Hahahaha Mood jakun lagi sebab pertama kali dalam hidup ni jumpa vending machine yang keluar air tin panas. Ini hanya di Jepun. Kat Bandung, Kuala Lumpur, USA semua tak de mesin air bijak macam ni.
Bergantung kepada suhu semasa, vending machine ini akan keluarkan air tin yang panas atau sejuk. Masa saya pergi nih, suhu sejuk jadi dapat air panas. Kalau musim panas, keluar air sejuk.
Pastu, banyak pilihan pula tu. Banyak jugalah syiling saya masuk dalam mesin-mesin air sekitar Tokyo. Maklumlah, pergi Jepun tak bawa sarung tangan (gloves), jadi tangan asyik duk dalam poket je. Bila jumpa vending machine, beli air kopi semata-mata nak panaskan tangan 😉
Ni lah sebahagian hasil mahsul dari vending machine sekitar Tokyo. Gigih betul saya simpan bawa balik botol-botol ni ke homestay semata-mata nak kumpul untuk ambil gambar.
Dan yang paling sedap bagi penggemar kopi macam saya ialah dua jenama kopi ni. Kalah kopi Starbucks atau White Coffee kat depan Masjid Muhammadi.
Selain daripada pelbagai jenis minuman dijual melalui vending machine di Jepun, anda mesti terkejut dengan kepelbagaian produk di vending machine. Bukan sahaja minuman tau, vending machine jual mainan, biskut, buah-buahan pun ada.
Haa, canggih. Tah bila tah benda ni nak ada kat Kota Bharu.
Siti…thanx a lot for ur tips especially Turki & Japan…really helpful…excited bila jumpa tmpt yg sama dlm gmbr Siti pos…2 mggu lps Siti dh ada di Turki kn? harap sgt tserempak…tp x cam sgt Siti…hehee…
Sy di Sakarya, dari January sampai sekarang. Tak pergi ke Istanbul atau bandar lain lagi tahun ni sebab belum berkesempatan huhu Melainkan Nida datang ke Sakarya, mungkin kita ada terserempak
Apapun, best kan jalan-jalan minggu lepas sebab tak panas dan tak bersalji?