Independent UK menobatkan Penang sebagai destinasi nombor 1 untuk makanan bagi tahun 2014. Satu nombor yang cukup tinggi.
Saya belum pernah melancong ke Pulau Pinang atau Penang. Sekadar lalu semasa dalam perjalanan dari Perlis ke Shah Alam itu adalah. Tapi tak pernah pula spend masa untuk lihat dan melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. InsyaAllah, jika ada kelapangan nanti akan saya sampai juga.
Saya fikir, yang menjadikan Penang popular dengan makanan ialah disebabkan Laksa Penang, Steamboat dan Char Kuew Teow. Dua menu ni memang saya dan suami gemari.
Sebenarnya, Kelantan pun tidak kurang hebat bab makanannya sendiri. Kerap kali saya masak makanan Kelantan semasa berada di Amerika Syarikat baru-baru ni. Dari Gulai Kuning sehinggalah Acar biasa. Memang ada “big hit” di parti Krismas Eve yang diadakan di rumah rakan mertua saya. Acar Kelantan yang selalu dihidangkan semasa kenduri-kendara turut saya sediakan semasa parti Krismas Eve. Sekejap je habis semangkuk. Belum campur gulai kuning ikan yang macam nasi belauk tu.
Kata mereka, orang Amerika memang suka makanan creamy dan gulai pekat begitu. Hajat juga nak buat Nasi Dagang, tapi beras dan bahan untuk memasak Nasi Dagang tak dijumpai walaupun dah pergi ke Asean Market. InsyaAllah, lain kali saya bawa terus dari Malaysia.
Saya harap, Kelantan pun akan popular di kalangan pelancong terutamanya bab makanan ni. Popular sehingga dinobatkan dan dipromosikan oleh majalah-majalah antarabangsa.
Baca Mat Salleh Burger di Kota Bharu – western foods yang sangat yummeh!
Leave a Reply