Lepas kayuh duck boat, kami ambil train ke Akihabara. Kawasan ni kononnya popular bagi peminat gajet. Di sini juga, pada sebelah malam, promoter-promoter akan berada di luar kedai dengan memakai pelbagai jenis pakaian yang ala-ala anime. Nampak cute dan ke’kartun’an, semata-mata untuk menarik minat pengunjung.
Di sini, selain makanan, kami sempat lah beli beberapa toy untuk anak saudara dan beg dengan lukisan anime untuk souvenir bagi diri sendiri. Satu beg kanvas dengan lukisan anime cuma berharga ¥300, iaitu lebih kurang USD3 atau RM10. Murah kan?
Dan ada macam-macam kedai gajet. Malangnya, saya rasa harga di sini lebih kurang sahaja dengan harga di Malaysia pada waktu sales. :p
Kat sini, ada restoren gundam. Tapi kami tak masuk pun, sekadar tengok dari luar sahaja.
Yang syok bagi suami saya pula ialah kedai game macam ni. Habislah juga dalam ¥1000 puaskan hati main game ni. Memang kedai game begini bertebaran di sekitar Tokyo.
Game menari ni cukup-cukup memenatkan. Dan esok perjalanan kami akan bersambung ke New York, seterusnya ke Orlando di Amerika Syarikat. Perlu balik tidur dan siapkan diri untuk perjalanan jauh merentas Alaska 🙂
Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat…
Adakah tuan mengembara (backpacker)
Susah nak cakap, saya rasa macam saya ni backpacker tapi orang cakap tak.