• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Karabuk / Nak pergi Safranbolu!

Nak pergi Safranbolu!

14/07/2015 By Travelog.my 4 Comments

Kenalan saya, Omar, asalnya dari Safranbolu. Kerap juga dia cerita betapa cantiknya kampung dia di Safranbolu. Dan ada beberapa travel blogger lain yang cakap Safranbolu ni best. Cantik. Unik.

Dr. Acar, pun cakap Safranbolu ni best tertumanya Lokum Safron. Okay, nanti saya cuba Lokum Safron. Selalunya Safron saya guna untuk masukkan dalam Chili, atau nasi untuk bagi warna kekuningan, atau apa-apa masakan. Belum pernah lagi jumpa Lokum Safron. Sebab tu kot namanya Safranbolu, banyak safron. Hahaha. Dr. Acar ialah neurologist di Hospital Sakarya yang fasih berbahasa Inggeris, antara orang terawal yang kami kenal selepas tiba di sini.

Kami akan ke Safranbolu selama 5 hari 4 malam. Pergi lepas raya. Maklumlah, orang sini tak beraya bersungguh macam kita di Malaysia. Jadi, daripada duk mereput dalam rumah eloklah raya ni kami pergi melawat tempat orang. Kalau ikut plan, raya ke-empat ni kami bertolak. Lagipun dah lama tak jalan-jalan, trip kami sebelum ni ialah ke Eskisehir iaitu lebih kurang 3 bulan lepas.

Cara ke Safranbolu

Sebelum tu, kena tahu yang Safranbolu dan Bolu ialah dua tempat yang berbeza. Dulu saya ingat, Bolu tu nama singkatan bagi Safranbolu. Salah rupanya.

Dan, Safranbolu ialah salah satu daerah dalam Karabuk. Jadi, jika naik bas..pastikan anda tahu di mana bas akan berhenti. Samada Safranbolu ataupun Karabuk (pusat bandar). Katalah anda tersalah beli tiket, dan turun di Karabuk, nanti boleh ambil minibus atau dolmus untuk ke Safranbolu. Apa itu dolmus? Klik di sini untuk baca.

Train, tak pasti macam mana nak pergi sana. Rata-rata kenalan saya cakap, pilihan terbaik ialah naik bas atau drive sendiri. Dalam website booking train tiket pun tak ada pilihan untuk ke Safranbolu atau Karabuk, jadi nanti kami akan naik bas untuk ke Safranbolu. Beli tiket bas Metro, pergi balik cuma TL85 sahaja.

Nanti saya kongsikan pasal Safranbolu nih. Samada best ataupun tak best. Sebelum tu saya belanja dulu buah-buahan ni, jiran bagi dari pokok di taman dia. Buah apel dan plum. Alhamdulillah.

musim buah turki

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Karabuk, Turki

Comments

  1. SaniYunus says

    03/08/2015 at 6:31 am

    OOoooo budaya orang turki memang tak raya sebulan ya siti?.Buah tu nampak segar dan lazat untuk di makan begitu saja..

    Reply
    • Travelog.my says

      03/08/2015 at 2:26 pm

      Kalau ikut apa yang kawan-kawan kahwin dgn orang Turki, memang sehari je dia beraya dan paling lama dua hari. Tanya kawan2 Turki pun gitu la jawabnya.

      Reply
  2. rahimah says

    19/07/2015 at 7:33 am

    Menyelerakan tengok buah tu. Bila la nak elpas ke Turki pula ni.

    Reply
  3. abg jay says

    16/07/2015 at 4:16 am

    first time dengar nama tempat safranbolu ni…mcm menarik utk dikunjungi….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in