• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Hotel / Lima Pilihan Teratas Apartment Mampu Diduduki di Malaysia

Lima Pilihan Teratas Apartment Mampu Diduduki di Malaysia

13/06/2016 By Travelog.my 4 Comments

Kondominium baru yang berkualiti baik, kini muncul di serata Malaysia dan di kebanyakan negara Asia disebabkan permintaan yang tinggi. Namun begitu, walaupun dengan nilai hartanah di Malaysia amnya agak rendah, hartanah baru masih lagi mahal untuk dibeli atau disewa dan bukanlah satu pilihan untuk semua orang. Sumber lain mengatakan bahawa satu cara untuk mencari tempat tinggal yang berpatutan untuk disewa ialah dengan mencuba nasib dan mengharap yang terbaik, menyebabkan ramai yang berkata ‘tiada rumah flet yang murah boleh didapati’. Tetapi masih ada jalan untuk menyewa apartment yang berkualiti tanpa perlu menginap di bangunan lama yang usang di persekitaran kejiranan yang dicurigai. Cuba lihat beberapa pilihan mampu didiami ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

1. Rumah Hacker

Hampir sama seperti asrama pelajar, rumah hacker dibuat dengan tujuan untuk berkongsi rumah dengan mereka yang tinggal berseorangan, dibentuk untuk menyatukan pekerjaan dan tempat tinggal dan membolehkan penghuninya bekerjasama. Pertumbuhan pesat syarikat pemula telah mengakibatkan popularitinya meningkat di US dan ia mula muncul di Asia juga. Artikel terperinci di Grist menggambarkan rumah hacker sebagai mesra alam, persekitaran yang menyenangkan dan membenarkan tempoh sewaan yang fleksibel. Dengan menawarkan sewa jangka panjang dan pendek, pilihan anda terbuka dan anda masih boleh pindah keluar jika cara ianya tidak sesuai dengan anda. Jika anda masih bujang dan terlintas untuk memulakan perniagaan atau perlukan teman sekerja, cuba lihat rumah hacker kerana ia mungkin pilihan yang tepat untuk anda.

2. Menyewakan Pada Penyewa Lain

Sekiranya anda mahu meninggalkan rumah untuk suatu tempoh masa, walaupun hanya sebulan, tetapi anda tidak mahu menyimpan barangan milik anda ke dalam tempat simpanan, anda bolehlah menimbangkan untuk menyewakan kondominium anda sepanjang tempoh tersebut untuk menjana pendapatan. Jika apartment anda berhampiran dengan pantai atau mempunyai pemandangan yang menarik, ia boleh disewakan dengan mudah kepada pelancong dengan kadar sewa yang baik. Jika anda meninggalkan rumah semasa penggal pengajian, anda boleh menyewakannya kepada mahasiswa yang sedang mencari penginapan. Selain itu, anda juga boleh menyewa flet daripada penyewa lain kerana ini kadang-kadang adalah lebih murah daripada menyewa terus dari tuan rumah atau syarikat perumahan. Apartment Ratings menyenaraikan sebahagian manfaat menyewa dari penyewa lain seperti tanpa semakan kredit, jangkamasa sewaan yang fleksibel, tiada kos pindah masuk atau perlu membayar untuk perabot baru, dan kadar sewa yang lebih murah. Semak keperluan undang-undang dan peraturan bangunan anda dahulu untuk menghindari masalah undang-undang atau notis pengusiran.

3. Baca Berita Hartanah

Anda mungkin fikir hanya pelabur professional sahaja yang perlu memberi perhatian pada berita industri hartanah. Sebaliknya, penyewa juga boleh menggunakan berita hartanah ini untuk kepentingan mereka untuk mengetahui di mana kawasan perumahan yang mampu diduduki berada. Luangkan sedikit masa setiap hari melihat berita-berita ini dan senarai terkini apartment untuk disewa di PropertyGuru Malaysia serta laman web hartanah lain dan anda boleh mendahului penyewa lain dan mengetahui di mana tawaran terbaik berada. Anda boleh dengan mudah mendaftar untuk menerima email pemberitahuan daripada laman-laman web ini dan kemudian menghentikan langganan anda apabila anda telah menjumpai tempat untuk disewa.

4. Tanya Kenalan Anda

Penyenaraian atas talian adalah satu sumber yang berfaedah tetapi selalu juga terdapat apartment yang tidak disenaraikan di atas talian atau hanya ditawarkan secara peribadi. Ia adalah idea yang bagus untuk menghubungi sahabat handai, saudara mara dan teman-teman sepejabat anda. Beritahu mereka yang anda sedang mencari rumah, khususnya di media sosial di mana ramai orang membaca dan seseorang yang anda kenali, atau hanya kawan jauh, dapat memberitahu anda mengenai sesuatu hartanah yang perlu mereka sewakan atau sesuatu tempat yang mereka tahu sedang mencari penyewa. Tiada jaminan bahawa cara ini akan berkesan setiap kali tetapi kebarangkalian anda untuk menjumpai apartment adalah lebih tinggi.

5. Cari Teman Serumah

Kebanyakan kondominium baru mempunyai beberapa bilik tidur, yang membuatkan ia tidak mampu untuk diduduki oleh kebanyakan orang bujang atau pasangan suami isteri. Namun, kaedah yang bagus untuk menduduki salah satu kondominium ini ialah dengan berkongsi kos bersama teman serumah. Secara amnya, bilik tidur yang banyak dalam sebuah apartment, boleh dikongsi dengan lebih ramai teman dan lebih murah untuk setiap orang. Ini juga bermaksud anda harus berkongsi kemudahan yang ada dan mempunyai ruang peribadi yang kurang sedikit, namun asalkan anda mencari teman yang serasi dengan anda yang akan menghormati anda (tidak membuat bising dengan parti di tengah malam), anda boleh menjalani kehidupan dengan cara ini dan elakkan perselisihan faham. Tiba masa salah seorang dari teman anda ingin berpindah keluar atau anda mampu untuk memiliki tempat sendiri, tidaklah begitu payah untuk berpindah keluar dan mencari pengganti teman serumah. Berbanding dengan kebanyakan negara lain di Asia, dan kebanyakan negara di Barat, ianya adalah mudah untuk mencari flet yang mampu untuk diduduki di Malaysia, malah di bangunan yang baru dibina. Gunakan maklumat di atas, biarkan pilihan anda terbuka, dan perhatikan berita semasa hartanah mengenai pembangunan baru dan anda boleh menjumpai apartment impian anda dengankos yang lebih rendah.

Related Posts

  • Suka duka 2014Suka duka 2014
  • 4 laman web yang best untuk booking penginapan jangka panjang dan pendek4 laman web yang best untuk booking penginapan jangka panjang dan pendek
  • Promosi tiket flight murah ke TurkiPromosi tiket flight murah ke Turki
  • Harga baru passport MalaysiaHarga baru passport Malaysia
  • Majoriti Orang Asia Tenggara Bekerja Semasa Bercuti, Termasuklah SayaMajoriti Orang Asia Tenggara Bekerja Semasa Bercuti, Termasuklah Saya
  • Salji turun lagi di SakaryaSalji turun lagi di Sakarya
  • Soarigami – Gajet alas lengan dalam pesawatSoarigami – Gajet alas lengan dalam pesawat
  • Tenangnya jiwa di NG Sapanca WellnessTenangnya jiwa di NG Sapanca Wellness
  • Tip booking hotel lebih murah dengan Agoda Secret DealsTip booking hotel lebih murah dengan Agoda Secret Deals
  • Expedia sales 40% diskaunExpedia sales 40% diskaun

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Hotel, Travel Topic

Comments

  1. Noriza Rahman says

    18/07/2016 at 7:05 am

    Tahun depan cadangnya nak sewakan apartment yang duduk sekarang ni, pindah rumah ada tanah pula

    Reply
  2. zool says

    04/07/2016 at 10:06 am

    kena ada ilmu juga kalau nak beli apartment ni..
    tak boleh main hentam je..
    kena tau strata, JMB dan banyak lagi

    Reply
  3. titan says

    02/07/2016 at 1:02 am

    taip aje kat google.

    keluar la semua yang murah-murah.

    hehe

    Reply
  4. raihanah says

    21/06/2016 at 4:08 am

    menarik juga part rental sementara tu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 149 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact