• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Kemboja / Kemboja Ep 4: Bergerak ke Phnom Bakheng

Kemboja Ep 4: Bergerak ke Phnom Bakheng

29/03/2015 By Travelog.my 2 Comments

Untuk trip kali ni saya tidak berkesempatan untuk melawat Ta Phrom Temple iaitu tempat ke 3 WAJIB dikunjungi jika melancong ke Siem Rap ni. Kuil ni terkenal di sebabkan dulu pelakon Hollywood terkenal iaitu Angelina Jolie mengambil tempat ini sebagai set penggambaran cerita beliau iaitu Tomb Rider. Disini juga terdapat patung-patung yang tersorok di sebalik akar pokok dan ramai pelancong cuba untuk mencari patung ini.

Phnom Bakheng

Selepas bersembang dengan mat saleh dari Amerika Syarikat di Elephant Terrace, kami bergerak ke  Phnom Bakheng. Phnom Bakheng ni sebuah kuil yang terletak di sebuah bukit so maknanya anda perlu berjalan menaiki bukit untuk ke atas sana. Phnom Bakeng ni terletak tak jauh dari Angkor Wat. Dari Angkor Watt tu, jalan nak naik ke bukit ni terletak di bahagian kiri jalan. Kalau tak jumpa juga, sila patah balik sebab mungkin dah terlepas kot sebab tiada papan tanda untuk naik ke sini. Pada waktu petang ada perkhidmatan gajah disediakan pada yang pengunjung-pengunjung yang malas nak berjalan kaki.

melancong ke Kemboja

Di kaki bukit juga terdapat persembahan alat muzik tradisional dimainkan oleh persatuan Orang Kurang Upaya mereka. Sebagai peringatan juga, untuk naik ke sini, mereka-mereka yang berpakaian kurang sopan (terdedah bahagian atas lutut dan berpakaian seksi) perlu memakai pakaian yang disediakan. Saya kurang pasti jika pakaian tersebut diberi secara percuma atau dipinjam sementara. Kalau yang semput tu jangan risau sebab di antara laluan bukit ini disediakan tempat-tempat duduk untuk berehat sambil menikmati pemandangan alam.

melancong ke Kemboja

Apa yang menarik perhatian penulis adalah, terdapatnya sebuah kuil lama yang terletak jauh ke dalam hutan. Di sekeliling kuil tersebut hanyalah hutan dan pokok-pokok besar.  Mungkin salah satu kuil lama di Kota Angkor Wat ni. Selain itu, terdapatnya tangga-tangga yang curam dan diseliputi lumut-lumut dan akar pokok untuk ke atas sana. Anak-anak tangga ini dipagari sebab faktor keselamatan. Boleh tak anda bayangkan anak tangga kuil Batu Cave di Selangor? Nak naik pun tinggi kan? Ha..samalah dengan kuil Phnom Bakheng ni. Orang zaman dulu perlu mendaki untuk ke kuil ini sama dengan orang nak naik kuil di Batu Caves tersebut cuma anak tangga di sini lebih lama, tidak sempurna dan mungkin akan ditimpa kemalangan pada pengunjung yang menaiki tangga-tangga ini.

Setibanya kami di puncak bukit ini, kami perlu beratur untuk menaiki tangga khas ke puncak tertinggi kuil lama ni. Terdapat juga aktiviti-aktiviti pengubahsuaian dilakukan disini untuk memberi keselesaan kepada pelancong yang datang. Lebih kurang 10 minit beratur, kami dibenarkan menaiki tangga yang curam dan tinggi ini. Patut la kena beratur rupanya jika tidak dikawal mungkin kat atas sini sesak dan mungkin ada yang terjatuh. Saya dan Wani segera mencari tempat yang terbaik untuk mengambil gambar. Disebabkan penat saya hanya duduk dan membiarkan Wani mengambil gambar sepuas hati beliau. Pemandangan di sini cukup cantik tapi malangnya kamera saya gagal memberikan hasil yang memuaskan mmm…

IMG-20150328-WA0041 IMG-20150328-WA0045

Lebih kurang pukul 6.30 petang waktu tempatan, kami bergerak balik ke guesthouse kami. Sebelum berehat, kami sempat mengisi perut kami dengan makanan yang wajib dicuba jika datang ke sini iaitu masakan Daging Naik Bukit. Rasanya memang kena dengan selera rakyat Malaysia dan yang paling penting saya mencuba kopi susu Kemboja. Memang sedap!!…Cerita pasal masakan ni nanti saya ceritakan di entri yang lain. Habis je makan kami balik dan berehat. Subuh esok Wani dah nak balik Phnom Penh sebab beliau mengambil penerbangan dari sana untuk balik ke Malaysia. Sedih pulak rasenye…..sedih ke??  Errkkkk..:p

Artikel oleh penulis tamu, CaptAzhan

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Kemboja, Siem Reap

Comments

  1. blogger lelaki says

    29/03/2015 at 10:22 pm

    memang satu percutian yang klasik

    Reply
    • Che Lee says

      03/10/2015 at 9:55 am

      Thanx for sharing ur experience. Insyaallah akn pg 14/10 ni. X sbr nk pg bile dah bace entri ni. Boleh tau berapa jmlh perbelanjaan capt mase kt sane?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in