Narita airport ni letaknya nun di kawasan perkampungan. Agak jauh juga dari bandar besar Tokyo. Tapi, ada banyak je train nak ke Narita airport. Kebetulan semasa jalan-jalan di stesen keretapi Ueno (dalam stesen train kat Jepun ni mesti ada Starbucks dan supermarket), kami nampak banner iklan keretapi laju terus ke Narita dari Tokyo bernama Skyliner (line kaler biru).
Terus kami ke kaunter pertanyaan. Tiket kena beli di kaunter dengan bayaran JPY1,400 seorang. Dan anda boleh pilih samada untuk naik dari Nippori mahupun Ueno.
Tiket tersebut sah bagi tempat duduk tersebut dan waktu tersebut sahaja. Tak macam tiket KLIA Ekspress yang boleh guna dalam 24 jam. Jadi, kena plan betul-betul dan tiba awal di platform. Kalau tertinggal train, memang kena beli tiket baru.
Awal juga saya sampai ke platform. Sambil tunggu tu sempat snap gambar juga. Masa ni, suhu sekitaar 5 hingga 7 celcius. Maaf atas kualiti gambar tidak menarik, memang beginilah nasib bila photographer minta orang lain ambil gambar. Huhu
Zasss.. keretapi pun sampai. Lepas 30 minit, tibalah saya ke Narita Airport dan akan meneruskan perjalanan ke New York dan sambung lagi naik flight lain ke Florida.
Leave a Reply