Lagi lebar nampaknya sayap kapal terbang Malindo Air. Terbaru, Malindo Air dah mula terima booking untuk penerbangan Kuala Lumpur (KUL) ke Ho Chi Minh (SGN).
Penerbangan pertama dijangka bermula 29 Januari 2016.
Dah cek dah tiket, yang tarik 29 Januari tu boleh dapat sekitar RM144.90. Murah ni.
Kalaulah saya dah duduk di Malaysia masa tu, tak ragu-ragu lagi saya dah rembat tiket ni. Tapi nak buat macam mana.. nasiblah nak duduk Turki sangat kan.
Sesiapa yang nak pergi Vietnam, bolehlah cepat-cepat beli tiket promosi ni.
Beli dulu, pastu buat plan 🙂
Nota: Satu je saya harap pihak Malindo buat penambahbaikan. Iaitu, mudahkan sistem booking dengan paparkan harga samada secara matrik, ataupun letak harga terendah terus pada tarikh. Senang, tak payah kita klik satu-satu untuk cek tarikh tiket dan harga.
baru tahu dah ke vietnam ya
kalau ada lagi.. nk juga try booking ler.. uhuhu.
Haa? Komen dulu baru baca ke?
belum pernah cuba lagi tapi ramai kata seat malindo air lebih luas berbanding AA.