Pernah kan, bila kita melancong ke negara yang mana Bahasa Inggeris bukan bahasa utama? Contohnya, Jepun, Turki, atau mana-mana negara lain yang memang rakyatnya tak ramai cakap Bahasa Inggeris. Saya pernah alami benda ni di Jepun dan Turki.
Ya lah, kadang-kadang kita pergi restoren, tanya “how much?” pun orang tak faham. Susah tu. Lagi susah, bila kita sesat tak jumpa jalan nak balik ke hotel.
Nasib baik ada Offline Package Google Translate yang boleh menterjemah walaupun tanpa akses internet. Mungkin anda juga perlukannya semasa dalam trip anda nanti.
Pertama sekali, anda kena download apps Google Translate di Google Play. Pastu, pergi ke Setting dan download Offline Package.
Pastu pilih Manage Offline Languages
Pilihlah mana-mana bahasa yang anda nak. Saya download yang Turki, saiznya lebih kurang 250mb. Lepas download tu, terus test translate tanpa internet connection.
Ok, menjadi.
Kak kecek kelate jah di Turki mujur dop sesat . 😂
Salam Siti,
Nk tnye, kalau pakai iphone cmne eh? dh download translate google. pastu bila pergi ke setting…speech input ade..tp manage offline language xde… any advise x?
Maaf Nurul, saya kurang pasti bagi Iphone. Sepatutnya ada kerana itu fungsi basic bagi Google Translate.
Besar saiz fail tu. Tapi sangat berguna bila berada di negara tersebut.
Dah upgare ek skarang, kalau dulu kena online. 😀
Ha’ah ni yg latest. Lagi latest boleh translate gambar.
Sebelum ni nak translate gambar ada satu apps lain, Goggles.
tapi kadang kadang tak betul google translate. takut salah pulak.. he he
Tak apa. Sebab yang penting “konteks” itu supaya orang yang kita tanya dapat tangkap apa yang kita tanya. Asalkan maksud sampai, so far benda ni memang sangat membantu semasa diperlukan 🙂