Baru nak tulis pasal trip balik kampung pada Disember lepas. Kami ke sana selama lebih kurang 5 minggu. Tak banyak berjalan, sebab kebanyakan tempat yang popular di kalangan pelancong, dah pun pergi, lagipun ada perkara tak diingini berlaku di pertengahan trip. Menjadikan, trip ke Disneyworld terpaksa ditangguh. Jadi, kita cerita mana yang kita pergi je lah.
Btw, saya rasa sangat bersyukur sebab Allah gerakkan hati untuk beli tiket pergi balik, yang mana kami sengaja pilih untuk tidak transit di negara China. Ya, trip balik kampung sebelum ni, kami transit melalui Guangzhao sebab flight tiket lebih murah dari China Southern Airlines.
Kali ni, menghala ke sana, kami transit di Singapura dengan United Airlines, manakala kami balik pula transit di Jepun. Dan sekali lagi kami bersyukur, kerana balik sampai Kelantan kira-kira seminggu sebelum menularnya virus Wuhan Coronavirus yang hari ni, kita dengar semua orang bimbangkannya. Mana tak bimbang, jika virus sebelum ini berjangkit 1 ke 1 orang, yang Wuhan Coronavirus ini pula berjangkit dari 1 orang ke 3+ orang. Seram nau.
Berbalik kepada Orlando trip, sempat juga kami ke Orlando Wetland Park. Seronok Orhan, dapat tengok burung-burung helang, dan berbagai spesis burung berterbangan. Orlando Wetland Park ni kiranya, macam open air zoo lah, tak ada pagar-pagar kurung haiwan. Buaya/alligator, ular, burung, itik, dan sebagainya bebas bergerak. Tapi tak ada lah binatang bahaya macam singa, cheetah, harimau tu.

Masa kami ke sana tu, ada juga nampak kelibat alligator 3,4 ekor. Tapi dari jarak jauh lah, sekitar 200 kaki dari kami. Tak ada yang datang dekat, kecuali burung spoonbill dan beberapa jenis burung lain yang saiznya agak besar, macam saiz ayam belanda.

Orlando Wetland Park ni luasnya 1650 ekar, letaknya di Christmas, Florida. Dalam ni, pengunjung bebas untuk ambil gambar, mendaki (tapi tak tinggi pun sebab di Florida, tak ada gunung ganang), boleh berbasikal, naik kuda, dan boleh mohon buat BBQ jika mahu (tapi kena mohon awal-awal la).

Ada juga kelihatan beberapa jurugambar dengan kamera besar gedabak duk fokus cari subjek masing-masing. Saya pula hanya bawa kamera handphone saja trip ini.

Kemudahan dalam taman ni pun cukup, ada tempat parking kereta yang luas, ada tandas dan pendek kata, sesuai sangat bawa budak umur 3 tahun dan lepaskan dia berlari sekeliling padang dan trek, sampai dia letih, pastu bawa balik rumah belah petang, dan dia tertidur keletihan.
Leave a Reply