• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Malaysia / Kelantan / Jeddah, Arab Restaurant di Kota Bharu

Jeddah, Arab Restaurant di Kota Bharu

27/06/2014 By Travelog.my Leave a Comment

Sebenarnya Restoren Jeddah ni dah lama dah buka, rasanya dalam Ramadhan tahun lepas. Cuma dah dekat nak Ramadhan tahun ni je baru sempat saya ke restoren arab ni. Selalu duk pergi ke Restoren Tarbush je yang depan Hotel Renaissance kat Jalan Sultan Yahya Petra.

Restoren Jeddah ni dapat rating 4/5 dalam TripAdvisor. Kira rating yang cukup tinggi sebenarnya, rating kat FourSquare kami tak percaya sangat sebab ramai budak-budak yang komen. Lalu kami decide untuk ke sana apatah lagi malam ni dah malas nak masak, lagi-lagi malam minggu. Lepas maghrib terus bertolak, dekat je dengan rumah dalam 7, 8 minit drive. Mula-mula masuk restoren ni pun dah ramai orang duk makan, tapi sebaik je kami lepas order makan datang lagi segerombolan orang yang nak makan. Dah ke restoren memang nak makan, kan. Restoren ni dua tingkat dan ada cukup seat punya untuk tampung pengunjung yang ramai.

Ruang parking juga cukup, kalau tak de parking depan restoren boleh park belakang restoren.

Makanan Arab yang sebetulnya memang tak berapa tasty kalau nak bandingkan dengan makanan Malaysia, Jepun mahupun Indian. Contohnya makan Ikan Bakar kat Arab Saudi cuba rasa macam mana? Mesti tawar kan? So kena tambah sos air lada atau sos bawang putih untuk customize rasa berdasarkan selera masing-masing. Saya ingat makanan di AM Tarbush restoren Arab tu, rasanya seolah “dimelayukan” supaya menepati citarasa tempatan. So kalau nak rasa authentic Arab, better gi ke Jeddah. Nak lagi authentic, kena melancong ke negara Arab. Haha

Jeddah_Arab_Restaurant_Kelantan_0001

Ramai juga pengunjung masa memula masuk, lepas kami duduk lagi ramai orang datang. Cuma terganggu sikit dengan satu family yang anak perempuannya asyik melalak dan jalan hentak kaki dalam restoren. Mak ayah sibuk makan, nasib baik dia balik tak lama lepas tu.

Jeddah_Arab_Restaurant_Kelantan_0003

Ini Nasi Halith, dalam tu ada lamb yang dibakar bersama potato slices dan onions. Portion lamb standard bagi saiz lamb makan kat mana-mana restoren, saiz begitu. Memang rasanya tawar tapi memang gitulah makanan arab kena cicah sos atau air lada untuk sesuaikan dengan selera anda. Didatangkan bersama potato gravy juga dan sos. Quite tasty.

Jeddah_Arab_Restaurant_Kelantan_0002

Meal portion juga agak besar bagi Nasi Mandy. Saya makan tak habis sebab banyak.

Jeddah_Arab_Restaurant_Kelantan_0006

Al Kaif Milk Tea, macam Chai. Sedap, teh susu yang dimasak dengan pelbagai spices, ada rasa cumin dan bunga cengkih dalam teh susunya. Tak terlalu manis dan sesuai sangat dengan selera saya, cuma RM 5 secawan.

Manakala Mint Tea pula didatangkan dalam kole yang besar cukup untuk 4, 5 orang minum. Kami minum 2 orang je. Mereka guna fresh mint, bukan guna teh peppermint yang ready made Lipton tu.

Jeddah_Arab_Restaurant_Kelantan_0008

Ini pula Foul Modammas, dimasak macam Chili makanan Mexico menggunakan pelbagai jenis kekacang. Yang jelas saya nampak kacang parang, onions, dan pelbagai rempah. Rasa cukup sedap, insyaAllah saya akan cari resipi dan masak sendiri kat rumah nanti. Di datangkan bersama sekeping roti Jeddah, set berharga RM 8.

restoren arab kelantan

So total semua yang kami makan, dua set Lamb Mandy Rice dan menu sampingan lain ialah RM 73. Quite a good deal. Tak mahal, tak murah. Lokasi restoren Arab ni terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, sebelah kiri jalan jika anda datang dari Balai Islam sebelum traffic light Telipot.

Staff pun agak ramah dan cepat layan pelanggan. Yang penting restoren ni bersih.

Recommended? Yes.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Kelantan, Makanan & Restoren, Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in