• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Kemboja / Kemboja Ep 3: Kayuh basikal ke Bayon Temple

Kemboja Ep 3: Kayuh basikal ke Bayon Temple

29/03/2015 By Travelog.my 4 Comments

Dari Kuil Angkor Wat, saya dan Wani bergerak ke monumen yang seterusnya iaitu Bayon Temple. Bayon Temple merupakan satu binaan yang menandakan agama Buddha juga wujud di Asia Tenggara pada lewat abad ke 12 manakala Angkor Wat yang dibina untuk agama Hindu dibina awal abad ke-12.

Bayon Temple

melancong ke Kemboja

Untuk ke sini, kami mengambil masa selama 30 minit dengan mengayuh basikal. Sebelum sampai ke Bayon Temple, anda akan lalui pintu gerbang berwajah manusia. Dari sini, anda masih perlu bergerak untuk ke bangunan utama. Seperti biasa akan ada pegawal berbaju biru untuk memeriksa tiket. Bangunan Bayon Temple agak kecil berbanding Angkor Wat. Di sini ada pelbagai batuan berbentuk manusia yang diukir pada zaman dahulu namun tidak semuanya sempurna. Pada zaman pemerintahan Khmer dulu (nak tahu GOOGLE), patung-patung yang berkepala di sini dipotong kerana mereka percaya terdapatnya harta karun dalam batuan ini.

melancong ke Kemboja

Dalam perjalanan kami ke Bayon Temple, basikal yang dinaiki oleh Wani mengalami kerosakan. Ada sedikit masalah pada rantai basikal beliau. Kami berjaya baiki walaupun cubaan kami meminta pertolongan polis yang menaiki motor peronda tidak dilayan. haihh.. tak tahu la nak cakap perangai orang Kemboja ni macam mana. Lepas parking macam biasa ade la mamat ke minah baju biru dating check tiket, and of kos jangan la korang hilangkan tiket yang korang bayar mahal-mahal tu.

melancong ke Kemboja

Lepas bergambar di depan tangga utama, kami menjelajah kawasan ‘The Temple of A Thousand Faces’ ni.

melancong ke Kemboja

melancong ke Kemboja

Untuk naik ke atas macam biasa ada tangga curam. Bahagian kanan tangga untuk naik dan bahagian kiri untuk turun. Oh ye, disebabkan ramai pengunjung yang datang ke sini, untuk bergambar kami kena meminta jasa baik pengunjung yang lain untuk berhenti supaya dapat kami mengambil gambar dari sudut yang baik…hehe

melancong ke Kemboja

Saya dapati banyak binaan yang berbentuk muka di sini tidak dibenarkan dihampiri. Maksudnya, pengunjung hanya boleh mengambil gambar di jarak jauh sedikit.

melancong ke Kemboja

Rupa-rupanya ramai pengunjung yang nak mengambil gambar bercium dengan patung tersebut. Memangla nampak cool buat aksi sebegitu tapi kita kena faham yang tempat–tempat tersebut bukan sahaja tempat lawatan pengunjung tetapi tempat ibadah agama mereka juga. So jangan la korang buat-buat aksi pelik kat sini sebab ramai jaga kat sini (baju kuning) yang memerhati kan gelagat korang. Tapi ada je pengunjung mat saleh yang buat jugak.

Elephant Terrace

Kat sini kami hanya meluangkan masa sejam setengah saja dan bergerak ke Elephant Terrace. Tak jauh pun jarak kuil tadi dan Elephant Terrace ni. Tempat ni ada patung-patung gajah di sepanjang jalan yang kami lalui. Di depan Elephant Terrace ni ada tanah lapang yang luas dan ada penjaja-penjaja makanan di bawah pokok besar berdekatan. Wani pergi mencari makanan alas perut. Orang-orang kat sini banyak menggunakan khidmat kanak-kanak untuk menagih simpati orang ramai beli barangan mereka. Akhirnya saya menawarkan roti Butterscotch yang dibawa dari Malaysia kepada Wani. Saya ni masih baik lagi sebenarnya.

melancong ke Kemboja melancong ke Kemboja melancong ke Kemboja

Masa makan kami sempat bersembang dengan pelancong dari Amerika Syarikat pasal nilai duit diorang, pasal MH370 dan mereka agak friendly jugak. Ingatkan mat saleh-mat saleh ni semua berlagak. Haha

Artikel oleh penulis tamu, CaptAzhan.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Kemboja, Siem Reap

Comments

  1. blogger lelaki says

    29/03/2015 at 10:20 pm

    aku pun sama macam en titian nak tengok basikal..mana basikal…hahaha

    Reply
    • Travelog.my says

      29/03/2015 at 11:49 pm

      Beskal dah tunjuk dalam Episod 2. Tapi bahagian handle je la

      Reply
  2. titan says

    29/03/2015 at 1:43 am

    mana basikalnya?

    takde pon.

    aku kena scam ke nih.

    haha..

    Reply
    • Travelog.my says

      29/03/2015 at 1:45 am

      Tak kena scam la Titan, don’t worry. Banyak sangat gambar karang ko boring jugak. Muka Wani tu kena sorok haha

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in