• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Sakarya / It’s snow time in Turkey

It’s snow time in Turkey

06/01/2015 By Travelog.my 16 Comments

Hari ni berkenalan dengan seorang American yang duduk di sekitar Sakarya, berhampiran Serdivan. Dia kahwin dengan orang Kazakhstan dan settle down di Turki. Baginya, Turki negara yang best. Saya juga berjumpa beberapa orang tempatan hari ni. Ada beberapa perkara, yang saya ketegorikan culture shock bagi saya orang Malaysia. Dan buat masa ini saya tidak bercadang untuk kongsikan di blog ini.

Plan saya hari ini ialah untuk pergi cari apartment untuk sewa beberapa bulan sepanjang saya jadi orang nomad di sini. Saya ada cakap berkenaan long term rental dalam blogpost ini (klik), tapi, atas sebab bad weather, tuan rumah tak boleh datang jumpa kami untuk pilih rumah. Tak apalah, hotel kami duduk pun cuma TL25/day, tak berapa mahal sebab hotel dalam kampus. Cuma lagi best kalau dapat duduk di satu apartment dengan kemudahan seperti dapur. Duduk hotel ni, seminggu dua boleh lah. Kalau dua bulan nak duduk hotel juga, alahai.. bosanlah kan asyik makan di luar sahaja. Kita pun nak juga merasa air tangan sendiri di bumi orang.

Lagipun, duduk di hotel ni buat mood kerja saya ke laut. Walaupun kerja online, tapi kerja tetap kerja. Cuma kita nak environment yang best untuk kerja.

Saya perhatikan dalam kampus ni pun tak ramai orang lalu lalang. Hanya beberapa orang sahaja. Kafeteria buka. Kami makan di kafeteria sahaja, terasa macam student pula. Imbas kembali zaman belajar di UiTM, makan dengan geng sekelas memang best. Lagi best bila tapau makanan dan bawa balik ke hostel.

Anyway, plan kami tertangguh lagi sehari disebabkan faktor cuaca. Salji tebal ni menyukarkan pergerakan orang sini. It’s bad weather, you know… 

Jadi saya luangkan masa main snow. Tebal jugak snow ni. Adalah setakat lutut saya juga. Dan snow ni jenis yang sangat fluffy, bersih, dan putih gebu. I love it. Gambar ni hubby ambil jam 9 pagi.

Gaya saya macam tok bomoh salji! Cuba untuk masukkan aura panas dan cairkan salji. Hiiiyah! Tak menjadi.

melancong ke turki

Entah kenapa, nampak saya sangat kecil dalam gambar ini. Mungkin ada hantu salji?

No no. Tak de.

melancong ke turki

melancong ke turki

As a Malaysian, I am not used to this cold weather. Same goes to my hubby yang asal Florida juga. Jadi saya tak mampu nak buat snow man pun sebab sejuk sangat. #LOL

melancong musim sejuk turki

By the time I am typing this post, I am having a cup of hot coffee in my hotel room. Looking at the window. Lalu terfikir, kecil-kecil dulu seronok tengok orang main salji dalam tv. Sekarang rasa biasa-biasa je pulak.

melancong musim sejuk turki 2

Dan lagi satu, nak kena beli jaket yang kalis air lah. Jaket yang saya pakai tu salji melekat di jaket. Jadi cepat basah.

Psst: Saya masih dalam proses nak hadam apa kena mengena bad weather dengan kena batalkan kelas, temu janji dan seumpamanya… entahlah. I don’t know. Kita di Malaysia, bila hujan lebat pun tetap jalan macam biasa juga. Kecuali bila dah banjir tak boleh lalu kereta.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Sakarya, Turki

Comments

  1. rashidah yahaya says

    12/05/2016 at 11:30 am

    salam,saya becdng nak g turkey bulan 12 sebab nak main salji,ok ke

    Reply
  2. kak mahh says

    05/05/2016 at 12:07 pm

    Best kan duduk negara asing belajar sesuatu yg baru .

    Reply
  3. Nurul says

    17/03/2015 at 12:31 pm

    Assalamualaikum Siti.

    Seronok baca blog siti…bertambah seronok bila ade plan nak ker Turki Bulan November or December this year :).
    Saya nak minta suggestion dari Siti, dalam pertengahan bulan 12 elok ke utk travel ke Turki atau bulan November?..sbb sy risau kalau cuaca sejuk yang melampau..apa2 pon xleh buat kan..kalau duk dlm tempoh yg agak lame boleh la kan merasa.tp kalau mcm sy travel hanya dalam seminggu lebih, agak sedih kalau cuaca yg boleh menyebab segala aktiviti tergendala..

    and then..ade x hotel di sekitar Istandbul yang agak murah, yg Siti boleh suggest…sbb sy plan pergi dgn travel agency…lps tu plan utk extend beberapa hari kat Istanbul secara personal activity..

    Reply
    • Travelog.my says

      17/03/2015 at 8:35 pm

      Terima kasih Nurul. Pasal trip bulan 12 tu susah nak cakap sebab faktor cuaca musim sejuk ni tak menentu. Kalau nasib baik, tak ada apa-apa masalah. Kalau tak baik, kemungkinan flight delay dan terkandas sebab salji tebal atau ribut. Allahu’alam. Seeloknya tengok ramalan cuaca sebelum bertolak/bersiap. Tapi kalau saya, saya elak winter trip begitu.. pengalaman tahun 2013 musim sejuk, 4 hari kawan terkandas di airport New York memang tak syok la kan.

      Pasal hotel tu, cik boleh tengok promosi hotel, ada banner dan search box kat bawah blog ni. Latest promo ada di website tu sebab harga dorang kenkadang berubah-ubah jugak.

      Reply
      • Nurul says

        18/03/2015 at 10:57 am

        Alhamdulillah.Thanks Siti for info 🙂

        Reply
  4. mal26 says

    14/01/2015 at 1:24 am

    Heee, seronok.. saya akan pergi ke istanbul turkey 27/1 ni.
    agak2nya cuaca disana bagai mana ye?
    kawalan di airport ketat tak jika saya bawak makan seperti meggi, roti atau makanan segara?
    lebih baik saya tukar duit di malaysia atau dia airport turkey ye? Maaf sebab banyak pertanyaan 🙂
    Terima kasih

    Reply
    • travelmy says

      14/01/2015 at 1:31 am

      Tak ada tempat boleh tukar Turkish Lira di Malaysia. Better bawa Euro/US Dollar dan tukar di sini. Tapi saya lagi selesa withdraw dari ATM di sini. Guna kad Maybank cuma caj RM12 je, withdraw kad CIMB caj RM10 je.

      Cuaca tengok tempat yang puan nak pergi. Tapi yang penting kena ada thermal clothes dan jaket sebab sekarang musim sejuk.

      Makanan tak ada masalah. Boleh je, saya masuk hari tu pun bawak juga.

      Reply
  5. yeni dogan says

    11/01/2015 at 6:36 am

    bab culture tu aku nok dengor mek asma ni punya pengalaman macam mana . aku tak boh citer lagi ke mung mek . biar mung rasa dulu.

    hehehehehee

    Reply
  6. JBT Rafidi says

    08/01/2015 at 12:15 pm

    lebat betul… kat utara Saudi pun ada turun salji jugak… tgk salji lebat ni, teringat masa terkandas di Takayama last month.. hu hu hu

    Reply
    • travelmy says

      08/01/2015 at 4:34 pm

      Kan…klu boleh tak nak hadapi benda-benda gini ni huhu

      Reply
  7. PCL says

    08/01/2015 at 8:36 am

    mampu tengk dari jauh..jauh sekali nak merasakan, kalau di sini sure boleh buat ais kepal LOL ..

    Reply
  8. Budak kampung says

    07/01/2015 at 1:25 pm

    Akan bermastautin sementara di Turki? sangat menarik

    Reply
    • travelmy says

      07/01/2015 at 2:58 pm

      Kita org malaysia dapat 90 hari duduk dgn visa free.

      Reply
  9. jaymiee says

    07/01/2015 at 12:08 pm

    agak2 berapa suhu time ni yer….saya tak pernah jumpa salji lagi…hihi

    Reply
    • travelmy says

      07/01/2015 at 2:57 pm

      Suhu masa tu 0 celcius. Malam pula -2 celcius

      Reply
  10. Faizal Fredley says

    07/01/2015 at 3:13 am

    besnyaa….dpt main saljie…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in