Dah lama betul saya tinggalkan Bahasa Arab. Kalau tak silap, tahun 2009 iaitu lepas habis belajar di UiTM. Ambil kelas Bahasa Arab di UiTM tu saje je sebab dah ada lebih dari asas dan malas belajar Bahasa Mandarin (bodoh betul masa tu, patut belajar je Bahasa Mandarin at least ada ilmu baru..sekarang dah menyesal). Sekolah menengah dulu dekat 5 tahun pulun hafal perkataan Arab, sebab sekolah menengan ugama arab di Kota Bharu. Bapak pula bekas pensyarah Bahasa Arab di UM. Tapi sebab kurang praktis, skill berbahasa saya berkubur begitu sahaja. Kalau baca tu boleh la agak-agak faham maksud, tapi nak bercakap memang kelaut.
Sejak dari saya mula-mula tiba di Sakarya awal tahun baru ni, orang-orang sini ingat saya Arab. Samada arab Syria, Iraq atau dari negara arab lain. Muka saya nih, rasanya dah cukup Asia. Tapi sebab di Sakarya ni tak ramai (hampir tak ada) pelancong dari Malaysia, mungkin sebab tu dorang tak boleh agak saya dari Asia. Penat juga nak jawab bila tiap kali masuk kedai runcit, pergi pasar, jumpa orang dalam bas duk tanya “nerelisin?” atau “whey are you frem…?“. Sekali tu saya jawab, Jepun! Dorang macam percaya.
Sekarang baru saya faham perasaan habibi semasa dia duduk Kelantan. Di Kelantan, bila mat salleh boleh bertutur Bahasa Melayu ia sesuatu yang menakjubkan. Lagi menakjubkan bila mat salleh “buleh kecek Kelate!” Walaupun ada slang dan sebutan tak berapa betul, tapi ia sesuatu yang pelik. Ada beberapa soalan yang sangat kerap ditanya kepada habibi di Kota Bharu.
“Dari mana?”
“Boleh cakap Melayu?”
“Eh, buleh kecek Kelate?”
“Lamo doh duk sini?”
“Nikoh nga orang sini ko?”
Sekarang saya di Turki, soalan sama saya dapat hampir setiap kali berjumpa orang baru. Sesungguhnya memey serabut perut weh! Cuma beza soalan mereka di sini, kebanyakan orang anggap saya orang Arab. Jadi soalan-soalan dimulakan dari “min aina anti?”, “hal anti tatakallamu ‘arabiyya?”, bila saya jawab dari Malaysia, soalan lain pula dapat, iaitu “orengi?” bermaksud “pelajar ke?”
Saya agak perlahan dalam belajar Bahasa Turki. Entah kenapa, dah 6 bulan pun masih tak mampu susun ayat lagi. Nampak gaya, kena perlahan-lahan asah balik ilmu nahu dan buat ayat Arab. Sikit-sikit pun jadilah, daripada tak boleh cakap Turki at least boleh express meaning in Arabic.
♥ By the way, jika anda dari Malaysia dan pandai bahasa Turki… sudilah hubungi saya di siti@travelog.my untuk ajar saya Bahasa Turki online. Sebabnya, saya dah cari kelas Bahasa Turki di sini tapi tak jumpa. Di Istanbul ada, tapi jauh la Istanbul tu. Jangan lupa emailkan juga harga kelas online anda 🙂 Teşekkürler!
aku tak leh ajar bahasa turki.
pening nanti hang nak faham.
haha..
Kalu aku tahu ko pandai BT, awal-awal sebelum pindah aku gi menuntut. Dapat sepatah dua pun jadi dah 😉
aku reti arab je.
tu pun, bahasa arab tinggi level tingkatan 5.
leh la bawa bekal nak gi haji nanti.
Tu dah ok dah tu Titan 🙂
Mmm bagus tu belajar bahasa lain. Saya pula belajar bahasa Korea dan ambik kelas di UTM Space. Memang serabut masa mula-mula sebab struktur ayatnya terbalik. Kalau nak try belajar online cuba masuk Italki dengan Hello Talk. Boleh pasang aps dekat handphone juga dan keypad guna bahasa yang kita pilih tu. Nak cakap dengan orang jual kedai runcit karang terkejut pulak dia he he.
Kalau ada asas Bahasa Korea senang nak belajar Bahasa Turki sebab ia lebih kurang sama nahu dan susun ayatnya. Ok, nanti saya cuba guna apps tu. Sekarang duk guna Google Translate offline version je hahaha