Free seat promotion oleh Malindo Air sedang bermula. Yang kena bayar cuma airport tax dan fees sahaja yang bermula dari RM39.
Saya tak pernah naik Malindo Air ke Kuala Lumpur kerana kebanyakan destinasi saya memerlukan saya mendarat di KLIA.
Kenapa? Jika kami naik Malindo Air dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur (mendarat di airport Subang), maksudnya kami kena tukar airport dari Subang ke KLIA untuk sambung penerbangan (antarabangsa). Malindo kena sedar, orang Kelantan agak ramai travel dan destinasi terakhir bukan Subang. Kerana itulah AirAsia sekarang pun ada banyak direct flight dari Lapangan Terbang Sultan Mohd IV ke Singapore, Kuching, Kota Kinabalu dan lain-lain (in the future, Bandung, Medan, Saigon).
Lagipun, website Malindo Air tak begitu mesra pengguna. Susah kita nak dapat deal yang bagus kerana harga tiket ditunjuk bagi satu hari sahaja, tak macam AirAsia atau MAS yang kita boleh pilih harga terendah dalam tempoh 4 minggu. Selain itu, ada limit masa iaitu sebanyak 15 minit sahaja tempoh carian.
Harap-harap website Malindo Air lepas ni lebih mesra pengguna. InsyaAllah, ada kelapangan dan tujuan saya akan guna servis Malindo Air ni.
Leave a Reply