• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Itinerary Trip ke Turki

Itinerary Trip ke Turki

05/11/2014 By Travelog.my 24 Comments

Sepanjang 10 malam berada di Turki, ada tiga hotel kami menginap. Satu hotel betul-betul tepi Blue Mosque  yang mana bila breakfast pada sebelah pagi, kita breakfast mengadap Blue Mosque. Nama hotel ialah Ararat Hotel.

Penginapan

Ararat Hotel

So far, ini hotel paling basic pernah saya menginap. Biliknya bersaiz 10″ x 10″ dan attached bathroom. Bilik ini OK je, tak ada masalah bagi saya sebab kami berdua sahaja. Turun je dari hotel, anda akan nampak Blue Mosque. Kemudian, anda jalan kaki sikit je anda akan jumpa Hagia Sofia, jalan kaki lagi akan jumpa Topkapi Palace. Restoren-restoren semuanya within walking distance. Tak perlu naik HOHO Bus, tak perlu naik tram. Dan sebelah malam pula, depan hotel ada satu restoren yang buat tarian Sufi. Itu kelebihan hotel ni.

hotel di old sultanahmet

Gambar kat atas ni view masa breakfast. Kalau sejuk, anda boleh breakfast kat dalam.

Kekurangannya ialah bilik kecil dan tak ada fancy stuffs seperti kettle, 24 hours coffee dan seumpamanya. Tapi tak pe, bukan kita datang Istanbul untuk duduk dan masak dalam bilik. Balik ke bilik untuk tidur sahaja.

Kami menginap di sini selama 3 malam. Kos keseluruhan 3 malam menginap ialah USD 239.77 atau RM795 termasuk cukai dan booking fee. Maklumat lanjut boleh tengok kat website Ararat Hotel.

Takaev Cave Hotel

5 malam saya spend masa kat hotel dalam gua tu. Pengalaman best betul dan facilities yang disediakan cukup tip top. Anda boleh baca detail kat sini

Total amount spent for 5 nights ialah EUR300 atau RM1243.

Elmas Garden Inn

Hotel ni letaknya di Sakarya dan kami menginap kat sini 1 malam sahaja iaitu malam lepas sampai dari Ephesus. Itu sebab kami akan ke Sakarya University untuk negotiate satu kontrak dan kos hotel ni tak pasti pulak berapa kerana dibayar pihak university. Tapi hotel ni best, ada semua kemudahan. Baju pun dorang tolong iron jam 8 pagi.

Pamukkale

Ada satu hotel kami menginap satu malam di Pamukkale dan kos per room cuma RM250. Tapi, tak nak rekemen hotel ni sebab ia tak berbaloi dengan harga. Well, ada sarang semut dalam bilik.

Lagi satu malam tu kami duduk kat airport je sebab flight ke New York ialah jam 6 pagi.

Total amount for accommodations = RM 1243 + RM 795 + RM250 = RM 2288/2 = RM 1144 per pax

melancong ke turki

Transportation

Kota Bharu ke Kuala Lumpur = RM460
Kuala Lumpur ke Istanbul = Free
Train ticket Istanbul – Ankara = TL70 atau RM104x2 = RM208
Kereta Ankara – Cappadocia – Konya – Pamukkale – Ephesus – Sakarya – Istanbul = Sponsored oleh kawan
Teksi dari Goreme ke Takaev Cave Hotel = TL18 atau RM27

Total money spent for transportation = RM 695/2 = RM347 per pax

Tiket masuk

Ephesus = Orang belanja (TL30 atau RM45)
Hagia Sofia = TL30 per pax atau RM45
Topkapi Palace = TL30 atau RM45
Goreme Open Air Museum = TL20 atau RM 30
Black church dalam Goreme Open Air Museum = TL10 atau R15
Green tour di Cappadocia = TL120 atau RM 180
Pamukkale = Orang belanja (TL40 atau RM60)
Mavlana Museum = Orang belanja (TL5 atau RM 8)

Total money spent for tickets = RM315 per person

Belanja keseluruhan tidak termasuk makanan dan shopping cenderahati ialah = RM1806 per pax. 

Dan ini ialah lebih kurang belanja sampingan yang saya tak masukkan dalam kira-kira di atas sebab ini kiranya belanja suka-suka.

Belanja makan = RM 1100 untuk dua orang dan belanja host makan di Istanbul (termasuk kos beberapa top ranked restoren di Cappadocia)

Belanja shopping kasut 3 pasang dan 2 sweater = TL996 atau RM1497 (tapi gift card ni hadiah dari contest oleh Turkish Airlines)

Belanja cenderahati (beli Turkish saffron, fridge magnet, plate, tudung) = RM 200

Bagi saya, kos trip ni jauh lebih rendah dari bajet yang saya jangka.

Di bawah ialah contoh itinerary yang saya dapat dari group-group travel di Facebook. Anda download dan study mana-mana yang berkenan yang sesuai dengan trip ke Turki anda.

Contoh Itinerary Turki 1

Contoh Itinerary Turki 2

Contoh Itinerary Turki 3

Contoh Itinerary Turki 4

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Turki

Comments

  1. Haziq says

    23/05/2016 at 5:39 pm

    Assalammualaikum puan, nk tanya sikit. Simkad dkt turkey murah x? Kebanyakkan hotel dkt sana ada wifi x?

    Reply
    • Travelog.my says

      23/05/2016 at 5:41 pm

      Tak murah, tak mahal.. ok-ok je. Hotel tu tengok pada masa booking, klu dia cakap ada wifi, ada. kebanyakannya ada dan laju pulak tu

      Reply
  2. kak mahh says

    05/05/2016 at 11:59 am

    Er mm mm. .baca ini membuat kakmahh mau ke Turki lagi .

    Reply
  3. Fie says

    04/09/2015 at 6:01 pm

    Salam, nama saya fie. Terima kasih atas penulisan yang sgt membantu saya yg bercadang untuk ke turki. Penulisan yg sgt padat dan very clear. Tetapi andai puan tidak keberatan, saya mempunyai beberapa soalan yg saya masih agak confuse. Antaranya:

    1. Adakah senang untuk naik pengangkutan seperti bas di sana? Contohnya, senang nak dapat kan tiket contoh dari istanbul ke bursa, atau mana2 destinasi lain? Adakah kaunter tiket mudah didapati di mana-mana bandar? Dan pembelian tiket perlu dilakukan lebih awal seperti pembelian secara online?

    2. Dalam iternary puan, iternary yg ke4, day 4, taxi ke uludag return tu, means taxi tu akan tunggu kita spend time dekat sana? Atau dia cuma drop kita di situ dan waktu balik kena cari pemandu lain?

    3. Adakah attraction place one place to another tu berdekatan? Contohnya sekitar Pamukkale, Ephesus, House of Virgin Mary dan Bisilica of St. John adalah berdekatan? Atau pun seperti di Cappadocia, jarak antara Flinestone house, Gorene Valley dan attraction lain adalah dekat dan tidak perlu naik sebarang pengangkutan?

    4. Untuk masuk ke attraction place tu, perlu beli awal melalui online atau boleh terus beli pada hari yg kita nak dtg tu?

    Terima kasih ye puan atas masa yang diluangkan.

    Reply
    • Travelog.my says

      04/09/2015 at 7:33 pm

      1) Naik pengangkutan awam sangat senang di Turki. Seeloknya, beli tiket lebih awal atau boleh suruh pihak hotel belikan. Bagi route yang busy (seperti ankara/istanbul/dsb, mereka ada berpuluh-puluh trip sehari).
      2) Itinerary saya tidak termasuk Uludag, yang dalam attachment download tu saya kongsikan itinerari contoh (dari orang lain).
      3) Lokasi dari satu tempat ke satu tempat adalah jauh. Contohnya, Cappadocia ke Istanbul ialah 12 jam perjalanan. Bila sampai Cappadocia pula, jarak dari Goreme ke tempat lain pula agak jauh. Sekitar 1-2 jam perjalanan. Pamukkale ke Epehesus ke House of Virgin Marry etc etc semua perlukan kenderaan. Atau boleh belajar guna pengangkutan awam seperti bas/minibus.
      4) Beli tiket on the spot pun boleh.

      Reply
  4. kaira says

    10/04/2015 at 7:39 am

    Assalamualaikum,

    Saya suka baca blog puan. Byk info menarik. Saya akan ke turki hujung april ni, Insha Allah. Better saya tukar duit lira di msia atau tukar euro di turki? Di msia dah ada tempat utk tukar lira. Tq puan.

    Reply
    • Travelog.my says

      10/04/2015 at 7:40 am

      Alhamdulillah dah ada. Bagus bagus. Cuba tengok rate tu kalau berpatutan tukar saja

      Reply
  5. Lynn says

    25/03/2015 at 9:43 pm

    Kalau sewa kereta LH drive or RH drive ye ?
    Perlu tak international license ? or gembel jer bayar sewa & terus drive ?

    Reply
    • Travelog.my says

      25/03/2015 at 11:45 pm

      Kereta sini left handed. Klu lesen yg baru tu ada versi english ok je guna hari tu. Tak ada pula ditanya-tanya

      Reply
  6. norten says

    17/03/2015 at 10:11 am

    insya allah saya bercadang utk pergi ke sana september ni… kalau nk sewa kereta kat sana murah dan selamat x utk drive?

    Reply
    • Travelog.my says

      17/03/2015 at 8:39 pm

      Hehe insyaAllah selamat. Drive hati-hati.

      Reply
  7. faisari says

    16/03/2015 at 8:33 am

    mohon bantuan saya akan ke istanbul mei nanti…zero knowledge niii…pergi sendiri tanpa agent.. macam mane yee..kat mana nak stay…? saya cuti selama 4 hari je…

    Reply
    • Travelog.my says

      17/03/2015 at 3:49 am

      4 hari boleh pergi Istanbul dengan Bursa ok la kot. Stay kat mana-mana pun boleh, ada banyak hotel dalam Old Sultanahmet area tu. Stay situ la senang nak pergi mana-mana.

      Reply
  8. kak noor says

    14/02/2015 at 6:49 pm

    assalamualaikum… best nya.. inshaallah.. akk akn pg hjg mac ni… duit better tukar tl, dolar @ euro?

    Reply
    • travelmy says

      14/02/2015 at 6:56 pm

      Masa pergi saya bawa EUR200 je kak. Selebihnya withdraw kad ATM Maybank di Turki.

      Reply
    • Normah hussin says

      15/11/2016 at 9:27 am

      Adik pegi dgn travel ageny ke atau pegi sensiri

      Reply
  9. lady sue says

    11/02/2015 at 11:21 am

    Seronok baca blog puan, banyak info yg ringkas tapi pdt. Turki is one of my dream vacay.. Thnx for the info puan.. 🙂

    Reply
    • travelmy says

      11/02/2015 at 3:18 pm

      Terima kasih kak. Semoga dimurahkan rezeki kakak.

      Reply
  10. kalsom abdullah says

    19/01/2015 at 7:49 pm

    salam.mak cik berminat dgn blog siti.macam mana nak berhubung dgn siti.

    Reply
    • travelmy says

      19/01/2015 at 10:07 pm

      Terima kasih mak cik kalsom. Boleh hubungi saya melalui contact form.

      Reply
  11. titan says

    07/11/2014 at 3:50 pm

    fuhh..memang rajin hang berjalan nih..

    Reply
    • travelmy says

      07/11/2014 at 8:07 pm

      Sementara ada tenaga, rezeki dan tiket free hihihi

      Reply
  12. Faizal Fredley says

    05/11/2014 at 10:19 am

    wohaaa telan air liur jer lah…

    Reply
    • travelmy says

      05/11/2014 at 10:16 pm

      Alahai FF, nanti ada yg sponsor tu 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in