Dengar khabar, nak melancong ke India tak perlu mohon visa dari pejabat mereka di Malaysia sebaliknya boleh dapat visa on arrival. Untung orang Malaysia ni, ke Jepun tak perlu mohon visa dah. Saya tunggu Amerika Syarikat pula bagi visa on arrival (VOA) kepada orang Malaysia haha.
Sebelum ini, VOA dari India cuma diberikan kepada 11 buah negara sahaja, sekarang dah jadi 180 negara dengan bertujuan untuk memantapkan sektor pelancongan di India. Lagi senang orang Malaysia nak melawat Taj Mahal dan Qutub Minar lepas ni.
Cuma, visa ini perlu dimohon secara online dua tiga hari sebelum ke India, dan ianya boleh diambil di mana-mana 26 buah lapangan terbang di negara tersebut dalam tempoh 5 hari.
Sebelum ini, permohonan visa mengambil tempoh berminggu-minggu untuk diluluskan atau tidak.
Saya sendiri belum pernah melancong ke India. India negara yang cantik, kata ayah saya yang belajar di India pada tahun 1970-an. Belajar Bahasa Arab di salah sebuah universiti di India.
InsyaAllah, jika ada rezeki, akan saya ke India. Tapi kena tunggu promosi tiket penerbangan dahulu lah 🙂
Jika anda pernah melancong ke India, jangan segan untuk kongsikan tempat-tempat menarik untuk dilawati di India.
>> Anda boleh baca berita tentang Visa On Arrival (VOA) dari kerajaan India di sini
[…] itu ada juga makanan India dan Palestin dari chef Palestin yang famous itu. Dan seperti biasa bagi apa-apa acara di Kelantan, […]