akan mengambil masa untuk keluar dari badan. Saya hilang rasa sakit bahu dan kembung-kembung selepas hari ke-8.
- Vaginal bleeding mungkin ada, tempoh bergantung kepada individu dan juga kes. Tapi kalau banyak sangat, rujuk doktor anda.
- Tempoh sembuh mungkin berbeza bagi setiap orang. Ada orang seminggu selepas pembedahan dia dah boleh memandu. Mungkin dalam kes saya, agak perlahan kerana kes dah teruk jadi hari ke-10 barulah saya rasa betul-betul sihat dan hari ke-12 saya terbang kembali ke Turki, dengan bantuan kerusi roda di lapangan terbang.
Hari ke-11, saya dah boleh jalan keluar pergi tengok rumah kami yang masih dalam pembinaan. Tengok la dulu sikit sebelum ditinggalkan. Rumah ni di bina oleh ayah saya, dengan bantuan umi saya. Pekerja pula cuma dua pekerja sahaja. Tanpa mereka, tak dapat la kot saya bina rumah sendiri lagi.
Cukup lah dulu perkongsian kali ni. Nanti dah betul-betul sihat mihat, saya kongsikan lagi cerita lain.
Terima kasih tak terhingga kepada semua ahli keluarga saya yang membantu. Sob sob, terharu betul ada famili yang baik ni. Masa sakit, nak air diberi air. Nak makan diberi makan. Nak mandi, dimandikan.
Juga kepada kakitangan KPJ Pakar Perdana yang banyak membantu.
Nota: Bukan tak nak buat pembedahan di Turki, tapi faktor bahasa dan miscommunication tahap dewa menyukarkan banyak benda.
Update Ogos 2019: Ada orang email saya, tanya adakah berjaya hamil selepas buat operate buang endometriosis ini?
Saya tak terus hamil sebenarnya. Lepas pembedahan ini, saya ambil Lucrin Injection selama 3 bulan. 1 kali cucuk sekitar RM1500. Sepatutnya saya ambil 6 bulan, tapi doktor di Turki yang periksa saya, dia cakap tak perlu inject lucrin sebab nak cepat hamil. 6 bulan lepas pembedahan, saya kembali ke Kelantan untuk bercuti. Sambil cuti, saya jumpa Dr. Awang. Dia cek, dan dapati tiub blocked. Jadi kena buat HSG X-Ray.
Saya pun buatlah HSG X-Ray (sakit jugak ni, tapi tak sakit sangatlah). Kos HSG X-Ray dan consultation sekitar RM 900 di KPJ Pakar Perdana. Dua hari lepas buat HSG X-Ray, saya balik ke Turki.
Lepas 1 kali period, saya hamil dan alhamdulillah, dapatlah budak ini.
Nak tanya mcm mana rasa ke Turki hari ke 12 slps laps, coz sy maybe slps hari ke 11 saya fly pergi China.
saya cuma fly sahaja. yang lain semua orang lain urus, dari angkat bagasi – check in dan semuanya. sampai sana, saya sambung rest.
Normal ke rasa kurang selesa di perut selepas operation dan berapa hari rasa kurang selesa kan hilang
Normal tu
Assalamualaikum kak, akk buat laparoscopic ni sbb nk hamil ke atau nk buang cyst sj? Klu utk hamil, brp lm slps operate tu akk hamil? Sy akan operate ni jugak utk usaha hamil🙇
Salam, maaf lambat reply. Ya, buat ni untuk hamil. Kos operate semua sekali dalam RM17k.
Saya doakan puan kaisa dipermudahkan urusan dan cepat sembuh.
Salam.. sorry ya saya nak tanya pasal harga buat laps ni berapa kat kpj sana ya.. boleh ke rasanya kalau tiada medical insurans tapi buat laps kt mana mana kpj kiranya mcm “walk in customer” lah. sorry tatau istilah apa yg betul. Trima kasih.
Boleh je. Kos saya buat tu sekitar RM17000. Boleh hubungi hospital tersebut dan request doktor mana nak jumpa untuk set temu janji
Sis nak tnya kalau buat laps and dye test je..bila boleh bersama suami balik..adakah lepas berbulan?
Lepas dah rasa betul-betul sembuh luaran dan dalaman.
Sis, nak tnye.. bila sis mndi macam mane ye. Bole kena air ke? Atau sis tutup tmpt tu.. sy bru hari ke 6 buat laparoscopy. Tak berani lagi kenakan air..
Kat tempat luka tu doktor tampal plaster kalis air. Lepas dia buka plaster tu, dia spray lagi dengan sesuatu yg kalis air (apa benda nama spray tu saya tak tau, mcm gam gitu). So bila mandi, tak gosok2 sabun pun tempat tu sebab takut tanggal. Tapi okay je sebab memang kalis air kat tempat doktor tu spray. TAPI, kalau yang sis punya tak dispray cam tu, better tampal apa2 dulu sblm mandi supaya tak kena air..takut kena jangkitan je. Lepas mandi pulak keringkan elok2 duk depan kipas sblm pakai baju 🙂
ohhhhh… yela… nurse aritu ade spray benda sejuk tu.. dia kate jgn kne kan air panas je.. mungkin sy ingt, jgn kne kan air jgk kot. hehehe…. ok sis. tq ye..
Sama-sama. Semoga sembuh cepat-cepat ya.
Boleh tau saudari ade pntang makan ke … N lama mana yer
Pantang tak makan seafoods spt udang, sotong, ketam, apa-apa yang pedas/hot/spicy dgn fastfoods je masa tu.
Boleh tau saudari ade pntang makan ke … N lama mana yer
sy br lpas buat laparoscopy,buat di hospital klang sahaja,endo stage 4.arini ari ke ke 4 selepas operation,masih sakit dibahagian dalaman,batuk pun sakit…ari ke 4 br leh buang air besar,pglaman bersalin normal ni br 1st pgalaman operate,kena jaga pemakanan,supaya luka cepat sembuh
Semoga cepat sembuh, kak! 🙂
Alhamdulillah1…tahniah khabarnya ada berita gembira .
Sy dh 3 mggu lps laparoscopic ni..tpi jahitan xtrbukak lagi..normal ke.?
Normal rasanya sebab doktor cakap hari tu ia akan tercabut sendiri lepas satu tempoh. Tp saya gi buka benang sebelum terbang balik sini pada hari ke 8 lepas operate.
Pastu lama jgk la nak tanggal bekas jahitan yg dah kering tu, lebih sebulan.
Assalamualaikum. 25hb lepas sayabuat laparoscopy sbb kandungan luar rahim. Sakit sampai bahu pun sya ade alami. Hr ni alhamdulillah dh berkurang. Tapi sejak semalam sakit perut belah kiri(tube yg dibuang) sakit sampai sya demam. Saya mkn pcm & tramadol. 12mlm td sya mkn pcm & celebrex. Alhamdulillah bgn pg tak demam lagi. Normal ke sakit sungguh mcm ni? Memang kna mkn pcm & pain killer ke tuk sementara ni? Hari ni hari ke 5 selepas surgery.
Ya, kena makan ubat bila sakit..sbb banyak yg dorang buang kat dlm tu walaupun laparoscopy. Tapi kalau rasa lain macam, elok hubungi doktor.
Berbelit lidah nak sebut tu.. huhu
Pembedahan ni memang kena ada orang bantu. Pernah baca pasal laparoscopic ni sebab kawan pernah kena tapi sekejap aje sebab dia stage awal lagi. Kalau dah teruk sikit tu yang jadi lama tu nak recover. Dah boleh bangun tu kira alhamdulillah 🙂
Alhamdulillah dah rasa ok dah. Kalau tak ada org yg berpengalaman jaga orang sakit..susah juga. Nasib baik famili dah mahir benar dgn org berpantang lepas operate macam ni. Hihi
hang sakit apa sebenarnya haa??
Oh, sakit orang perempuan. Biasala Titan, cyst.