• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Malaysia / Penarik Trip – rasa macam ada private beach

Penarik Trip – rasa macam ada private beach

14/07/2017 By Travelog.my 5 Comments

Ini kali kedua kami ke Penarik, Terengganu. Pergi dulu masa awal-awal kahwin dan menginap di Pandan Laut Beach Resort (yang tu pun macam ada private beach juga), cuma yang ni lagi syok sebab tak ramai orang kat pantai tu.

Kali  ni kami menginap di Sekeping Penarik yang kami book melalui AirBnB. Jika anda belum sign up AirBnB, boleh sign up dengan link ini dan dapat kupon RM 80++. Kupon tu anda boleh terus guna untuk buat booking.

Sekeping Penarik ni lebih kurang 2 jam memandu dari Kota Bharu. Kami pergi bertiga sahaja. Saya, hubby dan Orhan. Plan asal nak pergi dengan adik dan mak ayah, tapi mereka tak dapat pergi atas sebab tertentu.

Elok je sampai di Sekeping Penarik, tuan homestay dah ada tunggu di rumah. Punyalah terkejut saya, sebab tak sangka rumah tu betul-betul tepi pantai. Nak apa lagi kan? Hihi

A post shared by Mamahan (@travelog.my) on Jul 10, 2017 at 9:36am PDT

Teruja betul. Terus kami punggah barang dan masuk rumah sambil duduk di beranda mengadap pantai.

Homestay tu pula dinding kaca (mostly), jadi bila kita buka semua langsir dan duduk dalam rumah, memang sekeliling tu nampak pantai je lah.

trip ke penarik terengganu

Malam pula, jika cuaca elok, nampak bulan dari atas lautan. Sorry tak dapat ambil gambar elok sebab saya layan bulan sambil baring-baring. Malam first je la nampak bulan penuh, malam kedua menginap tak nampak apa sebab hujan lebat 🙂 Heehee

trip ke penarik terengganu

Paginya pula, bergantung pada cuaca, boleh nampak sunrise ngam-ngam dari rumah. Tak payah keluar pun. Best kan? Okay, kalau nak sewa homestay tu gi lah sewa kat AirBnB. Kalau tak, boleh je sewa homestay lain sebab ada banyak homestay tepi pantai situ. Atau cari je di Agoda.com

Saya tengok ada satu bot nelayan parking berlabuh lebih kurang 100 meter dari homestay. Saya dah agak dah, nelayan tu mesti turun ke laut. Sangkaan saya betul sebab esoknya jam 7.20 pagi, pak cik tu ke laut dan balik jam 9.30 pagi. Melompat saya tengok dia balik, terus bergegas kat dia. Tengok apa dia bawa dari laut?

Lebih kurang 10 ekor Ikan Pari dan 2 ekor Ketam Bunga. Masih hidup gedik-gedik lagi! Saya beli seekor Ikan Pari yang paling kecil, beratnya 1.8kg dan 2 ekor ketam. Ketam tu pulak isi penuh, 2 ekor je tapi 500 gram. 1 kg Ikan Pari cuma RM 10 je. Ketam tu pulak RM 15 sekilo!

trip ke penarik terengganu

Jadinya inilah menu makan tengah hari kami. Ikan baru tangkap, terus siang dan ketam rebus. Ketam tu saya masukkan dalam freezer peti sejuk jap supaya mati. Kesian nak rebus hidup-hidup.

trip ke penarik terengganu trip ke penarik terengganu

Nikmat sangat…makan tak ingat dunia. Lepas makan baru sedar..kena syukur sebab dapat makan ikan dan ketam segar cam ni. Kat Kota Bharu bukan mudah nak jumpa ikan segar hidup-hidup gini.

Tu je lah dulu bab Sekeping Penarik ni. Esok nak gi borong kain sarung Terengganu pastu saya share kat mana saya beli stok ikan segar untuk di bawa balik ke Kota Bharu ya 🙂

 

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Malaysia, Terengganu

Comments

  1. Sabrina says

    20/09/2017 at 8:14 pm

    Cantiknya tempat ni. Suka tengok pemandangan pokok kelapa tersusun elok.

    Reply
  2. Rohaya says

    16/07/2017 at 6:31 pm

    Bestnye.. Masuk dlm senarai dah ni.. Boleh singgah bila pegi Kuala Terengganu.. Tunggu sambungan… Tq Puan sharing good info with us..

    Reply
  3. HUSNA RAHMAN says

    16/07/2017 at 10:01 am

    kena pegi jugak ni…

    Reply
  4. HUSNA RAHMAN says

    16/07/2017 at 10:00 am

    kena pegi jugak ni…by hook by crook…

    Reply
  5. MIe says

    15/07/2017 at 5:25 am

    Best nyer… tapi jauh pulak nak pergi…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in