Sudah beberapa hari saya tiba di Kota Bharu. Dua hari pertama tak ada apa nak dibuat selain bersembang dan berehat dengan umi abah, lagipun badan terkejut dengan cuaca panas membahang di Kota Bharu yang khabarnya, masuk hari ini sudah 37 hari tak terima hujan. Seperti biasa, mula-mula sampai memang akan dapat selesema dulu barang sehari dua. Hehe rutin badan. Hairanlah, di daerah lain Di Kelantan seperti di Kuala Krai, Dabong, Bachok ada terima hujan. Kecuali di Kota Bharu. Sama-samalah kita berdoa dan solat hajat agar Kota Bharu dikurniakan hujan.
Perkara pertama yang saya buat dalam minggu ni, selain shopping di mall baru buka di AEON Kota Bharu ialah uruskan kabinet dapur rumah baru kami. Dulu saya fikir, senang je proses buat kabinet dapur iaitu bagi saiz dapur je.
Rupanya tak begitu. Hahaha punyalah naif saya ni.
Ada banyak jenis material kabinet dapur ni.
Mula-mula, jenis body macam mana yang kita nak pilih. Melamine ke, chipboard ke, aluminum ke, solid kayu nyatuh ke, maica ke, atau stainless steel. Pastu survey harga pulak dari satu supplier kepada supplier lain. Lain supplier lain harganya.
Dah tu pilih jenis pintu pulak, samada pintu 3g, 4g, dan macam-macam lagi.
Lepas tu nak kena fikirkan pasal counter top, samada nak yang solid surface, granite, maica, kayu, atau konkrit. Kat Malaysia ni especially Kelantan, kebanyakannya guna kaunter top konkrit. Tapi kami tak suka sangat konkrit walaupun ianya sangat kukuh. Tak cantik mata memandang.
Dah lepas tu nak kena fikir susun atur pulak. Lagi susah bila nak letak dishwasher (best guna dishwasher ni) sebab jimat air dan masa. Kat mana nak letak, piping dan bolehkah kaunter top tu nanti sekata. Supplier ni tak biasa dengan dishwasher so dia kena confirm dengan designer mereka. Dan designer pulak duduk di Penang. Sebab syarikat ini ialah franchise kepada syarikat di Penang. Hakikatnya, tak adalah satu syarikat yg based Di Kelantan yang buat kabinet dapur stainless steel sepenuhnya. Tapi kalau kabinet dapur biasa tu memang ramai yg amat.
Semuanya nak kena fikirkan and it’s not as easy as I thought.
Lepas semua proses pilih jenis kaunter top, body, tebal stainless steel (ada dua jenis, iaitu tebal 0.4 mm dan 0.6 mm), jenis drawer, jenis pintu, jenis handle..Dan sebagainya, sekarang ialah proses pilih warna. Ini pun lagi pening sebab rumah pun kami belum decide nak cat warna apa. Tapi Memandangkan warna karpet bulu yg beli di Konya dulu tu warna biru, dan lampu mozek Turki pun warna biru…Maka kami pun pilih kemasan warna biru untuk kabinet dapur ni.
Hari ni designer dari Penang tu akan pergi site visit untuk pastikan semua yang dalam plan awal boleh dibuat terutama sekali bab dishwasher dan dinding rumah (ini disebabkan tingkap di pasang sedikit ke bawah dari sepatutnya). So we will see… Kalau semua okay, boleh bayar initial deposit dulu untuk next step. Kalau tak..nampak gaya kena alih dapur buat tempat lain.
..
Di Turki, harga dishwasher sangat murah. Bawah RM 1500 dah boleh dapat yang kualiti bagus. Mungkin sebab dishwasher ialah sesuatu yang sangat common, macam mesin basuh baju je lah kat sana. Kat sini nak dapat jumpa kedai yang jual pun satu hal. Atau kena beli di Lazada.
Dapur gaya Turki pulak agak lain dengan gaya Malaysia. Di sana, dapur selalunya terbuka dan bersambung dengan ruang tamu. Kebanyakan rumah, bila masuk tu terus ada dapur di sebelah kanan atau kiri manakala sebelah satu lagi ialah bilik air. Berbeza dengan Malaysia, dapur dan tandas tercorok di bahagian belakang plan rumah. Jadi rumah kami ni, dapur duk tengah-tengah, antara ruang tamu dan bahagian bilik tidur. Nanti siap saya kongsikan.
buat kitchen cabinet stainless steel kat mana?
apa nama kedainya?