Sebaik tiba di Lapangan Terbang Haneda lebih kurang jam 11 malam, kami dijemput oleh Mizan, kawan kepada adik saya yang juga merupakan penuntut Malaysia di Shizouka, Jepun. Manakala adik saya pula di Kyoto, Jepun.
Mula-mula keluar airport tu dah rasa dah sejuknya. Sejuk menyucuk tulang hitam, terus sahaja saya pakai jaket yang memang dah ready. Mulut pun dah berwap-wap. Cewah. Jakun betul.
Terus Mizan bawa kami ke homestay yang dimiliki oleh rakannya, pun orang Kelantan bernama Din. Din ni pelajar Malaysia di Jepun, eh ramai pulak orang Kelantan belajar di Jepun ya? Homestay di Tokyo tu cuma berharga ¥2000 sahaja per night bagi seorang, kalau duk dua orang kena tambah ¥500 menjadikan kos penginapan kami di Tokyo ialah ¥2500 per night atau ¥7500 bagi tiga malam. Murah kan? Tapi homestay biasa sahajalah. Kalau anda nak melancong di Jepun dengan perangai banyak karenah dan penuh songeh, kena cari hotel berbintang-bintang dan bawa duit berkepuk-kepuk. Homestay itu pun dah fully furnished, bersih, selamat, ada dapur, water heater dan heater tu memang wajib ada.
Lebih kurang 40 minit juga ambil masa untuk sampai ke homestay dari airport. Mizan bawa kami singgah di 7 Eleven untuk pekena kopi dan beli snek. Perut sebenarnya tak lapar pun. Tapi bila singgah di 7 Eleven di Hachioji ni, terliur pula tengok pelbagai makanan Jepun yang dah ready untuk dimakan. Malah pekerjanya pun boleh tolong panaskan bagi pihak kita. Bagus betul kan.
Ni makanan Jepun pertama yang saya makan di Jepun dan ianya sedap. ONIGIRI! Macam ketagih pula. Beli tiga bungkus, habis semua saya bedal. Esok nak beli lagi kalau jumpa 7 Eleven. ONIGIRI, nasi lembut macam beras pulut, dibentuk tiga segi dan bahagian tengahnya mengandungi tuna mayonis. Cara makan ialah dengan bungkus nasi tu dengan kepingan seaweed. Seriously tasty. Cuma ¥103 sahaja.
Perut kenyang, badan pun letih. Cuaca sejuk. Tiada kombinasi yang lebih baik dari ini untuk tidur. Selamatlah kami terbungkang dalam selimut tebal. Rehat kena cukup, esok nak jalan-jalan sekitar Shibuya – antara tempat menarik di Tokyo.
hi. nak tanya macam mana nak contact en Din kat tokyo tu.and kalau awak tau mana2 malaysian kat area tokyo/osaka yg buat homestay juga.tq dear
Cik boleh klik pd link website dia kat dlm blog ni
hachioji aka 8oji tempat tinggal saya tu dulu…rindu laa pulak.
kali search dkt expedia boleh dpt hotel yg murah2 jgk macam rate mesia
saya penah book hotel kuramae dkt dgn tokyo…dlm rm100 semlm..ok la not bad
Salam.ade tak contact number En. Din yang buat homestay tu?atau macamana nak search homestay dia kat AirBnB.
mcm mana ye nk sewa homestay 3 kat sana?
Sign up di AirBnB kemudian search dari situ