Shibuya (Part 1) ialah satu kawasan yang besar dan penuh dengan manusia. Punyalah besar sampai satu hari pusing pun tak habis lagi. Yang bestnya bila melancong pada musim sejuk (baru nak masuk winter) macam ni ialah kita tak berpeluh, jadi susah letih. Cukup selesa.
Yang lagi best ialah cepat lapar. Bila lapar boleh makan lagi. Haha Saya kalau jalan-jalan, makan ialah perkara utama. Ini kerana, makanan sebegitu (Japanese foods) susah nak dapat di Kelantan. Kalau ada pun sushi je lah di Tesco dan KB Mall. Pernah lah sekali saya makan makanan Jepun masa Hotel Renaissance buat tema Korean and Japanese foods. Itu pun kira OK la, selain dari itu susah nak dapat makanan Jepun di Kelantan. Manakala di Soul Garden pula, saya ada pengalaman buruk di Soul Garden Melaka. InsyaAllah, lepas ni tak pergi lagi ke kedai tu. Sushi King pula, baru sahaja nak buka cawangan di Kota Bharu.
Berbalik kepada jalan-jalan di Tokyo, kami bertiga lapar lagi. Restoren kat sini pandai betul buat iklan. Sekali tengok gambar tu, terus meleleh air mulut.
Kebetulan nampak Gusto Cafe depan mata. Restoren ni kalau tak silap pernah masuk TV Malaysia. Kami pun terus masuk la. Kena beratur dulu tunggu giliran sebab tak ada seat.
Kat sini, ada pekej minuman yang saya suka. Bayar ¥100 dan minumlah sebanyak mana yang nak minum. Ada macam-macam air berkarbonat, air kopi, air teh hijau dan lain-lain. Dan kat sini jugalah pertama kali saya makan mee Udon yang besar dan spicy dan lazat menjilat chopstick. Yummeh! Dengan tiram yang berekor-ekor dalam mangkuk, panas dan cukup rasa ditambah pulak dengan kelaparan tahap dewa sebab kena menunggu. Serius sedap. Makan pun dengan serius.
Adik saya order salad, ceh, makan salad cam omputih cam abang ipar dia. Salad dia pun sedap. Hokey, dalam sejam jugak kami mengisi perut kat Restoren Gusto ni. Puas hati dan highly recommended. Cuma, masa order tu kena pesan kat pelayan, cakap kat dia nak makanan yang tak ada babi atau berasaskan babi. Orang Jepun ni kuat makan babi.
Mungkin ada berpendapat, saya ni makan makanan tak halalal toyyiban. Tapi, saya berpegang kepada pendapat mengatakan cukup kesan babi dibasuh dengan air mengalir. Tidak perlu saya bercerita bab hukum halal haram di sini, anda boleh baca dalam blog Dr. Maza bab melancong dan makanan. Semoga dapat pencerahan dari situ.
Cukup dulu untuk kali ini, blogpost seterusnya saya kongsikan lagi pasal pengalaman melancong di Jepun, jalan-jalan di Ueno pula. Ueno, salah satu bahagian dalam Tokyo.
Leave a Reply