• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Hotel / Penginapan di Osaka | Kenapa saya rekemen apartment (AirBnB) Mr. Noriyuki Ueno?

Penginapan di Osaka | Kenapa saya rekemen apartment (AirBnB) Mr. Noriyuki Ueno?

03/04/2014 By Travelog.my 27 Comments

Ini kali kedua saya menggunakan servis di AirBnB. Kali pertama, di Hachioji semasa ke Tokyo tahun lalu. Kali ini semasa melancong ke Osaka minggu lepas. Sebab saya pilih AirBnB ialah kerana saya boleh kenal-kenal dengan tuan rumah, dapat buat mereka jadi kawan dan selalunya tuan rumah lebih mesra berbanding pekerja hotel. Lagipun, AirBnB di Jepun jauh lebih murah berbanding hotel. Maklumlah Jepun kan, negara yang kosnya paling tinggi di dunia.

Saya sewa apartment milik Tuan Noriyuki Ueno, seorang lelaki Jepun berusia 52 tahun yang Bahasa Inggerisnya agak OK berbanding orang Jepun lain yang saya jumpa (susah nak jumpa orang Jepun yang pandai Bahasa Inggeris).

Jika anda klik link ini dahulu untuk sign up, anda akan dapat sejumlah kredit, jimatlah untuk anda buat booking melalui AirBnB sebagai hadiah referal dari blog ini. Anda boleh terus cek availability aparment beliau (Tuan Noriyuki Ueno di AirBnB kemudian ke Apartment of Shinsaibashi , Osaka (klik).

Kat bawah ni gambar apartment tersebut, gambar ni saya ambil dari page AirBnB beliau. Sebabnya, masa saya sampai tu terus suami baring-baring dan saya pula tak sempat ambil gambar. Letih sangat, maklumlah mengheret satu beg besar dan kandar satu beg galas dari Kota Bharu!

penginapan di osaka penginapan di osaka jepun

Tengoklah kemudahan yang disediakan ni. Ada dapur, periuk dan pinggan mangkuk untuk memasak, chopstik, sudu garfu, peti ais, microwave, mesin basuh, iron, printer, tv, aircond dan heater, kipas biasa, Fabreze, futon, sabun pencuci baju, berus gigi, syampoo, razor, towel kecil dan towel besar dan segala serbi. Kalah Hotel Renaissance Kota Bharu dalam bab amenities ni. Hehe

So, jika anda duduk situ lama, boleh request weekly rate (USD298). Kalau nak duduk sebulan, request monthly rate (USD973). Apartment ni boleh memuatkan 2 orang. Ini ialah harga yang cukup-cukup murah di Jepun. Saiznya pula kalau ikut anggaran saya, 12 kaki x 20 kaki. Bilik air pula bersih dan seperti biasa, canggih. Tandas duduk di Jepun kebanyakannya ada button untuk pancutkan air untuk bersihkan hadas, lihat gambar tandas Jepun kat sini.

shopping di Osaka Jepun

Dan yang paling penting, apartment ni dekat dengan stesen train, Sinshaibashi Eki (EXIT 6). Keluar je stesen tu, terus nampak pintu masuk ke apartment, tak perlu jalan jauh-jauh. Bertuah gile kalau dapat duk situ. Hehe Sinshaibashi ni dekat dengan Nanba, kawasan membeli belah yang popular di Osaka. Kat situ ada bermacam-macam butik antarabangsa, cuma lintas jalan je atau turun ke Stesen Sinshaibashi depan pintu masuk apartment tu (stesen train bawah tanah) jalan kaki dalam 5-8 minit terus jumpa pelbagai shopping mall. Ada butik Forever 21, H & M, Fossil, Cartier, Gucci whatsoever lagilah. Pendek kata, kalau bawa RM10,000 pun boleh habis kalau memang jenis nak shopping. hehe

wpid-IMG_20140331_124803.jpg

Manakala supermarket pula cuma tak sampai 10 blok dari apartment. Kat bawah apartment pula ada lebih kurang 3 kedai 7 Eleven. Pendek kata, kalau duk apartment dia memang save duit train, mudah makan, mudah shopping, mudah nak ke mana-mana.

Okay, cukup dulu lah kempen saya pasal apartment ni. Saya tulis sekadar perkongsian sahaja supaya anda mudah bila sampai ke sana. Tuan Noriyuki Ueno tak bayar saya apa-apa pun untuk tulis review ni. Hehe Saja tulis je.

Related Posts

  • Dari Kansai Airport ke Osaka, Shinshaibashi, NanbaDari Kansai Airport ke Osaka, Shinshaibashi, Nanba
  • Owl Cafe, Osaka. Main Burung Hantu Yang JinakOwl Cafe, Osaka. Main Burung Hantu Yang Jinak
  • Itinerary Trip ke Osaka: RM 1384.50 per paxItinerary Trip ke Osaka: RM 1384.50 per pax
  • Melancong Ke Jepun – Arashiyama Bamboo ForestMelancong Ke Jepun – Arashiyama Bamboo Forest
  • AirAsia X Reward! Terima kasih AirAsia Bagi Tiket Free ke OSAKA!AirAsia X Reward! Terima kasih AirAsia Bagi Tiket Free ke OSAKA!
  • 4 laman web yang best untuk booking penginapan jangka panjang dan pendek4 laman web yang best untuk booking penginapan jangka panjang dan pendek
  • Terima kasih JNTO Japan! Saya suka hadiah ni!Terima kasih JNTO Japan! Saya suka hadiah ni!
  • JEPUN! SAKURA! SAKURA! SAKURA!JEPUN! SAKURA! SAKURA! SAKURA!
  • Design Rumah dan Bangunan Cute di JepunDesign Rumah dan Bangunan Cute di Jepun
  • Berbaloikah beli Kansai Thru Pass?Berbaloikah beli Kansai Thru Pass?

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Hotel, Jepun, Osaka

Comments

  1. nur syahida yahya says

    11/07/2018 at 8:00 am

    assalamualaikum

    boleh bagi tak nama apartment nie sebab tak jumpalah dalam airbnb..tq akka

    Reply
  2. Mimi says

    07/04/2017 at 11:47 am

    Saya plan nak ke Jepun next year & ada jgk survey di airbnb…tp most of the places ada additional charge spt cleaning fee yg sgt2 mahal bila convert to MYR…sy terus set dlm MYR utk senang bajet brp nk bayar..tp bila check thru agoda dpt blk hotel yg harga dia lebih kurang je dgn airbnb…cuma mmgla sempit tp sekadar utk mandi & rehat…maybe puan blh bg feedback memandangkan puan sgt experienced in travelling…

    Reply
  3. Nadiahcore says

    15/12/2015 at 10:12 am

    Salam,

    Apartment ni dekat dengan Universal Studio Japan tak?
    boleh advise macam mana nak ke sana dari apartment ni?

    Reply
    • Travelog.my says

      15/12/2015 at 2:31 pm

      Boleh tengok dalam Airbnb page, atau hubungi pemiliknya untuk pertanyaan lanjut.

      Reply
  4. iskhalifah says

    07/08/2015 at 10:32 pm

    Saya dah tanya Uncle Noriyuki tu, sebab AirBnB calculate USD765 (RM3021) for a week stay (2 guests)!!

    RM326 x 8 nights RM2614
    Cleaning fee RM97
    Service fee RM310
    Total RM3021

    Memang mahal dari weekly price listed.

    Reply
    • Travelog.my says

      08/08/2015 at 3:07 am

      Cuba minta diskaun dengan dia 😃hehe

      Reply
  5. irah says

    25/01/2015 at 5:33 pm

    assalam. saya nak tanya kalo saya tempah bilik di airbnb untuk 2 org, andai kata jumlah perlu bayar RM800 untuk seorang atau 2 org. mcm mana pulak extra cas untuk lebih orang. saya tak berapa paham. mohon jelaskan.

    Reply
    • travelmy says

      25/01/2015 at 5:49 pm

      Semasa kita book tu, ada pilihan untuk 1,2,3 orang dan seterusnya. Harga akan keluar dengan sendiri bergantung kepada berapa additional cost per pax yang ditentukan oleh pemilik rumah.

      Reply
  6. Hani says

    03/10/2014 at 7:24 am

    Salam…saya nak ke jepun end of this month. My last stop will be osaka. Saya plan nak stay 2 hari kat osaka. Berminat dengan apartment yang di sewa. Saya cari kat airbnb tak jumpa. Boleh bagi direct link tak.
    Dari osaka macammana saya nak ke kyoto?

    Reply
    • travelmy says

      03/10/2014 at 6:41 pm

      Link ada di atas, dalam perenggan ketiga 🙂 Utk ke Kyoto dari Osaka, Hani boleh ambil train dari Osaka ke Kyoto.

      Reply
  7. heatinorayu Md Nor says

    02/10/2014 at 8:31 am

    salam..sy bercadang ke osaka insyaAllah mac 2015 nanti.. awak ada tahu mana-mana guide yg blh bwk sy jln2 kat sana?

    Reply
    • travelmy says

      02/10/2014 at 9:24 am

      Cuba tengok kat sidebar tepi blog saya ni. Ada yg sy rekemen

      Reply
    • travelmy says

      02/10/2014 at 9:55 am

      https://www.facebook.com/japanbudgettrip Dorang ada trip pada March ni

      Reply
  8. Aliza says

    14/09/2014 at 3:24 pm

    Terima kasih, Siti. Saya juga seperti Sha. Sudah agak lama saya berkira-kira untuk menggunakan perkhidmatan airbnb tetapi takut atas faktor keselamatan. Saya juga akan menyewa apartment En. Noriyuki Ueno dan terjumpa blog Siti semasa mencari maklumat tentang beliau. Sekarang saya lebih yakin untuk menggunakan perkhidmatan airbnb.

    Reply
    • travelmy says

      14/09/2014 at 7:20 pm

      Sama-sama juga. Selamat melancong!

      Reply
  9. Sha says

    31/08/2014 at 7:51 am

    Salam.

    Saya ni baru first time nak gune service airbnb ni. Saya xbape sure how safe it is etc. usually saya stay kat hostel je utk trip japan saya. Tapi this time, trip agak lama and kebanyakan hostel yang saya duduk selalu are fully booked or type bilik tak fit saya punya preference. Dok sibuk carik, stumble upon airbnb service and considering to rent a house ke apartment ke. Sbb dah xde choice ni. Hehe. So, saya nak tanya cmbe service airbnb ni. Mmg betul2 safe ke in term of payment, booking etc. if ade assurance dari yg penah gube, saya xla was2 nk book tmpt tinggal utk trip kali ni.

    Kalau boleh assist saya info, experience gunakan service airbnb ye.

    Thanks 🙂

    Reply
    • travelmy says

      31/08/2014 at 10:55 am

      Sha, saya dah dua kali guna di Jepun dan akan guna di Istanbul bulan Oktober ni, di New York akhir bulan Oktober. Payment, booking ok je dan selamat. Saya nak jamin, bukan tugas saya untuk jamin tapi dari segi pengalaman saya guna, Alhamdulillah.

      Reply
      • Sha says

        31/08/2014 at 1:14 pm

        Thanks fast reply, kalau dah dpt info yang penggunaan nye okay, xdela saya nak was-was. Bukannya ape, online skang macam2.. hehe. So, just want to be sure. Paymentnye akan dibuat terus ye online? Payment hanya melalui credit card ye. Ade charges lain ke selain yg appear kat web tu? Maaflah saya banyak tanya. Harap tak keberatan nak jawab. 🙂

        THanks.

        Reply
        • travelmy says

          31/08/2014 at 2:35 pm

          Actually Airbnb antara syarikat pelancongan terbesar didunia dan lebih besar dari Agoda. Tak tau saya nak yakinkan macam mana. Overall saya guna OK dan puas hati. Payment terus buat online seperti dinyatakan. 🙂

          Reply
  10. nina says

    19/08/2014 at 10:21 am

    Salaam. Saya nak tanye payment dia terima in USD atau YEN?

    Reply
    • travelmy says

      19/08/2014 at 11:50 am

      USD jika bayaran dibuat di website AIRBNB

      Reply
  11. noriza says

    03/07/2014 at 10:06 am

    Salam nak tanya…saya akan ke jepun mei 2015 nanti tapi berlima..so boleh ke owner ni amik kami berlima tuk menginap kat situ?ke mmg max 2 org je?

    Reply
    • travelmy says

      03/07/2014 at 11:04 am

      Sy tak pasti samada boleh terima atau tak sbb maksimum sy tengok cuma 3 orang. Tapi dia ada banyak bilik. Apapun cik puan boleh hubungi beliau melalui Airbnb.

      Reply

Trackbacks

  1. Trip ke Batam #Hari2 - Shopping di Nagoya Hill Mall | Travelog says:
    17/06/2014 at 12:16 am

    […] Nagoya Hill Mall ni ada Foods Street. Tengok pada gaya bangunan ni, seolah-olah shopping area di Nanba, Osaka. Ada dua restoren yang sempat kami rasa kat sini, dua-duanya sedap belaka cuma portion lauk agak […]

    Reply
  2. Itinerary Trip ke Osaka | Travelog says:
    21/05/2014 at 12:34 am

    […] Penginapan RM225/night x 3 malam + Free 2 malam = RM 675/2 orang = RM 337.50 […]

    Reply
  3. Trip Murah ke Jepun | Travelog says:
    13/05/2014 at 11:22 pm

    […] Update: Saya dah guna AirBnB di Osaka. Jika anda melancong ke Osaka, saya ada satu homestay/AirBnB yang saya nak rekemen (klik). […]

    Reply
  4. Berbaloikah beli Kansai Thru Pass? | Travelog says:
    04/04/2014 at 11:37 am

    […] setelah tiba di Kansai International Airport ialah jumpa dengan empunya apartment sewaan kami iaitu Tuan Noriyuki Ueno, kemudian beli tiket train dari Kansai Airport Station untuk ke Sinshaibashi. Di situ, saya ke […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 149 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact