• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Malaysia / Kelantan / Pantai Senok, Kelantan.. Senok sengoti

Pantai Senok, Kelantan.. Senok sengoti

30/11/2015 By Travelog.my 4 Comments

Pantai Senok di Tawang, Kelantan ni rupanya dekat je dengan rumah saya. Sekitar 14 km sahaja. Cuma baru je tahu pasal pantai ni mungkin hasil dari shooting video Dari New Castle ke Lundang (video promosi Malaysia Airlines) yang agak viral tu. Pantai ni cantik. Mana-mana pantai pun cantik jika pandai jaga.

Kat sini juga ada kelihatan banyak cendawan. Tapi rasanya cendawan ni tak boleh dimakan sebab tak kelihatan semut, atau serangga padanya. Karang kalau kutip makan, mau berbuih mulut terus masuk rumah mayat pulak.

pantai cantik kelantan

pantai cantik kelantan

Ada rumah api dekat dengan batu-batu pemecah ombak. Pantai ni juga agak popular dijadikan tempat untuk shooting gambar kahwin.

pantai cantik kelantan

Dekat dengan pantai ni ada satu jeti yang mana, sekitar jam 3 petang, anda boleh dapat ikan segar terus dari laut. Masa saya pergi ni, ombak agak kuat, bot pun tak banyak yang turun ke laut. Rasanya, kalau kena dengan musim, boleh datang lagi untuk borong ikan segar.

pantai cantik kelantan

pantai cantik kelantan

Musim tengkujuh dah masa ni. Memang tak boleh mandi. Dan tengok pada gaya air pun, macam tak sesuai untuk mandi. Allahu’alam.

pantai cantik kelantan

Cuma ramai yang tak pandai jaga. Ramai yang tak pandai buang sampah dalam tong sampah, dan kebetulan pula tak kelihatan tong sampah pun masa saya pergi baru-baru ni. Atau mungkin saya yang terlepas pandang.

Pantai Senok ni cantik dengan deretan pokok-pokok Rhu. Sekali tengok, nak sama dengan Nami Island di Korea. Dua kali tengok, sah-sahlah tak sama sebab orang Korea pandai hargai alam sekitar. Tak macam orang Kelantan yang suka buang sampah merata-rata. Bukan nak mengutuk orang negeri sendiri, tapi dah itu hakikatnya. Orang Kelantan totok nih, dia bukan boleh terima kalau orang komplen.

pantai cantik kelantan

Kalau kita cakap Kelantan kotor, dia yang totok ni akan cakap, tempat lain pun kotor juga. Tempat lain pun ada sampah merata juga. Tempat lain yang dia maksudkan tu saya tak pastilah kat mana. Mungkin bekalang rumah dia kot. Pandai sangat bawa pinggan mangkuk polisterin tu, tapi lepas melantak berpiknik, tak pandai bawa balik.

Kalaulah pantai ni dijaga elok-elok, ia akan jadi produk pelancongan yang bagus. Saya cadangkan, pihak berkenaan jaga pantai ni betul-betul. Kenakan tiket masuk untuk berpiknik atau BBQ atau shooting. Duit hasil kutipan tiket masuk tu boleh guna untuk upah orang kampung tu bersihkan pantai.

Cuba belajar dari tempat atau negara lain, tengok macam mana dorang uruskan kawasan pelancongan. Tak semestinya bina hotel atau chalet baru boleh caj masuk. Pagar elok-elok, caj terus. Daripada duk jadi tempat buang sampah begini, eloklah dikomersialkan.

Cuba tengok pergunungan Ayder di Trabzon, nak naik piknik atas gunung tu kena bayar, satu kereta TL9. Sama macam Wekiva Spring Lake di Florida, pun kena bayar USD10 untuk satu kereta. Begitu juga dengan Bolu Lake di Bolu, Turki kena bayar TL9 untuk satu kereta. Tempat-tempat begini, memang kebanyakan tempat lain di dunia ni ada caj masuk supaya mereka ada duit untuk jaga supaya kekal bersih.

Sebab kita tak boleh kawal semua tangan-tangan manusia yang masuk dalam tu, yang kita boleh buat ialah ambil duit dari poket mereka gunakannya untuk jaga tempat tu.

Banyak pula saya membebel.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Kelantan, Malaysia

Comments

  1. Husna says

    14/07/2017 at 5:25 am

    Tanggungjawab majlis daerah bachok ni. Bakpo la xdok bisness minded lasung…sedih tahap gaban…tempat punyolah cantik + orang suka dtg….malu kokram sengoti …

    Reply
  2. zara says

    04/07/2017 at 10:38 am

    betul.. saya beria balik kg , lepas hajat dpt jejak kaki tp syg . smpah lebih trok dari ni .. saya dari melaka.. syg betl tmpt pelncongan cntik sgt, tp xdijaga..

    Reply
  3. Helme says

    13/03/2016 at 7:20 pm

    Betul tu..kebersihan tak jaga.
    Apa apa pun kalau berkunjung ke kota bharu kelantan di syorkan stay di kondo homestay ni best www.***********.blogspot.com

    Reply
  4. Ammati says

    01/12/2015 at 2:19 am

    It’s true..there are many beautiful places to be proud of but the locals simply do not care to take good care of their places of interest. Too bad eh.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in