• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Malaysia / Kelantan / Dari Melaka ke Kelantan dengan Malindo Air

Dari Melaka ke Kelantan dengan Malindo Air

21/04/2015 By Travelog.my 8 Comments

Salam semua…hari ni saya akan pulang ke Kelantan sekejap untuk melepaskan rindu kepada keluarga di sana. Hari ni saya bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dengan menaiki Malindo Air. Laluan Melaka-Kota Bharu merupakan antara laluan baru yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan Indonesia ini. Saya memilih menaiki penerbangan dari sini sebab ia terletak 1 jam setengah dari university saya berbanding KLIA DAN KLIA2 yang terletak agak jauh dari Melaka ni.

Apa yang boleh saya ceritakan adalah, lapangan terbang ni antara yang terkecil saya pernah jumpa. Jarak dari hujung ke hujung terminal ini lebih kurang 100m-120m. Untuk syarikat Malindo Air, mereka juga menyediakan laluan ke Pulau Pinang dan Pekan Baru dari sini. Bagi penumpang yang menaiki Malindo, anda dikehendaki mendaftar masuk di kaunter dahulu. Ini kerana syarikat Malindo Air tidak menyediakan daftar masuk secara online bagi penerbangan dari Melaka. Terdapat sebanyak 6 kaunter daftar-masuk disediakan tetapi masa saya daftar masuk tadi hanya 2 yang dibuka untuk penumpang. Di sini terdapat juga mini-mart untuk membeli sedikit makanan dan surau serta tandas yang untuk pengunjung.

wpid-picsart_1429552216334.jpg

Ingat lagi kah anda syarikat penerbangan Rayani Air? Syarikat penerbangan baru ini sepatutnya dijadualkan memulakan penerbangan sulung pada bulan Mac 2015 yang lepas namun sehingga sekarang masih belum mendengar khabar dari syarikat tersebut. Lagipun saya dah unfollow group Facebook mereka sebab banyak sangat iklan tapi kapal terbang pun tak nampak-nampak lagi di KLIA tu.

wpid-img-20150419-wa0004.jpg

Penerbangan dari Melaka ke Kelantan mengambil masa lebih kurang 1 jam 35 minit. Sepatutnya kapal saya bertolak pukul 3 petang dan masuk ke bilik menunggu 2.3o petang tapi bila saya masuk ke bilik menunggu pukul 2.40 petang, saya adalah penumpang terakhir sekali. Mungkin Malindo Air ni buat konsep bila cukup saja penumpang terus terbang. Bagus juga untuk penumpang yang datang awal. Jika tunggu lama lagi tapi semua penumpang dah penuh buang masa saja. Tepat jam 2.54 petang, kapal terbang saya sudah meluncur ke angkasa raya untuk ke Kota Bharu. Jumpa lagi….

wpid-picsart_1429552111222.jpg

Artikel oleh penulis tamu – CaptAzhan

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Kelantan, Malaysia, Melaka

Comments

  1. Nurul Nazirah says

    09/10/2017 at 6:19 pm

    Harga ticket dri melaka ke kelantan brape yer?

    Reply
  2. Migha says

    02/12/2015 at 10:00 am

    Salam. Nak tanya. Kalau nak beli tiket dari Melaka ke Kota Baru memang kene beli dekat kaunter eh? Boleh tahu masa bro pergi tu tiket RM berapa? And kena lebih lebih awal atau boleh beli time kita nak bertolak ke KB??

    Reply
    • Travelog.my says

      02/12/2015 at 12:20 pm

      Beli kat website Malindo kalau ada

      Reply
  3. Iki says

    28/04/2015 at 10:38 am

    Mmg penuh ke masa hang naik tempoh hari? Cari Info berkaitan sambutan pelanggan di lapangan terbang melaka susah nak jumpa? Dalam hati bercakap2 malindo bakal tutup perkhidmatan di melaka.

    Reply
    • Travelog.my says

      29/04/2015 at 5:36 am

      Hampir penuh. Haish janganlah tutup..huhu

      Reply
      • CaptAzhan says

        30/04/2015 at 7:53 am

        memang betul ssh nk jmpe.haritu pun dah sesat.airport ni baru lg dlm kalangan penerbangan komersial.dlu private saja..signboard pon kurang

        Reply
  4. titan says

    26/04/2015 at 5:35 pm

    ko memang suka naik kapal terbang kan?

    Reply
    • Travelog.my says

      26/04/2015 at 7:49 pm

      Suka la jugak, sebab cepat dan murah ehehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in